Tiada daya upaya kita sebagai hamba untuk menolak takdir yang telah dijanjikan Allah. Masa yang sama, usaha tetap dilakukan bagi memastikan keajaiban terjadi.
Usaha seorang anak kecil mengalunkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya, Francis Awi yang terjatuh ke dalam laut berdekatan Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lalu ditemui segera mengundang rasa sedih orang ramai menyaksikan videonya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas perahu dinaikinya berlanggar dengan sebuah tongkang dan dirinya terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui hingga kini pada jam 6.30 pagi.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin.
Ads
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Ads
Tidak hanya laungan azan dari anaknya namun usaha juga dilakukan oleh ibunya dalam video dikongsikan oleh sepupu mangsa @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Dapat dilihat ibunya meletakkan botol dan bekas makanan ke dalam laut, seolah-olah memanggil anaknya itu balik ke rumah untuk makan dengan harapan anaknya itu timbul.
Ads
Bahkan mereka turut berusaha mencari di laut berkenaan dan mengharapkan andai dirinya sudah tiada, adalah kubur untuk diziarahi kelak.
Semoga Ramadan ini memberikan berita bahagia buat keluarga yang diuji ini. Moga kita sama-sama berdoa agar dirinya dipertemukan segera.
Allah amat menyukai hambaNya yang suka bersedekah. Besar ganjaran pahala bakal kita peroleh daripada amalan bersedekah. Tidak kira lah sebesar mana pun sedekah yang dihulurkan.
Kuantiti dan saiz bukan ukuran, namun keikhlasan kerana mengerjakan amalan mulia kerana Allah Ta’ala yang lebih utama. Bersedekah ini sebenarnya lambang hati budi kita yang ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan serta lambang kasih sayang sesama manusia.
Alhamdulillah kepada yang sudah banyak bersedekah semoga sahaja ganjaran pahalanya kita peroleh sehingga hari akhirat. Namun, ada perkara tertentu yang akan menyebabkan pahala sedekah kita itu hilang atau terbatal di sisi Allah?
Apakah perkara tersebut dan bagaimana kita boleh menyelamatkan pahala itu?
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
“Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Atas sikap cuai kita, dengan merasakan diri telah banyak berbuat jasa kepada penerima sedekah maka ia akan menghilangkan pahala sedekah kita.
Ada tak rasa seperti ini semasa atau selepas bersedekah?
Kita rasa dengan kerana sedekah kita itu orang yang kita bantu dapat nikmatnya. Seolah-olah kita sudah banyak berjasa kepada mereka. Kemudian, tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah menyakiti atau mengguris perasaan penerima sedekah itu.
Selalu kita lihat, yang memberi sedekah menyebut akan sedekahnya di hadapan khalayak ramai sehingga perasaan si penerima tersakiti.
Jadi ketika kita memberi kepada orang miskin, kita jangan sampai menyebut-nyebut sedekah sehingga menyebabkan penerima berasa sakit hati.
Dari Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu dia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal disertai niat, dan seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.'” (HR Bukhari dan Muslim)
Allah Ta’ala itu Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Allah Ta’ala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah al-Baqarah : ayat 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran : ayat 92)
Allah Ta’ala berfirman : وَلَاتَمْنُنتَسْتَكْثِرُ
“Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Surah al-Muddatstsir :6)
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah: 271) Namun, dalam kontek kehodupan masa kini, kita seringkali lihat video pemberian sedekah oleh pihak tertentu. Sedekah yang ditunjukkan perlu ada niat pemberinya untuk memberikan contoh teladan kepada orang lain selain untuk menyuntik keinsafan.
Menjadi pasangan pengantin baru yang mahu memulakan hidup sendiri memang satu momen sangat menggembirakan.
Apatah lagi jika dapat tinggal di rumah sendiri tanpa gangguan keluarga kedua belah pihak.
Inilah masanya untuk belajar hidup berdikari dan menjalani fasa kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Namun bagi mereka yang baru berpindah masuk, ada ada perlu dilakukan agar terhindar dari anasir jahat yang mungkin menganggu keharmonian rumah didiami.
Bagi yang baru mendapat kunci kediaman baru eloklah perkara ini diamalkan sebelum berpindah masuk selain mencucinya.
Melaunkan azan ketika pertama kali masuk ke rumah baru. Ia juga baik bagi bagunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa pernghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jim yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang ddibacakan Surah Al-Bawarah.”
Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yassin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud : “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riawayat Al-Baihaqi)
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutama 7 malam pertama anda memdudui rumah atau bangunan.
Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 7 kali, ayat Kursi satu kali, di ayat yang terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Walaubagaimanapun, ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin disekeliling rumah.
– Ambil air kemudia baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Al-Nas). – Kemudia tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. – Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?