
Kejayaan bukan sekadar tentang angka di atas kertas, tetapi tentang ketabahan jiwa dan sokongan padu keluarga.
Personaliti dan hos televisyen, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi detik penuh emosi apabila anak lelakinya, Ahmad Willdan Arjuna berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.
Dalam video yang dikongsi melalui Instagramnya itu, terpancar riak wajah bimbang Arjuna sebelum memeriksa keputusan bersama ayahnya. Sebaik sahaja melihat keputusan 9A terpampang di skrin telefon, suasana bertukar menjadi hiba dengan tangisan syukur.
Menurut Fedtri, Arjuna risau jika keputusan yang bakal diperolehnya tidak membanggakan seperti kakaknya sebelum ini, namun raut kegembiraan jelas terpancar setelah menyemak keputusan bersama dengan bapanya.
“Alhamdulillah. Dulu tengok kakak je. Sekarang abang pulak. Kejayaan kecil hari ini untuk motivasi pada masa depan.
“Abang nangis sebab dia takut kecewa. Tapi akhirnya berjaya. Apa jua keputusan, kena hargai penat lelah anak. Perkara utama ialah jiwa pada ‘agama’ itu kena ada,” tulis Fedtri menerusi hantaran di Instagram
Di akhir video berkenaan, Fedtri sempat mengingatkan anaknya untuk mengucapkan syukur kepada Allah atas keputusan yang diperoleh.
Dalam tinjauan Kashoorga, rata-rata komen oleh pengguna Instagram juga mengucapkan tahniah dan turut bergembira atas keputusan cemerlang yang diperoleh oleh anak kedua Fedtri itu.
Turut menarik perhatian adalah ucapan daripada personliti terkenal seperti Aidid Marcello dan Liza Hanim yang mengucapkan tahniah kepada Fedtri dan isteri atas kejayaan Arjuna.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.