Arab Saudi sedia terima dua juta jemaah haji tahun ini. ‘Jumlah jemaah ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 menular. Alhamdulillah sudah tentu lebih ramai jemaah akan mendapat tempat untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
Jika tahun lalu, hanya jemaah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan saja layak menunaikan haji kerana tempat terlalu terhad, mudah-mudahan pada tahun ini ianya berbeza.
Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia menerima seramai dua juta jemaah untuk musim haji tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Menurut beliau, angka tersebut menyamai bilangan jemaah haji yang diterima sebelum pandemik Covid-19.
Ads
Jemaah Haji Tahun Ini
Tambahnya, kementerian berkenaan dan semua agensi berkaitan haji dan umrah akan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan logistik terbaik untuk semua jemaah dalam cara yang menjamin penjimatan masa dan usaha.
Beliau turut merujuk kepada kepelbagaian perkhidmatan disediakan oleh platform Nusuk dalam cara yang dapat menambah baik pengalaman jemaah ketika berada di Arab Saudi, terutamanya selepas mereka memanjangkan tempoh visa dari 30 kepada 90 hari.
Jumlah Sama Seperti Sebelum Pandemik
Ia sekali gus membolehkan umrah dilaksanakan menggunakan semua jenis visa dan mengurangkan kos insurans yang komprehensif. – Agensi.
Umum maklum bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail kini berada di UK untuk meyambung pengajiannya peringkat Sarjana. Namun ramai yang bertanya di media sosial bagaimana dia berminat untuk belajar balik memandangkan sudah selesa dengan kehidupan dilalui sekarang.
Dalam posting terbarunya Faizal menjelaskan tiga sebab mengapa dia berminat untuk sambung belajar dengan merujuk kepada tiga insan yang membuka hatinya untuk menggenggam PhD kelak.
Tambahnya lagi setelah tiga tahun merancang Allah telah membuka jalan satu persatu. Bukan senang tetapi tiada yang mustahil.
Menurut bekas pengacara Muzik Muzik ini juga mulakan caranya dengan niat, doa dan usaha. Insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Faizal menyambung pengajiannya peringkat Sarjana dalam bidang Industri Kreatif dan Budaya di Universiti Cardiff.
Bukan hanya dia seorang, Tetapi Faizal turut membawa keluarga sekali. Dia sanggup mengeluarkan RM500 ribu wang simpanannya untuk menampung kos pengajian, penginapan serta keperluan untuk lima orang.
Bakal bermula perjalanan memenuhi impian yang dah lama saya pendam.. namun niat itu menjadi lebih fokus sejak TIGA tahun lalu bila ALLAH temukan saya dengan insan2 yang membantu mendorong saya untuk merealisasikan impian ini..
CAMNE TERFIKIR NAK STUDY BALIK?
Saya terima soalan cam tu banyak kali.. so nak share lah ni . Lepas berhenti full time job, saya target nak carik benda baru.. explore new opportunities. Dalam mencari.. ada 3 orang ALLAH izinkan saya berjumpa. .
4 tahun lepas di LONDON saya bertemu semula dgn Faizal (nama pun sama) sejak lost contact dari sekolah RENDAH..(1st pic) masa tu tgh shooting satu production tv.. sejak dari hari tu kami jadi rapat dan setiap kali dia balik ke Malaysia kami jumpa.. dia akan cerita macam2 pasal LIFE kat sana sebab dia dah dekat 20 tahun jadi rakyat sana lepas berkahwin dgn wanita British. Saya inspired dgn cerita dia. (Tapi bukan tang bab kawen ngan Brit )
PHD Student at Cardiff University, pernah buat praktikal kat Media Prima masa saya host Muzik2, Apa Saja FBI. Tahun 2016, tiba2 dia whassap saya lepas beberapa tahun, bgtau dia skrg study kat UK… so saya terus tanya dia camne nak further ke sana.. step by step dia terangkan kat saya.. so saya inspired kali kedua . Last year @faizalnazim_@yusrizamri@hafiz.abah bawak saya ke Cardiff utk face to face dgn course tutor dan @noyuandrea sambut kami.. (Second pic)
Sepatutnya saya plan nak further tahun 2018.. tapi Allah bagi rezeki anak dan kami tangguh plan.. tup tup.. tgk kat IG @farahlee_ dia dapat sambung ke UK tahun lepas, huhu.. lagi jealous kita.. (pic 3 sebelum dia gerak ke UK last year) so i told her pasal niat saya juga, and she really encouraged me to pursue the dream. Thank you Omma .
And after 3 years of planning.. here i come. ALLAH buka jalan satu satu.. Sebenarnya bukan senang tapi tak mustahil.. mulakan dengan NIAT, DOA dan USAHA. Set your TARGET.. dan jgn buang masa atau berbelanja dgn benda2 yg tak membantu.. inshaAllah.. Get rid of NEGATIVE THINKING and TOXIC PEOPLE, stay focused and go after your dreams! Good luck .
P/S : nanti kita share pasal camne nak apply dan proses berkaitan.. ramai yg bertanya gak.. tungguuuu
Ramai yang teruja termasuk rakan selebriti dengan perkongsian ini dan masing-masing memberi kata-kata semangat padanya dalam mencapai cita-citanya.
farahlee_ Yeayyyyyy finally been waiting for.!! See you around Sir.!
shieraijoy All the best….good luck..bagusnyaa…nanti kami tgk di ig yaa
aamyrarosli Semoga semuanya dipermudahkan.. amin.. selamat jalan abg faizal..
dayahbakar All the best abang !!! Make us proud ! May Allah ease your journey
Kos sara hidup yang makin tinggi membuatkan bukan sahaja suami perlu bekerja. Tetapi isteri juga digalakkan untuk keluar bekerja demi untuk membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.
Jadi tugas kaum wanita ini bukan sahaja di pejabat, tetapi berterusan bila balik ke rumah. Meneruskan pula tanggung jawab bukan sahaja sebagai ibu, tetapi juga doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semasa di sekolah, kita diajar oleh Ustaz dan Ustazah bahawa buku amalan segala amal perbuatan kita, baik atau buruk akan dibawa ke langit. Disimpan sebelum dibuka semula di Padang Masyhar. Namun sebenarnya tiada hadis sohih mengenai perkara ini namun sebagai umat Islam kita digalakkan membaca doa akhir tahun bermula selepas waktu Asar dan ditutupi dengan doa awal tahun awal Muharram selepas Maghrib.
Esok kita semua akan menyambut Awal Muharram atau disebut juga sebagai Maal Hijrah. Ia merupakan satu hari yang penting bagi umat Islam sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi takwim hijrah yang mula diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar Al Khattab
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepaswaktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah
Doa akhir tahun boleh dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.
Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.
Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.
Doa awal tahun pula boleh dibaca selepas masuknya waktu Maghrib, iaitu apabila tibanya 1 Muharram.
Maksudnya: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya.
Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Selawat dan sejahtera ke atas penghulu kami Muhammad SAW, dan segala pujian bagi Allah pentadbir seluruh alam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.