Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Ads
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
Di sesetengah masjid, ada ibu bapa terpaksa pulang awal daripada menunaikan solat tarawih kerana bimbangkan anak-anak yang mula meragam dan menangis. Namun lain pula situasi di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali Masjid Negeri di Ipoh. Anak-anak tidak mahu pulang kerana terlalu gembira bermain di zon kanak-kanak yang disediakan khusus oleh jawatankuasa masjid.
Inisiatif menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
SEDIAKAN ZON UNTUK KANAK-KANAK
Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
“Cumanya di pihak jawatankuasa perlu bijak mengendalikan situasi bagaimana mahu menjadikan masjid sebagai tempat mesra kanak-kanak, satu daripada usaha kita lakukan adalah dengan menyediakan zon kanak-kanak seperti ini,” katanya.
Beliau berkata, zon kanak-kanak di masjid itu menggunakan ruang bilik anjung yang baru sahaja siap diubahsuai tahun lalu dan boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
“Bilik ini juga dilengkapi penyaman dingin dan antara permainan disediakan adalah lego, kapal terbang mainan, anak patung juga buku-buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus barangan mainan ini adalah hasil sumbangan orang ramai,” katanya.
UTAMAKAN FAKTOR KESELAMATAN
Beliau berkata, mengambil kira faktor keselamatan, setiap ibu bapa yang mahu menempatkan anak mereka ketika tarawih, perlu mengisi borang pendaftaran dan mereka akan diberikan kad khas yang akan diserahkan sebaik solat selesai.
Jelasnya, langkah itu sebagai tanda persetujuan antara ibu bapa, juga mengelak berlaku perkara tidak diingini sepanjang anak mereka ditinggalkan.
“Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
“Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang,” katanya.
GALAKKAN JEMAAH SOLAT DI MASJID
Abd Farid berkata, kewujudan zon kanak-kanak itu diharap dapat menggalakkan lebih ramai jemaah kalangan ibu bapa datang menunaikan solat di masjid dan menjadi contoh kepada jawatankuasa masjid yang lain.
Katanya, bagi masjid-masjid lain yang tidak mempunyai ruang besar, boleh menggunakan balai lintang atau membuat pembahagian sebagai tempat khas kanak-kanak.
“Kemudahan parkir dan ruang solat di kebanyakan masjid-masjid di negeri ini sudah cukup selesa, jadi dengan adanya usaha menambah sedikit ruang untuk kanak-kanak, pasti akan memberi lebih kebaikan kepada jemaah,” katanya.
Masjid Negeri yang dibina sejak 50 tahun lalu mampu menempatkan lebih 5,000 jemaah dan sepanjang Ramadan ini, lebih 1,000 jemaah termasuk dari luar kawasan Ipoh seperti Simpang Pulai dan Bercham mengambil peluang menunaikan solat tarawih di situ.
Meski pun Farah Lee dan Ally Iskandar telah berpisah namun hubungan mereka tetap baik. Melalui perkongsian foto dan video sama ada oleh Farah Lee mahupun Ally sendiri, ramai mendoakan mereka berdua bersatu kembali sebagai suami isteri.
Baru-baru ini Farah Lee telah memuat baik foto dua pasang kasut pemberian dari Ally. Berserta dengan kapsyen, posting tersebut boleh dikatakan telah menjawab soalan tidakkah dia menyesal berkahwin dengan Ally. Berikut catatan Farah Lee.
Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.? A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua ? Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha ??? . Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.? ? . Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik ? Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ?
Teringat soalan interview yang Farah terima tempoh hari. So Farah share kat bawah ya pada siapa yang selalu tanya macam mana Farah fahamkan Maream tentang family dia yang ‘lain’ dari kebanyakan family kawan2 dia ni ? . “Q : Pernah tak anak bertanya perihal bapanya? Dan bagaimana Farah menjawab soalan ini agar anak faham situasi yang dihadapi oleh Farah . A : Farah bagitahu Maream yang Daddy dan Omma tak boleh duduk sama-sama nanti gaduh hehe.. Dengan usia sekarang, Farah tak rasa Maream faham dengan apa yang berlaku tetapi Farah sentiasa terangkan pada Maream (sejak hari pertama – Maream was 2 tahun 3 bulan) yang keluarga dia agak lain berbanding kebanyakan keluarga lain, dan kelainan bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia memberikan warna dalam kehidupan . Yang penting, jangan pisahkan kasih antara ibu bapa dengan anak, tak kira apa masalah antara anda berdua. Anak kita mungkin terpaksa berusaha membesar dalam ‘broken family’, pisahkan kasih antara mereka hanya menjadikan kita ibu/bapa yang pentingkan diri sendiri . Juga, elak untuk aibkan mana-mana pihak kerana mengetahui aib ibu bapa boleh menggangu perkembangan emosi anak-anak; boleh berkemungkinan mereka akan membesar dalam dendam, atau mempunyai keyakinan diri yang rendah . Anak-anak akan belajar menyesuaikan diri dengan kelainan ini dan bila tiba masanya, mereka akan faham dan boleh fikir sendiri. Keluarga yang tidak sempurna bukan alasan untuk anak-anak mendapat kasih sayang yang tidak sempurna juga.” . — Hope this helps. Being a single mom is never easy, it’s a hard work but always worth it. Trust me.! ? . Pada yang nak ‘suruh’ kami berbaik semula, rasanya tak perlulah komen begitu di sini ya. You’ll never know the struggles we’ve been through, please give us space ??#ommabebel #FLparenting
Raya memang meriah. Semua orang kalau boleh mahu kelihatan cantik dan tampan. Pastinya kemeriahan raya tidak akan bermakna tanpa gambar-gambar beraya. Namun dalam keghairahan memuatnaik gambar di media-media sosial, jangan sampai lupa diri.
Berikut perkongsian bermanfaat daripada Farid Rashidi
Meriah betul tengok gambar warna-warni Aidilfitri di laman sosial. Macam-macam gaya dan warna bajukan?
Tapi, boleh tolong tak. Tolong pesan pada mereka yang mungkin terlupa atau tak sedar.
1. Janganlah upload gambar raya dedah aurat ye. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Kena jaga sungguh-sungguh.
Tambahan kalau perempuan dedah aurat di FB, IG & Twitter hati-hati juga ada yang ‘memerhati’.
2. Janganlah upload gambar raya yang bergaul bebas. Contoh macam BF dengan GF. Dia punya mesra lain macam mengalahkan orang dah kahwin.
Yang dah kahwin, hmmm nak bergambar pegang tangan pun malu-malu kambing.
3. Elakkanlah like atau sokong gambar yang macam situasi di atas.
Ok, boleh sama-sama kita pesan. Sharelah pesanan ini kalau segan nak tegur.
Bukan apa, rugilah pulun beribadah bulan Ramadan tapi bila masuk Syawal kumpul dosa pula… Hangus. Macam arang sate. Sate sedap tapi arang korbankan diri.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.