Ayana Moon Hingga Brenna Youn Punya Pengikut Lebih 1 Juta, Ini 5 Artis Korea Peluk Islam

Share

Hidayah itu milik Allah. Jika sudah sampai masa dan saatnya, jika hati terjentik untuk melafazkan dua kalimah syahadah, hanya Allah yang maha mengetahui. Tidak dinafikan, artis Korea punya pengikut yang ramai malah mereka sering dijadikan idola oleh kebanyakan masyarakat.

Pasti ramai yang kenal dengan selebriti Ayana Moon yang punya lebih 3.2 juta pengikut di instagramnya @xolovelyayna dan wajah cantiknya sering memukau mata memandang.
Dalam surah Al-Fathir ayat 24 membawa maksud “Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.”

KASHOORGA kongsikan 5 artis / selebriti Korea yang menerima hidayah dari Allah SWT. Semoga kita semua tergolong memasuki syurga Allah SWT.

  1. Ayana Jihye Moon

Sebagai seorang selebriti dan bintang terkenal, Ayana Moon memilih mengucap dua kalimah syahadah. Sebelum menerima hidayah Allah itu, Ayana mengakui hatinya resah dan dia mencari siapa dirinya. Hinggalah kebenaran menemukan dirinya dalam Islam.

Keputusannya memeluk Islam menarik minat para pengikutnya kerana selebriti cantik ini harus mengenakan hijab dan apa yang pasti, walau tubuhnya ditutupi hijab sepenuhnya, Ayana Moon cukup terkenal dan setiap fesyennya menjadi ikutan.

Dalam pada itu, Ayana Moon yang pernah tinggal di Indonesia, sempat menulis sebuah buku tentang perjalanan hidupnya hingga menjadi mualaf. Bahkan kisahnya lebih hangat apabila dirinya sempat “disatukan” dengan pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad oleh netizen.

  1. Daud Kim

Ini seorang lagi selebriti terkenal Korea iaitu Daud Kim atau nama asalnya Jay Kim. Dirinya mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2019. Tidak lagi memilih sebagai penyanyi tapi Daud Kim merupakan seorang Youtuber terkenal dengan content-content menarik termasuk vlog tentang Islam di Korea Selatan dan pengikutnya juga ramai. Menggunakan akaun Jaehan9192, Daud Kim mempunyai 567K pengikut di Instagramnya.

  1. Breanna Youn

Si cilik ini antara selebriti yang punya jumlah pengikut yang ramai di Instagram. Menggunakan akaun officialbrennayoun, gadis cilik ini mempunyai 1 juta pengikut. Keputusannya mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2017 semasa berhijrah ke Dubai. Sebagai seorang selebiriti, pendapatannya pada usia 10 tahun sudah cukup menjadikan dirinya jutawan.

  1. Lee Ki Woo

Pelakon ini antara yang mempunyai peminat kerana wajahnya cukup tampan. Terkenal dengan filem Flower Boy Ramen Shop, ramai seakan tidak percaya dirinya sudah memeluk Islam. Tapi hidayah Allah siapa yang tahu. Apa pun pengikutnya tidak pernah berkurangan walau mereka berbeza agama.

  1. Jung 11 Woo

Bagi peminat K Drama pasti mengenali Jung 11 Woo kerana banyak drama lakonannya mendapat rating tinggi. Malah dirinya turut berlakon bersama Lee Ki Woo dalam filem Flower Boy Ramen Shop.

Apa yang pasti, dalam apa jua amalan kita, ingatlah masuk syurga itu atas rahmat Allah taala. Sebagaimana satu hadis bila mana Nabi saw kata kepada Aisyah, bahawa seseorang itu tidak boleh masuk ke syurga dengan semata-mata amalannya. Lalu, Aisyah bertanya kepada Nabi, “walaupun kamu, wahai Rasulullah?” Jawab nabi saw bahawa termasuk juga Nabi, kecuali Allah memberikan keampunan dan rahmat. Teruskanlah berbuat kebaikan walau sekecil zarah tidak kira siapa kita di dunia ini. Sumber gambar : instagram

IKLAN