Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pasti menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyambung zuriat. Apabila sudah ada seorang anak, sudah tentulah ada perancangan untuk anak kedua.

Rezeki selalunya tidak salah alamat. Bagi isteri kesayangan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua. Ujar Puteri Sarah, dia sebenarnya sudah mula berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua sejak anak pertamanya Syaikhul Islam berusia 11 bulan.

 Pada awalnya doktor meminta dia untuk memberi ruang dan jarak sehingga anak pertama berusia setahun memandangkan sebelum ini dia melalui proses kelahiran secara pembedahan.  Namun Puteri Sarah mahu segera hamil semula.

Bakal Timang Anak Kedua, Puteri Sarah Hamil Lima Minggu

“Umur saya dah 32 tahun. Saya ingin segera tambah anak. Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu. Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua memandangkan faktor usia yang semakin meningkat. Doktor ada menasihatkan agar saya banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat. Dukung Syaikhul pun kalau ikutkan tak boleh,” jelas Puteri Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL.

IKLAN

Mengakui bahawa suaminya cukup sibuk dengan filem Munafik 2 dan adakalanya balik ke rumah dua hari sekali sahaja, dia dan suaminya tidak menyangka diberikan rezeki pada ketika mereka berdua sama-sama sibuk,” jelas Puteri Sarah kini sedang sibuk dengan produk kosmetik yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tambah Puteri Sarah lagi, hamil anak kedua, setakat ini dia belum lagi mengalami alahan seperti kebiasaan dilalui wanita hamil. Mungkin masih awal katanya kerana ketika hamil anak pertama, dia hanya mula alahan pada bulan ketiga.

Meskipun hamil anak kedua, Puteri Sarah masih menyusukan anak sulungnya, Syaikhul. Hubungannya yang rapat dengan Syaikhul menjadikan ibu dan anak ini cukup rapat. Setakat ini jelas Puteri Sarah, Syaikhul belum lagi menunjukkan ‘perangai pelik’ seperti kebiasaan yang berlaku pada sesetengah kanak-kanak yang bakal mendapat adik.

IKLAN

Ditanya tentang jantina untuk anak kedua ini sama ada menginginkan anak lelaki atau perempuan, ujar Puteri Sarah, Syamsul menginginkan ke semua anaknya lelaki.

Bakal Timang Anak Kedua, Puteri Sarah Hamil Lima Minggu

Sepanjang kehamilan Puteri Sarah mengakui bahawa dia masih terus aktif bekerja. Malah Puteri Sarah masih terus travel memandangkan dia kini sedang mempromosikan produknya, Mattness by Shara. Tambah Puteri Sarah lagi produk tersebut telah berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei. Lebih menggembirakan ialah apabila produknya itu bakal memasuki pasar raya Aeon seluruh negara.

IKLAN

Bagi Puteri Sarah, hamil bukan alasan untuk dia duduk goyang kaki. Dia akan bawa sekali  Syaikhul ke mana sahaja dia pergi memandangkan Syamsul selalu sahaja sibuk.

“Suami sudah beri keizinan untuk saya bergerak ke sana  ke mari dengan syarat saya pandai jaga diri dan menjaga nama suami. Selalunya saya akan bawa ibu sebagai peneman,”jelas Puteri Sarah.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia 1 tahun 3 bulan.

Kredit: Instagram Puteri Sarah Liyana

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI