Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke lima. Peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah peluang yang amat dinanti-nantikan. Membawa anak kecil menunaikan umrah itu mungkin biasa dilakukan ramai ibu bapa namun sesuatu yang agak mencabar apabila membawa anak kecil menunaikan haji.

Bagi Dr Sheikh Muszaphar atau nama sebenarnya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, membawa anak kecil menunaikan haji bukanlah satu masalah besar pada dirinya dan juga isteri, Dr Harlina. Ketika itu anak sulung pasangan ini (Bella) baru berusia 1 tahun 8 bulan (20 bulan).

Dikongsikan tip membawa anak kecil bersama-sama menunaikan haji sebagai persediaan kepada ibu bapa yang akan membawa anak kecil menunaikan haji pada musim haji yang akan datang.

IKLAN

LIMA TIP DARIPADA DR SHEIKH MUSZAPHAR KETIKA MEMBAWA ANAK KECIL MENUNAIKAN HAJI DI MAKKAH

IKLAN

1 . Fahami kerenah anak-anak.
2. Sediakan kelengkapan bayi seperti lampin, botol susu dan jangan lupa bawa barang permainan kesukaan anak-anak.
3. Peka akan pergerakan anak-anak (takut hilang dan sebagainya) 
4. Suami Isteri harus bergilir-gilir mendukungi tanggungjawab – one prays while the other take care of the kids.
5. Banyak bersabar dan Bertawakal kepada Allah. In Sha Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan.

IKLAN

Berikut dikongsikan momen-momen indah sepanjang Dr Sheikh Muszaphar bersama Bella di Tanah Suci Makkah. Memang ikon bapa mithali.

Sepanjang di Makkah, Bella tidak banyak ragam.
Dr Sheikh Muszaphar seorang bapa yang penyayang.
Bella, anak yang mudah mesra.

Kredit gambar: Koleksi peribadi dari Dr Sheikh Muszaphar dan Instagram Dr Sheikh Muszaphar.