Benarkah Firaun Pemimpin Ahli Neraka & Terima Azab Paling Berat?

Share

Benarkah Firaun pemimpin ahli neraka? Persoalan ini diutarakan dalam satu perkongsian yang dipetik daripada akaun media sosial Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini.

Benarkah pemimpin yang akan mengetuai rombongan manusia masuk ke dalam neraka adalah raja Firaun dan benarkah cakap orang bahawa Firaun mendapat seksa paling berat dalam neraka?

Penceramah terkenal ini juga turut memberikan jawapannya sekali. Menurut beliau berdasarkan firman Allah SWT pemimpin negara Mesir yang terkenal jahatnya dan zalimnya itu nanti sememangnya akan menjadi pemimpin kepada orang-orang yang sesat masuk ke dalam neraka pada hari kiamat.

Firaun Pemimpin Ahli Neraka

Firman Allah Taala: يَقْدُمُ قَوْمَهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ فَاَوْرَدَهُمُ النَّارَ ۗوَبِئْسَ الْوِرْدُ الْمَوْرُوْدُ

Ertinya: “Pada hari kiamat Firaun mendahului pengikutnya maka dibawa akan mereka itu ke dalam neraka yang neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi.” (Hud: 98)

Penjelasan Ulama

Berkata Syeikh As-Sya’rawi: فهو قائدهم ومقدمتهم إلى جهنم، كما كان قائدهم إلى الضلال في الدنيا، فهو المعلم وهم المقلّدون

Ertinya: “Maka dia yakni Firaun itu ialah pemimpin sekelian pengikutnya berjalan kepada neraka sepertimana dia telah menjadi pemimpin kepada mereka kepada kesesatan di dalam dunia maka dialah yang mengajar kepada kesesatan dan sekelian pengikutnya itu mengikutnya.” (Kitab Tafsir As-Sya’rawi)

Azab Paling Berat yang Ditanggung

Dan sungguhnya Firaun adalah pemimpin negara yang paling berat azabnya dalam neraka.

Firman Allah Taala: النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

Artinya: “Akan dibentangkan neraka ke atas kaum keluarga dan pengikut Firaun pada waktu pagi dan waktu petang dan pada hari berdirinya kiamat masuklah Firaun dan kaum keluarganya dan pengikutnya (akan neraka) yang merasa akan azab yang paling berat.” (Ghafir: 46)

Daripada dalil-dalil di atas, jelas bahawa Firaun bukan sahaja menjadi pemimpin dalam kesesatan di dunia, bahkan juga menjadi Firaun pemimpin ahli neraka pada hari kiamat kelak. Azab yang diterimanya adalah yang paling berat kerana kesombongan dan kezaliman yang dilakukannya di dunia.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Baca: Bukan Hanya Api, Neraka Juga Ada Azab Kesejukan Yang Lebih Menyakitkan Dari Api

Related Post
Published by
Team Kashoorga