Kerohanian

Berdosakah Anak Perempuan Tak Beri Wang Pada Orang Tua Kerana Tidak Bekerja

Share

Salah cara membalas jasa ibu oleh anak adalah dengan cara memberi nafkah dalam bentuk wang kepada mereka terutama sewaktu keduanya sudah tua dan tidak mampu lagi menyara kehidupan.

Namun timbul persoalan tentang keperluan anak perempuan memberi ibu bapa nafkah wang ini. Daripada sudut agama, adakah perkara ini benar-benar menjadi satu kewajipan?

Dalam pada itu adakah jatuh berdosa buat seorang anak perempuan jika gagal menyediakan keperluan ini kerana tidak bekerja.

Menjawab persoalan itu, pendakwah bebas dikenali sebagai ustaz Nasrullah menjelaskan bahawa tiada dosa jika anak perempuan tidak berbuat demikian.

Hal ini kerana ia bukan tanggungjawab yang wajib ke atas mereka.

Menurutnya, jika seseorang wanita itu tidak mempunyai keperluan mendesak seperti membayar hutang pendidikan atau terikat dengan kontrak biasiswa, maka lebih baik mereka tidak bekerja.

Namun dalam keadaan tertentu, wanita boleh bekerja dari rumah sekiranya perlu.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pernah mengulas isu yang hampir sama menerusi portal Inarah.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan seorang isteri berhenti kerja dan tidak menyumbang kepada perbelanjaan keluarga bukanlah satu kesalahan atau dosa.

Walau bagaimanapun, wanita yang memilih untuk bekerja bagi membantu meringankan beban suami dalam menanggung nafkah keluarga dianggap melakukan satu usaha yang baik.

Namun secara asasnya, tanggungjawab mencari nafkah terletak di bahu suami dan bukan isteri.

Sumber: Mstar

Related Post
Published by
Team Kashoorga