Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
*Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher. *Menutup bahagian leher dan juga dada. *Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan. *Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semua orang tahu bahawa untuk mengurangkan berat badan kita harus mengurangkan kuantiti makanan dan lebih banyak bergerak. Seperti yang diketahui bahawa berat badan yang berlebiha boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Untuk mengurangkan penyakit yang disebabkan oleh berat badan yang berlebihan atau obesiti, masyarakat perlu berubah. Namun perubahan tersebut tidak boleh terlalu drastik. Kita memerlukan strategi pengurangan berat badan yang efektif.
Berikut tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat tentang panduan untuk menurunkan berat badan.
PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN
Pengalaman saya merawat pesakit-pesakit yang gemuk/obesiti memang agak menghampakan kerana hampir 90 peratus gagal menurunkan berat badan.
Yang berjaya turunkan pun hanya 10 peratus dari berat asal. Lepas itu hilang kawalan dan berat naik semula melebihi tahap asal.
Faktor yang amat penting untuk berjaya ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan. Saya nasihatkan mereka tentang kawalan dan kurangkan amount makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kuih-muih, donut, biskut dan makanan junk.
Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.
Perlu kuatkan azam dan kesungguhan serta berusaha dengan tekun untuk mengubah beberapa tabiat yang tidak sesuai.
1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah-buahan. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemukkan.
4. Mulakan makan dengan buah-buahan diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum saperti donut, cakes dan lain-lain. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.
8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan.’ Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap-senyap ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayurs-sayuran atau salad dan lauk-lauk dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau ‘craving’ makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah-buahan atau kacang-kacang waktu ketagih nak makan, jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 hingga 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
KASHOORGA: Paling penting usaha menurunkan berat badan itu perlu kena dengan niat. Bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk tetapi untuk memudahkan urusan menunaikan ibadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hubungan suami isteri yang bahagia boleh diibaratkan sebagai dua pohon pokok yang tumbuh bersebelahan dengan akarnya yang saling berpaut erat. Tetapi apakah yang berlaku jika salah seorang pasangan meninggal? Ya! Hubungan erat mereka terputus namun kasih sayang yang disemai bersama akan terus menjadi memori indah yang bakal dikenang sampai bila-bila.
Seperti perkongsian Mohamad Khusyairiyang baru sahaja kehilangan isteri tercinta. Lelaki ini nyata begitu menyayangi arwah isterinya. Difahamkan bahawa arwah isteri Mohamad Khusyairi mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Ikuti perkongsian seperti yang tercoret di laman Facebooknya.
Maafkan abg syg andai selama ni abg bnyk salah.. Maafkan abg andai banyak terleka.. Maafkan abg andai banyak hajat syg xtertunai.. Maafkan abg..
Harini abg xtidur.. Harini abg duduk sebelah syg.. Harini abg bisik kalimah syahadah di telinga syg.. Sampai syg hembuskan nafas terakhir..
Selalu bila syg sakit abg mandikan syg.. Tp harini adalah kali terakhir abg mandikan syg.. Abg usap lembut tangan yg masakkan abg setiap hari.. Abg usap parut yg selalu abg sapukan ubat.. Abg belai wajah yg selalu abg kucup.. Abg belai perut yg mengandungkan zuriat abg..
Lepas ni xde dah abg nak potongkan kuku syg.. Lepas ni xde dah abg tolak syg pakai wheelchair.. Lepas ni xde dah abg hantar syg check up appoinment doctor.. Lepas ni xde dah abg buatkan air gula utk syg..
Abg letih, abg xtidur, tp abg gagahkan jgk peluk syg, abg gagahkan jgk turunkan syg ke liang lahad, abg gagahkan jgk mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil.. Sbb abg tau ini kali terakhir abg buat semua tu utk syg..
Adi marah bila org tanam ummi dia.. Adi mengaruk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura2 mati depan die.. Dia xtau harini yg syg xpura2..
Semuanya dah berlalu syg.. Syg pergi dgn mudah.. Syg xmenderita lg dah atas dunia ni.. Amanah yg syg tinggalkan utk abg ni akan abg jaga sebaik mungkin..
Kita xbnyk gambar selfie bersama sbb abg malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abg kenang smpai bila2 kenangan kita berdua dan bertiga..
Allahuakbar…sebak baca luahan suami ini…Kita tidak tahu selama mana kita akan terus hidup bersama…mungkin kita yang pergi dahulu atau mungkin si dia..jadi selagi ada peluang bersama, rakamlah kenangan sebanyak mungkin…gambar, video dan selfielah puas-puas…Itulah kenangan yang akan kita simpan sampai bila-bila….
Di doakan agar roh arwah isteri Mohamad Khusyairi di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Al-Fatihah…
Sumber kredit: FB: Mohamad Khusyairi dan Allahyarhamah AdeLiyana Sapuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kata Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah lagi ada kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu kalau anda mahu isteri anda sentiasa kelihatan ‘menarik’ rajin-rajinlah peluk isteri.
Ramai yang beranggapan bahawa memeluk isteri sudah tidak lagi relevan. Lebih-lebih lagi yang sudah lama berumah tangga. Apa salahnya, sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah itu, cuba-cubalah untuk tarik dan peluk seketika.
Kerana ketahuilah sentuhan dan belaian ialah satu keperluan emosi yang bukan sahaja diperlukan oleh seorang isteri tetapi juga pada seorang suami. Pelukan juga ialah lambang kebersamaan dalam menghadapi rintangan kehidupan.
“If I’m marrying you, I’m marrying your problems too”.
Jadi bilakah waktu sesuai untuk beri pelukan kepada isteri?
1. Sebelum pergi ke kerja
Tak perlu lama pun, kalau dapat 10 saat pun sudah mencukupi. Ia akan sangat membantu memberi kekuatan dan keyakinan buat kedua-dua pasangan bagi menghadapi hari baru yang penuh dengan cabaran.
2. Sewaktu menonton televisyen
Kalau rumah pakai astro, sekali sekala langganlah astrofirst. Buat special sedikit untuk anda dan pasangan menonton bersama. Beri pelukan kepada pasangan sepanjang waktu menonton. Kalau tak biasa mungkin akan kekok tetapi lama-kelamaan boleh je sebenarnya.
3. Ketika isteri sedang di dapur
Datangi dan rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Baik ketika sedang memasak dan juga membasuh pinggan. Isteri kalau letih pun akan dapat rasa hilang keletihan, dan lebih baik lagi anda pula yang menyambung kerja dan beri isteri peluang untuk rehat.
4. Waktu isteri merajuk
Pelukan mungkin akan ditolak. Tetapi jangan risau, dan jangan putus asa. Kerana sebenarnya waktu isteri sedang merajuk inilah dia sangat perlukan pelukan cuma memang sudah sifat isteri untuk menguji kesungguhan pasangan.
5. Waktu tidur
Inilah peluang terbaik untuk hormon cinta dan bahagia dikeluarkan. Kalau tak biasa memang akan kekok, jadi memang kena ajar diri dan pasangan untuk sesuaikan. Biar isteri tidur di atas lengan dan peluklah pasangan. Kerana percayalah isteri memang suka tidur berbantalkan suami sebenarnya.
Jika kata-kata cinta bagus untuk sentuhan minda, sebaliknya memberi pelukan pula bagus untuk sentuhan emosi.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...