Berkat Doa Mak Ayah & Orang Ramai, Abang Viva Ucap Syukur Dianugerah Adiwira Prihatin Musibah

Share

Mungkin tiada dalam fikirannya bahawa namanya akan dijulang seperti hari ini. Namun inilah takdir Allah buatnya kerana mempunyai sekeping hati yang tulus ikhlas membantu orang di dalam kesusahan, Allah “angkat” namanya hingga dikenali ramai.

Sebagai manusia, kita dituntut membuat kebaikan semasa hidup bahkan Allah SWT memberikan pilihan dalam kehidupan kita seperti disebut dalam surah Al-Syura ayat 20.

Firman Allah SWT :

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” Surah al-Syura (20).

Kerana punya hati yang cukup ikhlas, berbekalkan RM50, Viva milik kakaknya dan sebuah bot, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dijulang sebagai hero kerana di mana ada mangsa banjir, di situ ada kelibat dirinya.

Abang Viva dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah oleh APMM

Ramai ingin memberinya hadiah termasuk kereta lebih mahal dari vivanya namun semuanya ditolak dengan baik kerana takut maintenance tidak mampu dibayar, sekaligus membuktikan dirinya “masih berpijak di bumi nyata” sebagaimana dirinya sebelum dikenali ramai.

Dek kerana ketulusan hatinya, berkat menjaga anak-anak kakaknya yang sudah meninggal, doa ibu bapa yang sentiasa ada untuknya serta doa dari orang ramai, Abang Viva telah dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dua hari lalu.

Dikongsi di akaun Tik tok offcialnya @abangvivaofficial, Azwan Omar menulis “Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

.

Videonya menerima sijil penganugerahan dari Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed telah dilihat oleh 1.3 juta orang dan semuanya mengucapkan syukur di atas penganugerahan itu pada Selasa lalu ketika kunjungannya ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang.

Terima kasih abang Viva, semoga setiap perbuatan dan amalannya dipandang penghuni langit yang akan sentiasa mendoakannya.

IKLAN