Bertuah Norman Hakim & Abby Abadi, Anak Dara Berjaya Tamatkan Hafazan

Share

Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi. Anak dara mereka Marissa Dania telah berjaya menamatkan hafazan Matan Burdah Busiri. Sama ada Norman mahupun Abby, masing-masing berkongsi kegembiraan di atas pencapaian anak mereka.

Malah mereka juga turut menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa sekaligus meraikan kejayaan Marissa menamatkan hafazan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.



Norman dan Abby turut berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka di laman Instagram masing-masing.


Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018

Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri untuk @marissadania_ @marissadaniaaaaa_

Apa itu Qasidah Burdah?Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait

Dan Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat

Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu



Tahniah Adik. Baru permulaan ni Adik ye. Jauh lagi nak melangkah… jalan yg tentu beronak dan berduri. Terus kuat.



Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.

Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:

  1. Hubungan keluarga yang akrab.
  2. Menitikberatkan pendidikan agama.
  3. Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
  4. Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
  5. Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.

Sumber kredit: Instagram: normanhakim_786

IKLAN