Ramai yang rindu untuk ke tanah suci Makkah melakukan ibadah umrah. Bagi yang pernah pernah pergi, hati kita sentiasa “teringat-ingat” Masjidil Haram dan Masjid Nawabi kerana walau jutaan manusia datang tapi ketenangan di dua tempat ini sangat luar biasa.
Dalam pada itu, kalau melakukan ibadah umrah, kita biasa mengikut agensi pelancongan namun sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi membenarkan kita menggunakan pas pelancongan dan biasanya kesempatan melancong itu digunakan untuk membuat umrah DIY.
Bahkan agensi selalunya mengatur jadual perjalanan untuk memudahkan semua anggota rombongan dan tempat lawatan juga sudah diatur. Satu perkongsian dari Tuan Haji Ustaz Ibnu Abdullah Al Besuti pasti membuka “mata” kita bahawanya di bumi Madinah ada banyak tempat menarik untuk dilawati selain beribadah di Masjid Nabawi yang menempatkan makam Rasulullah.
Lebih menarik melalui umrah DIY secara solo dilakukannya, Ustaz Ibnu Abdullah berkongsi jejak-jejak Rasulullah dan para sahabat serta kesan-kesan sejarah peninggalan lama di zaman Kerajaan Turkey Uthmaniah yang pasti boleh memberikan pengajaran buat kita semua.
Berikut adalah perkongsiannya.
Alhamdulilah selamat tiba di Bumi Malaysia Selepas 11 hari melaksanakan Ibadah Umrah dan Ziarah sekitar Saudi Arabia Secara DIY dan Solo.
Ads
Tarikh 23/10/2021 – 3/10/2021
Penerbangan : Saudi Airlines – Return flight ( RM3202 ) beli melalui website Saudia Airlines
Saya kongsikan foto-foto menarik sepanjang pengembaraan saya di bumi Madinah dan Makkah.
Ads
Ketibaan di Lapangan terbang baharu jeddah di sambut oleh Aquarium Yang amat besar dan tinggi. Setinggi 4 tingkat bangunan. Ada pelbagai jenis ikan air masin termasuklah ikan jerung weh !!Suasana di dalam kereta api laju haramain. Stesen kereta api laju satu floor arrival di lapangan terbang jeddah. Jadi x perlu susah2 nak heret beg jauh-jauh. Kelajuan kereta api ini 300 kmph weh. 1 jam dah sampai MadinahSampai madinah kita pekena sup kaki kambing dulu ataupun namanya adalah khawareeqSuasana aman di Masjid NabawiSuasana Masjidil Haram pada waktu malam. Sungguh tenang dan damai
Ini part ziarah di Madinah.
Kebun mostazal. Tempat Nabi singgah ketika tiba ke quba dalam peristiwa hijrah. Jangan lepaskan peluang solat sunat di tempat yang Baginda Nabi pernah singgah. Masa ni orang tak ramai. Jadi tempat ini ana yang punya !Telaga Ethiq. Telaga yang baginda Nabi SAW gunakan untuk minum. Barakahnya mengalir hingga ke hari ini. Airnya jernih dan sejuk !Telaga Rauha. Tempat baginda Nabi SAW berhenti ketika dalam perjalanan menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji. Di kawasan telaga Rauha. Saya singgah sewaktu dalam perjalanan ke BadarSenarai Nama para Assyahid Badar. Peperangan Badar merupakan peperangan pertama Umat islam. Tentera islam seramai 300 orang melawan puak kafir quraisy 1000 orangPerkuburan Assyahid Badar Kubra di BadarTelaga Zafiran. Selepas tentera Islam bersama baginda Nabi SAW menang dalam peperangan Badar dan dibantu oleh para malaikat. Nabi bersama para sahabat singgah berehat di kawasan ini. Salah seorang sahabat nabi yang cedera parah iaitu Saidina Harith meninggal dan di maqamkan di kawasan ZafiranNasi ikan wajib cuba di Madinah. Nasi ada dua warna. Hitam dan puteh serius sedap wehh.. ampa kene cuba !Biirul Bin. Empangan air yang digunakan pada zaman Muawiyah. Besar sungguh empangan ni.Perkampungan Khaibar. Di sini perkampungan puak Yahudi zaman Nabi SAW. Puak Yahudi berpakat untuk menyerang Madinah dan diketahui oleh Baginda Nabi SAW. Lalu baginda nabi datang menyerang puak yahudi di kawasan khaibar niDi puncak gunung di Al Ula. Serius lawa !Di Al Ula. Jarak dari bukit Madinah sejauh 400km. Di sini terkenal dengan Jabal Fil ( bukit gajah ) dan Madain SolehDi Madain Soleh. Ataupun perkampungan Bani Thamud
Kereta api ini digunakan pada zaman Khalifah Turkey Uthmaniah untuk menghubungkan Turkey dan MadinahJabal Ithlin di Madain Soleh. Tempat puak-puak Bani Thamud berkumpul dan menyembah berhalaKubur Raja Bani Thamud di Madain Soleh. Kalau ke sini jangan lama-lama kerana ini lokasi tempat kaum Nabi Soleh diturunkan bala oleh Allah akibat khianat kepada Nabi Allah. Hadis Nabi meminta para sahabat untuk bergesa-gesa melalui kawasan ini ketika dalam perjalanan menuju peperangan TabukKalau nak tawaf kena booking slot secara harian. Tetapi slot yang disediakan banyak. Insya Allah tidak ada masalah untuk tawafMandy kambing di Makkah. Serius padu !!Tempat berootd baru di Jabal Omar berdekatan Masjidil Haram. Konsep open cafe dan pelbagai menu hidangan !
.
.
.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menunaikan haji ialah rukun Islam yang kelima setelah syahadah, solat, puasa dan zakat/fitrah. Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ritual tahunan yang dilaksanakan kaum muslimin dan muslimat sedunia yang mampu dari segi material, fizikal dan mental. Kebiasaanya ramai yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan juga kapal laut untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.
Namun bagi pemuda yang bernama Mochammad Khamim Setiawan, pemuda ini berjaya sampai ke Makkah dengan hanya berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer dalam tempoh tidak sampai setahun. Tiada yang mustahil untuk dilakukan asalkan ada kemahuan. Kata pepatah, jika ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Meskipun ini kisah musim haji tahun lalu namun ia cukup menjadi inspirasi bahawa jika kita berniat ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah maka Allah akan mudahkan segala urusan. Hanya berbekalkan niat dan berazam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan haji, impian pemuda bersemangat waja ini menjadi kenyataan.
BERJALAN KAKI
Mengimbas kembali pengembaraan Khamim, dia memulakan perjalanan dari daerah Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia pada 28 Ogos tahun 2016. Pemuda yang selesa disapa dengan panggilan Aim ini berkelana ke Makkah hanya dengan membawa sebuah beg galas. Di dalam beg galas itu diisi dengan senaskhah al-Quran, beberapa helai pakaian, sarung kaki, khemah dan beg tidur, telefon pintar, GPS serta wang tunai berjumlah kira-kira tiga juta rupiah (RM955).
Tidak dapat dinafikan bahawa memang pada mulanya pihak keluarga Khamim agak keberatan dengan hasratnya itu. Mungkin juga mereka kurang yakin dengan kemampuan Khamim untuk berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer. Larangan abangnya yang memaksa Khamim untuk melupakan hasratnya untuk berjalan ke Kota Makkah juga langsung tidak mematahkan semangat Khamim untuk meneruskan hasrat murninya itu. Malah ia membuatkan Khamim lebih bersemangat untuk merealisasika impiannya agar menjadi kenyataan.
Nyata Khamim seorang anak muda yang kuat semangatnya. Ujar bapa Khamim, Syaufani Solichin, apabila Khamim mahukan sesuatu, dia akan bertekad untuk melakukannya sehingga berjaya. Tidak ada perkara yang akan menghalangnya. Dia adalah seorang anak muda yang mempunyai daya keyakinan diri yang sangat tinggi.
Sepanjang ‘pengembaraan’ Khamim ke Tanah Suci, Khamim memilih untuk berjalan kaki pada waktu malam. Dia mampu mencapai jarak sejauh 50 kilometer sehari jika sihat. Namun jika dia sakit, dia hanya mampu berjalan sejauh 10 kilometer sehari jika kakinya sakit. Khamim akan berhenti berehat di masjid, bangunan awam dan rumah penduduk.
HANYA DUA KALI JATUH SAKIT
Sepanjang mengharung perjalanan yang panjang dan penuh mencabar itu, Khamim tidak pernah meminta sedekah daripada orang ramai tetapi kerap berjumpa insan baik hati yang memberikannya makanan halal selain bertanyakan jalan ke Arab Saudi.
Dalam tempoh perjalanannya itu, Khamim hanya jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja iaitu semasa berada di Malaysia dan India. Bagi memudahkan urusan perjalanannya, Khamim akan berhenti pada setiap kedutaan Indonesia yang dilaluinya bagi urusan visa dan membuat panggilan.
“Saya berazam mengerjakan haji dengan hanya berjalan kaki bukan kerana kekurangan wang tetapi saya percaya ia merupakan cara saya memperlihatkan ketakwaan saya kepada Allah dengan mempelajari Islam daripada pelbagai ilmuwan Islam selain berjumpa pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang. Dengan cara ini saya dapat belajar budaya mereka dan menambah pengalaman,” katanya.
Sepanjang melalui tempoh pengembaraan yang panjang itu juga, Khamim merekodkan perjalanannya di setiap negara yang dilaluinya selain mengemas kini akaun media sosial miliknya bagi memaklumkan kedudukannya kepada ahli keluarga.
IMPIAN JADI KENYATAAN
Dan akhirnya penat jerih Khamim berbalas jua apabila pada 27 Julai 2017, Khamim akhirnya memuat naik gambar dia memakai pakaian ihram dengan berlatar belakang Kaabah. Dia tiba lebih awal daripada tarikh jangkaan ketibaannya di Tanah Suci iaitu pada 30 Ogos 2017, iaitu sehari sebelum Hari Wukuf.
Inilah kepuasan yang tidak terhingga kepada Khamim. Bukan sahaja dapat mengembara tetapi juga yang penting hasratnya untuk menunaikan rukun haji dalam usia yang masih muda (ketika itu usia Khamim 28 tahun) akhirnya menjadi kenyataan.
Sumber: Saudi Gazette
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pelbagai cara untuk mengumpul harta sebagai bekalan masa depan dengan cara yang betul dan diredai di jalan Allah.
Buat masa sekarang ramai yang mula menyimpan emas berbanding duit. Ini kerana nilai emas yang sangat tinggi sekarang dan tidak mustahil nilainya akan jadi lebih berganda di masa akan datang.
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul harta melalui emas, bolehlah berkongsi cara lelaki ini Akhtar Syamir yang menyimpan duit di bank untuk membeli emas.
Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa.
Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya.
Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita.
Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah.
Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ikuti kelas agama, Jasmin Suraya cari pegangan hidup. ‘Sengaja berahsia, isu melibatkan agama ini terlalu sensitif.’ Tidak semua orang terbuka untuk berbicara soal agama, apatah lagi Jasmine Suraya bukanlah beragama Islam.
Namun hidayah Allah siapa yang tahu, daripada mengikuti kelas a gama, lama-kelamaan hati pelakon ini terbuka untuk mendalami agama Islam. Jasmine Suraya mengaku dia kini mengikuti kelas agama Islam bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.
Menurut Jasmine, dia bagaimanapun enggan bercerita lebih lanjut memandangkan isu agama adalah hal yang sensitif.
“Saya ada menghadiri kelas agama dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup.
“Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’,” katanya.
Terdahulu Jasmin meraih perhatian ramai apabila terbabit dalam majlis ilmu anjuran Neelofa, pada Ogos lalu.
Menurut Jasmine, antara sebab utama dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan orang luar menghakimi atau membuka ruang untuk pihak lain mengkritik.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.
“Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah kurniakan hidayah buat Jasmin Suraya, insyallah.