Apabila berbicara tentang azab neraka, fikiran kita sering membayangkan api yang marak, panas yang menyengat, dan bara yang membakar kulit manusia.
Namun, mungkin ramai yang belum dalam al-Quran dan hadis, Allah SWT juga menggambarkan satu lagi bentuk azab yang tidak kurang dahsyatnya — azab yang datang daripada kesejukan melampau.
Kesejukan ini bukan sekadar dingin, tetapi membekukan tubuh sehingga menanggalkan kulit, membinasakan jiwa dengan seksaan yang tidak terjangka oleh akal manusia biasa.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dalam satu hantaran beliau di media social.
Selain kepanasan neraka Jahanam, Allah juga menjelaskan dalam al-Quran bahawa terdapat azab neraka yang sejuk, yang apabila diminum, berguguran terlerai kulit-kulit manusia kerana terlalu sejuknya azab air yang disediakan buat mereka.
Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam; [57] Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (Surah Sad: 56-57)
Menurut al-Imam al-Baghawi, yang dimaksudkan dengan perkataan Ghassaq adalah kesejukan yang melampau sehingga ingin iaitu Zamharir (dingin yang amat beku), yang membuat kulit-kulit tertanggal sehingga mereka(yang berada di neraka) meminta pertolongan pada panasnya nterbakar keringnya kulit manusia.
Kata Ibn Abbas:
هو الزمهرير يحرقهم ببرده ، كما تحرقهم النار بحرها
Ads
Ia adalah zamharir yang membakar dengan kesejukan yang amat dahsyat seperti mana api yang membakar dengan kepanasannya. Pandangan yang sama diutarakan oleh al-Imam Mujahid dan Muqatil.
Dahsyatnya azab kedinginan dalam neraka
Dahsyatnya azab kedinginan dalam neraka Jahannam ini memberikan seksaan kepada para penghuni neraka sehingga kulit-kulit mereka tertanggal. Dari Ka’ab, beliau berkata:
“Sesungguhnya di neraka adanya deraka.”
Kesejukan azab yang menyeksa manusia ini juga disebutkan dalam hadis. Sabda Rasulullah:
“Neraka menyampaikan keluh kesahnya kepada Tuhannya dan nerkata; “Wahai Tuhan, mengapa kami saling memakan satu sama lain?. Allah pun mengizinkan neraka untuk bernafas dua kali, bernafas ketika musim dingin dan bernapas ketika musim panas, kedua nafas itulah yang kalian dapatkan ketika panas menyengat dan dingin membeku.”
Menurut al-Imam Ibn Hajar, yang dimaksudkan dengan zamharir dalam hadis ini adalah kesejukan yang amat sangat sehingga menyeksa penghuni neraka, menanggalkan kulit-kulit mereka.
Mendengar lemak merdu suara empunya diri mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran membuatkan jiwa seakan terusik. Lengkap dengan tajwid dan taranumnya, ramai terpesona dengan bacaan beliau seakan-akan terleka dibuai kemerduan suaranya.
Mesra dengan panggilan ustazah, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman bukan calang-calang wanita yang mampu menyampaikan bacaan Al-Quran dengan baik. Wanita berdarah Melayu-Yaman ini nyata memiliki aura tersendiri yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Sharifah Khasif menyifatkan zaman kanak-kanak yang dilaluinya tidak seindah insan lain kerana terpaksa menghafal Al-Quran setiap hari. Sikap bapanya yang agak garang membuatkan mereka adik-beradik takut untuk membantah dan hanya menurut perintah. Bagaimanapun, dia amat bersyukur kerana berkat didikan tersebut dia mampu menikmati kesenangan pada hari ini, selain dapat berbakti kepada masyarakat.
“Waktu malam kalau tak hafal kena tidur di luar. Memang 24 jam telinga mendengar bacaan Al-Quran dan boleh dikatakan sepenuh masa saya dengan kitab ini saja. Sekarang, saya banyak berlatih dalam kelas. Mengajar dalam kelas bukan kerana saya hendak duit atau sebagainya tapi sebab saya takut tak ada masa hendak berlatih lagi,” jelasnya yang mengadakan kelas membaca Al-Quran pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang mana ia terbuka untuk kelas umum dan secara tertutup untuk golongan VIP.
Dicungkil tentang rahsia beliau mudah mengingat ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafal, Sharifah Khasif tidak lokek berkongsi tip.
“Tinggalkan segala masalah dan kekusutan fikiran. Kosongkan fikiran dan serah pada ALLAH bulat-bulat untuk mengizinkan kita menghafal ayat-ayat Al-Quran. Jangan merasakan diri kita ini sudah cukup ilmu. Sentiasa merendah diri dan teruskan belajar.
“Al-Quran ialah mukjizat jadi kita kena minta pada ALLAH supaya mudahkan hafalan kita. Sentiasa jadi orang yang sibuk dengan membaca Al-Quran. Jika selalu santai sahaja maka kita tidak akan berjaya menghafal dan mengimarah Al-Quran. Tiada jalan singkat dalam soal menghafal ayat-ayat Al-Quran.
“Makan minum memang saya jaga. Saya amalkan makan kurma kerana tahu akan khasiatnya untuk tenaga manakala air suam untuk penjagaan suara. Walau bagaimanapun untuk menghafal, perlu sentiasa ‘berdamping’ dengan Al-Quran.
“Pendek kata, 24 jam sehari. Memang perlu lebih kurang 12 jam sehari untuk menghafal dan ulang betul-betul ayat yang dibaca. Jika mahu menghafal Al-Quran, letakkan tempoh sasaran. Paling lama tiga tahun. Selepas itu belajar pula untuk menghafal ilmu tafsir,” tegas Sharifah Khasif.
Kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Untuk mencapai kejayaan, perlulah ada usaha dan pengorbanan.
Sumber: Sisipan Wanita Oh Wanita, Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tiada pasangan yang berkahwin ingin bercerai sebagai noktah kisah cinta romantik mereka. Sepatutnya kemesraan dan kebahagiaan di awal perkahwinan terus kekal hingga akhir hayat. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah yang menentukan ajal dan jodoh manusia.
Namun, dalam keadaan berduka ini, Allah tetap menjaga kepentingan dan kebajikan seorang wanita dengan mewajibkan bekas suami bertanggungjawab ke atas hak jandanya walau apa pun terjadi selagi bekas isteri itu diceraikan bukan disebabkan nusyuz.
Kita ikuti perkongsian yang amat bermanfaat dari peguam Syariah berpusat di Tampin, Melaka iaitu Rabiatul Adawiyah Ramli mengenai hak-hak isteri selepas bercerai buat rujukan suami dan isteri.
Memulakan coretannya, Rabiatul menegaskan bahawa bercerai bukanlah sesuatu yang diimpikan pasangan yang telah berkahwin. Namun setelah mencari jalan penyelesaian tetapi tetap buntu, sudah tentu jalan terbaik adalah berpisah.
Apa gunanya memilih derita jika suami atau isteri berhak menentukan jalan hidup sendiri selepas berpisah.
Walaupun telah berpisah, isteri dapat menuntut tujuh hak ini selepas proses perceraian berlaku. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan hak dan kepentingan sama ada bekas isteri, suami dan anak-anak tetap dilindungi biarpun telah bercerai.
Perlu diketahui, tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak bukanlah ketika hidup bersama sahaja tetapi tetap berjalan setelah bercerai juga.
Allah swt telah berfirman:
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka.
“Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”. (Surah at-Talak : 6)
Apabila pihak-pihak yang dari perkahwinan yang sah telah dibubarkan perkahwinan samada telah dibubarkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan perceraian atau fasakh oleh si isteri atau telah diceraikan oleh si suami samada di luar Mahkamah mahupun dengan kebenaran Mahkamah.
Maka apabila sesuatu perceraian itu telah disabitkan sebagai SAH tiada mana-mana perintah Mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai Nusyuz, maka si isteri ini diberikan hak mutlak yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk membuat tuntutan sepertimana di bawah :
Nafkah iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya. Namun bagi wanita yang tidak diarahkan untuk beriddah oleh Mahkamah sebagai contoh wanita yang belum disetubuhi oleh si suami sepanjang tempoh perkahwinan tidak ada tempoh iddah.
Ini kerana tujuan tempoh iddah ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak-pihak untuk Ruju’ kembali dan bertujuan bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari kandungan.
Tempat tinggal adalah wajib disediakan dalam tempoh iddah Rajie (yang boleh diruju’). Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut, pihak-pihak diberi ruang sekiranya ingin menyambung Kembali (Ruju’) ikatan perkahwinan.
….. Merujuk di dalam Dalil Nabi Muhammad saw yang bersabda:
“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Mutaah ialah sejumlah harta yang mana suami wajib berikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami.
…. Ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai Mutaah:
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah : 241)
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami dan isteri tersebut. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya. Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Sekiranya dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak mempunyai anak tak kisahlah berapa ramai sekalipun, maka si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak-anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar.
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Maka inilah senarai atau jenis-jenis tuntutan yang boleh dibuat atau dituntut oleh isteri yang diceraikan tanpa alasan yang munasabah.
Dimanakah tuntutan ini boleh dibuat?
Bagi memastikan prosedur tuntutan ini sah di sisi undang-undang, isteri boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah andai kata bekas suami seolah lepas tangan.
Bagaimanapun, menurut Rabiatul, tuntutan ini adalah hak isteri samada hendak tuntut atau sebaliknya, tetapi ia hanya melibatkan tuntutan hak isteri sahaja.
“Part Nafkah Anak dan Hak Anak jangan dinafikan pula. Itu hak anak selepas pasangan bercerai. Siapa anda untuk nafikan hak-hak mereka walhal anda yang memilih untuk bercerai. Dan siapa anda juga sebagai bapa atau bekas suami untuk nafikan hak-hak mereka”
Jika tiada keadilan di Mahkamah Dunia, anda akan diadili di Mahkamah Akhirat. Yang penting usaha seterusnya barulah tawakal.
Oleh itu, moga tiada lagi yang ketinggalan keretapi berkenaan apa hak-hak isteri selepas penceraian Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan pada yang juga. InsyaAllah.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan dan membantu wanita agar mengetahui apakah hak sebenar seorang isteri setelah bercerai dengan suami. Tuntutlah selagi ia menjadi hak bekas isteri, jangan sesekali nafikan hak anda.
Kashoorga: Allah telah mengaturkan segala sebaik-baik aturan. Tuntut;ah hak sebagai belas isteri kepada bekas suami kerana nafkah ini bukan sah semasa berkahwin sahaja, tetapi juga selepas bercerai. Nafkah buat isteri hanya termaktub selagi mana tidak berkahwin lain.
Majlis hidang arak, tinggalkan! Mungkin ada keadaan kita menghadiri majlis dan tidak diberitahu akan adanya tentang minuman alkohol disediakan sekali.
Dalam situasi sedemikian sebagai orang Islam, seharusnya kita meninggalkan majlis tersebut. Jangan kerana takut empunya majlis berkecil hati kita terus di situ ataupun terus berada di situ dengan alasan tak mengapa kerana tak ‘minum’.
Ini kerana Islam memang melaknat penyebaran arak. Sabda Rasulullah:
“Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, yang memerahnya, yang mengambil hasilnya, penghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan. (HR Abu Daud)
Malah tindakan meninggal majlis yang menghidangkan arak ini juga diingatkan oleh Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخِر، فلا يقعُد على مائدةٍ يُشرب عليْها الخمْر
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia menjauhi tempat yang dihidangkan minuman arak” (Riwayat Ahmad)
Menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam satu perkongsian beliau hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak seharusnya bagi seorang Muslim berada di tempat yang terzahir perlakuan yang dilarang oleh Allah.
Ini kerana keberadaan mereka di tempat tersebut seolah bersetuju dengan kemungkaran yang berlaku. Malah dibimbangi ia akan memberikan imej negatif kepada diri Muslim itu sendiri.
Dengan sebab itu Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan satu kumpulan peminum arak untuk dihukum sebat. Tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpuasa dikalangan kumpulan tersebut.
Umar Abdul Aziz bertegas untuk turut mengenakan hukuman adab (hukuman lain) terhadap lelaki tersebut lalu berkata: “Kamu adalah sebahagian dari mereka”. (Tafsir al-Qurtubi)
Imam Malik pernah ditanya berkenaan seorang lelaki yang dijemput ke satu majlis yang menghidangkan arak secara jelas. Apakah boleh dia menghadiri majlis tersebut? Imam Malik menjawab: Tidak! Kerana majlis tersebut telah menzahirkan (mempamerkan) kemungkaran yang jelas. (Ibn Battal, Sharh al-Bukhari).
Hukum meninggalkan majlis yang menghidangkan arak ini jelas. Oleh itu tidak perlulah kita teragak-agak lagi bimbang yang menjemput terasa hati dan sebagainya.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.