--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Cancel Culture: Adakah Budaya Ini Selari Dengan Islam?

Apabila seseorang individu terutama selebriti atau orang ternama melakukan kesalahan, begitu cepat masyarakat menjatuhkan hukuman. Seolah-olah kitalah penentu mutlak yang berhak mengadili setiap dosa dan silap mereka.

Dalam dunia digital hari ini, bentuknya pula lebih jelas menerusi amalan cancel culture. Sesiapa yang melakukan kesilapan akan segera “dibatalkan” oleh netizen. 

Budaya ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia apabila seseorang individu atau institusi diboikot, diperlekehkan dan ditolak secara terbuka kerana kesalahan yang dianggap berat, walaupun perkara itu mungkin sudah lama berlalu.

Persoalannya, adakah budaya sebegini dibenarkan dalam Islam?

Cancel culture biasanya berlaku apabila seseorang dihukum oleh masyarakat tanpa diberi ruang untuk menjelaskan keadaan atau mempertahankan diri sendiri. 

Cancel Culture: Adakah Budaya Ini Selari Dengan Islam?

Dalam banyak keadaan ia bukan sekadar menegur perbuatan salah individu berkenaan, malah berubah menjadi budaya yang mengaibkan sehingga boleh menjatuhkan maruah orang lain. 

Islam sememangnya melarang umatnya daripada melakukan kemungkaran. Setiap perbuatan yang salah tetap salah di sisi Allah SWT dan seorang Muslim dituntut untuk menolak kemungkaran mengikut kemampuan serta saluran yang betul. 

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110:

Ads

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)….. 

Namun, ia tidak bermaksud kita diberi hak untuk menghukum, mengaibkan atau mengadili seseorang sesuka hati.

Dalam hal ini, Islam mengajar adab yang sangat indah ketika berdepan kesalahan orang lain. Antaranya ialah tabayyun, iaitu menyemak terlebih dahulu kebenaran sesuatu berita atau dakwaan sebelum menjatuhkan penilaian. 

BACA JUGA: Perkahwinan Dalam Islam Perlu Sederhana, Bukan Sampai Berhutang

Ini penting kerana tidak semua yang tular itu benar dan tidak semua yang diperkatakan orang harus dipercayai.

Ads

Selain itu, Islam juga menganjurkan sifat memaafkan. Firman Allah SWT dalam Surah As-Syura, ayat 43:

Maksudnya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Jika sukar untuk memaafkan sekalipun, jangan sampai kita menghina. Jangan kerana marah, kita lupa adab yang menjadi asas akhlak seorang Muslim.

Sebaliknya, doakanlah agar orang yang bersalah itu berubah, kerana Islam sentiasa membuka pintu taubat seluas-luasnya bagi hamba-Nya yang ingin kembali kepada jalan benar.

Namun begitu, jika seseorang itu benar-benar terbukti membawa ajaran salah atau mengajak kepada perkara yang menyesatkan, maka tindakan menjauhkan diri atau memboikot boleh dilakukan demi menjaga akidah dan mengelakkan mudarat. 

Ads

Tetapi tindakan itu mestilah dibuat atas dasar menjaga maslahat, bukan kerana dendam, kebencian atau keinginan untuk melihat seseorang terus jatuh.

Perlu difahami, menolak cancel culture bukan bermaksud kita menerima pesalah tersebut melakukan kemungkaran. Namun ada bezanya antara menegur dan juga budaya memboikot beramai-ramai. 

Hakikatnya, Islam tidak mengajar umatnya menjadi lemah terhadap kesalahan. Dalam pada masa yang sama, Islam juga tidak mengajar kita menghukum tanpa belas. Seorang Muslim perlu memilih jalan yang berpaksikan kebenaran, keadilan dan rahmah dalam setiap penilaian terhadap orang lain.

Dalam era media sosial, cancel culture sering dilihat sebagai jalan pantas untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan. Namun bagi seorang Muslim, tidak semua yang popular dalam masyarakat wajar diterima bulat-bulat. 

Islam mengajar kita supaya menegur dengan beradab. Kesalahan memang perlu dibetulkan, tetapi maruah manusia tetap wajib dipelihara. 

Jangan sampai kerana terlalu mahu menghukum, kita sendiri terjebak dalam kemungkaran yang dilarang oleh agama.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Perkahwinan Dalam Islam Perlu Sederhana, Bukan Sampai Berhutang

Perkahwinan sederhana dalam Islam membantu pasangan mengelak hutang dan mencapai keberkatan. Ketahui kepentingan majlis sederhana mengikut ajaran Islam.