Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun bagi yang tidak terpilih, jangan putus asa, anda masih lagi mempunyai peluang untuk membuat rayuan bagi mengerjakan ibadah ini tahun hadapan.
Ini kerana Tabung Haji telah pun membuka peluang untuk membuat rayuan haji bermula 19 Disember 2024.
Sempena penularan wabak COVID-19 ini, banyak antara kita berkongsi ilmu di alam maya. Dan salah satu daripadanya adalah melalui laman sosial Facebook Majlis Ilmu.
Ini adalah salah satu perkongsian menarik yang boleh kita jadikan panduan.
TOLONGLAH TANYA AKU DI MANA, KAWAN..
Mengunjungi seorang kawan yang sedang kritikal sakit, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, dan membisikkan sesuatu..
Dalam airmata berlinang dan ucapan yg terbata2 dia berkata,” Jika awak tidak melihat saya di syurga, tolong tanya pada Allah di mana saya, tolonglah saya ketika itu…”
Dia langsung terisak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya pun berbisik,” In sha Allah, in sha Allah aku juga mohon kepada awak jika awak juga tidak terlihat saya di syurga…”
Kami pun menangis bersama, entah berapa lama…
Ketika saya meninggalkan hospital, saya terkenang akan pesan beliau…
Sebenarnya pesan itu pernah disampaikan oleh seorang ulama besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
” Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Rabb kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadits :
“Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…”
Maka Allah berfirman, ” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”. (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat2ku,
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yg boleh membantu kita bukan ikatan di dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat amal soleh, yg solat berjemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan agar meningkatkan keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Islam.
Carilah kawan yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bersama untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Kawan yg dicari kerana urusan perniagaan, pekerjaan,kawan tengok bola, kawan memancing, kawan bershopping, kawan fb utk bercerita hal politik, kawan whatsapp utk menceritakan hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi kawan yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga….
Semaklah diri, apakah ada kawan yg seperti ini dalam kehidupan kita atau yg ada mungkin lebih buruk dari kita…
Jom berubah sekarang, kurangi waktu dgn kawan yg hanya condong pada dunia, carilah kawan yg membawa kita bersama ke syurga, karena kita tidak boleh mengharapkan pahala ibadah kita saja utk masuk syurganya Allah..
Perbanyaklah usaha, moga satu darinya akan tersangkut dan membawa kita ke pintu syurga….
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
” Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya diantara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..
Jika tidak, mulailah hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa antum boleh menyampaikan pesan ini?
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga-Nya…
Ada kalangan kita mungkin punya masa lalu yang hitam atau mengaibkan dan perkara ini tidak mahu kita kongsi dengan sesiapa pun.
Walau cuba dielak namun ada kala perkara ini tetap ditanya oleh orang sekeliling. Agar orang tidak dipandang serong, dalam keterpaksaan kita terpaksa berbohong. Dalam hal ini adakah seseorang itu berdosa?
Maksudnya : “Tidak termasuk pendusta orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu berhasil dengan baik”. Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, Dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya”. (Riwayat Muslim)
Tiada perkara yang dibolehkan untuk berbohong, melainkan yang disebutkan dalam hadis di atas sahaja. Imam Nawawi mengulas hadis ini dengan menyatakan dibolehkan berbohong sebagaimana maksud hadis di atas jika terdapat maslahah/ kepentingan.
Bagaimanapun perkara yang berkaitan dengan aib, sebagai seorang muslim sebaiknya perkara ini hendaklah dielakkan dan tidak didedahkan kepada orang ramai.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujuraat : 12)
Perkahwinan adalah suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia. Bertujuan untuk menjaga keturunan, memelihara kesucian diri, melaksanakan tuntutan syariat, memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Namun ada juga terjebak dengan dosa zina yang hingga melahirkan anak luar nikah. Sedangkan kita dituntut menjaga nasab keturunan sebagaimana disebut dalam surah Al-Furqan ayat 54 yang berbunyi.
Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa.
Dalam pada itu, peguam syarie, Fahmi Ramli yang juga Konsultan Perundangan Islam membuat teguran secara terbuka di media sosialnya berkaitan isu nasab dalam Suamiku Lelaki Pendosa yang dianggap mampu mengelirukan masyarakat yang menonton drama ini.
Baca perkongsiannya, semoga kita juga mendapat ilmu berkaitan nasab ini.
TV3 dan Penulis Novel, Tolong semak betul-betul isu Nasab Dalam Islam sebelum pamerkan pada orang awam.
Hari ini saya terpanggil sekali lagi untuk ulas isu yang hampir sama dengan artikel yang saya ulas daripada drama Suamiku Lelaki Pendosa. Tangan saya bergetar kerana terlalu marah bila baru sahaja menonton Episod 19 di Disney Hotstar.
Buat yang tak tonton, saya beritahu apa sebabnya saya marah.
Dalam episod tersebut, Dato Afnan (Edika Yusof) telah datang ke rumah Firdaus Bapa Cahaya Malaika (Fauzi Nawawi) untuk melihat dan berjumpa dengan Cahaya Malaika (Sophia Barakbah) lantas memberitahu yang dia adalah ‘Bapa Kandung’.
Yang tak boleh saya terima, Firdaus ni pun siap cakap ‘Ini adalah bapa kandung Cahaya’. What the fish!!!!
Apa hubungan sepatutnya Cahaya dengan Dato’ Afnan?
Walaupun diketahui Dato’ Afnan itu telah meniduri isteri Firdaus, Wahidah (Aleza Shadan), TAPI dalam Islam, dia tak boleh dikatakan sebagai Bapa Kandung. Istilah bapa kandung digunakan untuk Anak Sah Taraf yang dinasabkan kepada seorang bapa yang sah dalam tempoh perkahwinan mengikut Hukum Syarak.
Seandainya, katakanlah Wahidah diceraikan, dan kemudian berkahwin dengan Dato’ Afnan, ia tak akan menjadikan Cahaya Malaika itu sebagai Bapa Kandungnya. Hubungan Cahaya dan Dato’ Afnan tu hanya seperti Bapa Tiri yang haram berkahwin dengan anak tiri disebabkan perkahwinan dengan ibunya.
Betul ke Cahaya Anak Tak Sah Taraf?
Seperti yang saya pernah ulas, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus dan Wahidah sebab dia dilahirkan dalam tempoh perkahwinan mereka.
Meskipun, DNA dan pengakuan Wahidah yang terlanjur dengan Dato’ Afnan ketika dia bergelar isteri orang membuktikan Cahaya datang dari benih Dato’ Afnan (mungkin), TAPI disebabkan Firdaus tidak membuat Permohonan Cerai Lian, maka, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus.
Bukan ke DNA terbukti kuat?
DNA adalah satu kaedah saintifik. Islam tidak menolak pembuktian tersebut. Tetapi, dalam Undang-undang dan Syarak, hanya ada satu cara untuk seorang lelaki menafikan nasab anaknya iaitu dengan Cerai Lian setelah dia menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain.
Saya dah ulas perkara ini berdasarkan satu rujukan kes Jurnal Hukum yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah (boleh rujuk artikel sebelum ini), Mahkamah memutuskan, DNA hanya digunakan untuk membuktikan nasab seseorang anak sahaja, bukan CARA untuk menafikan nasab.
Walaupun Firdaus mungkin tahu perbuatan isterinya di belakang?
Ya, walaupun Firdaus tahu Wahidah telah terlanjur dengan lelaki lain. Untuk menjawab kepada persoalan ini, saya merujuk kepada satu Hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya
“ Anak itu dinisbahkan kepada katil, sedangkan untuk orang yang berzina terlarang daripada apa-apa” (Bukhari & Muslim).
Maksudnya, katil itu dinisbahkan kepada isteri. Pemilik kepada katil tersebut adalah suami yang sah. Anak itu dinisbahkan kepada suaminya. Meskipun, isteri tersebut menafikan itu anaknya, tetapi suami itu menyatakan itu anaknya, maka anak itu tetap boleh dinasabkan kepada suaminya.
Kalau Firdaus menafikan itu nasabnya?
Jika Firdaus atau suami tersebut, menafikan bahawa itu anaknya, dan menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain, isteri pulak menafikan, maka ia akan menjurus kepada Cerai/Sumpah Lian jika suami tidak mampu membawa bukti syarak tuduhan zina iaitu 4 orang saksi lelaki. Selepas itu, barulah anak itu dinafikan nasab daripada suami tersebut.
Manakala, orang yang berzina, iaitu tidak ada pertalian nikah yang sah, dan melahirkan anak, maka anak itu tak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut, sebaliknya nasab kepada ibunya sahaja.
Jadi, ini bermaksud, anak itu masih wajar dinasabkan kepada suami yang sah, meskipun isteri tersebut mengakui yang itu bukan benih suaminya. Syaratnya, suami tersebut menafikan dakwaan isterinya dan mengakui itu adalah anaknya.
Bukan ke masa belajar dulu anak tak sah taraf tak boleh dinasabkan kepada lelaki yang berzina?
Memang betul. Tapi di dalam kes ini, Wahidah itu berzina dengan lelaki lain dalam tempoh perkahwinannya dengan Firdaus.
Lainlah kalau Wahidah, berzina dengan Dato’ Afnan SEBELUM kahwin dengan Firdaus.
Memang haram la hukumnya dinasabkan kepada Firdaus tu. Itu kita panggil istilahnya Pak Sanggup. Hukumnya Haram dalam Islam. Bezakan antara situasi zina sebelum nikah dengan zina selepas nikah.
Kesimpulan,
Saya mohon secara tegas, isu sebegini jangan diambil mudah. Bayangkan berapa ramai yang menonton Drama ini akan mendapat info yang salah disebabkan kesalahan skrip atau penulisan drama yang tak dikaji.
Saya tersangat bimbang, jika selepas ini akan ada lebih ramai orang macam Dato’ Afnan yang sepatutnya tak ada pertalian nasab, tetapi hanya Bapa Biologikal sahaja datang ke rumah dan mengaku dia adalah Bapa Kandung. Allahu. Salah besar ni.
Saya pun tak faham, bagaimana drama ini katanya telah disemak oleh JAKIM boleh terlepas pandang isu sebegini. Kalau saya salah buktikan secara sah ikut undang-undang dan syarak.
Sebab saya menyampaikan pandangan ini berdasarkan kepada keputusan kes yang pernah diputuskan Mahkamah Syariah serta bersandarkan kepada Undang-undang dan Syarak.
Bukan ikut sedap tangan saya yang menulis. Saya mohon, buat pembaca artikel ini, panjangkan hingga sampai ke pihak penyiaran untuk ambil tindakan selanjutnya. Bimbang ini akan memesongkan pemahaman masyarakat yang tak semua faham. Saya gesa tindakan tegas diambil.
Wallahualam Fahmi Ramli Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.