--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan

Cendekiawan Ulung Negara Syed Muhammad Naquib Al-Attas Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Dunia keilmuan Islam kehilangan seorang tokoh besar apabila Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dilaporkan meninggal dunia pada Ahad kira-kira pukul 6.47 petang pada usia 94 tahun.

Allahyarham dikenali sebagai antara cendekiawan Islam paling berpengaruh di dunia, khususnya dalam bidang falsafah, pendidikan, sejarah dan pemikiran peradaban Islam.

Sepanjang hayatnya, beliau banyak menyumbang kepada perkembangan wacana intelektual Islam termasuk memperkenalkan gagasan Islamisation of Knowledge yang memberi kesan besar terhadap sistem pendidikan Islam di peringkat antarabangsa.

Ads

Dilahirkan pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia, Al-Attas turut dikenang sebagai pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) yang menjadi antara pusat penting kajian pemikiran Islam moden.

Ads

Melalui pelbagai karya ilmiah yang dihasilkannya, pemikiran beliau terus menjadi rujukan sarjana dan institusi pendidikan di seluruh dunia.

Ads

Jenazah Allahyarham dijadualkan disolatkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada pagi Isnin. Pemergian tokoh ilmuwan ini meninggalkan legasi besar kepada dunia akademik serta perkembangan pemikiran Islam di peringkat global.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Kerja di Kedai Jual Arak – Penjelasan Penting Tentang Rezeki Syubhah...

Kerja di kedai jual arak sering menimbulkan persoalan hukum dan rezeki syubhah. Ketahui penjelasan Islam serta pandangan Mufti tentang isu ini.