Kerohanian

Cium Al-Quran Boleh Rosakkan Akidah?

Share

Mencium mushaf al quran setiap kali selesai membacanya adalah perkara yang biasa kita lakukan kerana memuliakan kitab suci ini.  Namun begitu ada yang mengatakan sebaliknya, ada yang mendakwa perbuatan tersebut sebenarnya boleh merosakkan akidah?

Persoalan ini dipetik dari satu perkongsian Ustaz Azhar Idrus di laman sosial milik. Penceramah ini turut memberikan penjelasan tentang hal tersebut.

Hukum mencium mushaf al Quran

Hukum mencium mushaf yakni Al-Quran ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus di sisi jumhur ulamak dan pendapat  sebahagian ulamak mazhab Syafie dan Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.

Berkata Imam As-Suyuthi :

يُسْتَحَبُّ تَقْبِيلُ الْمُصْحَفِ لِأَنَّ عِكْرِمَةَ بْن أَبِي جَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يَفْعَلُهُ

Ertinya : “”Disunatkan mencium mushaf yakni Quran kerana sungguhnya sahabat yang bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau melakukannya yakni mencium akan mushaf.” (Kitab Al-Itqan)

Pada Fatwa Majlis Agama Palestin :

يجوز تقبيل المصحف كما قال : الحنفية والحنابلة . وروي عن الإمام أحمد استحبابه .

ومن أدلة ذلك: روي عن عمر رضي الله عنه أنه كان يأخذ المصحف كل غداة ويقبله . وكان عثمان رضي الله عنه يقبل المصحف ويمسحه على وجهه .

قال النووي في (التبيان في آداب حملة القرآن) : روينا في مسند الدارمي بإسناد صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه ويقول : كتاب ربي كتاب ربي .

المجلس الإسلامي للإفتاء – الداخل الفلسطيني

Ertinya : “Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali. Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan sunatnya.

Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan mushaf pada setiap pagi dan menciumnya.

Dan adalah Uthman r.a. mencium akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.

Berkata Imam Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran : Telah diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau meletakkan akan mushaf atas mukanya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku.” (Majlis Fatwa Palsetin)

Kesimpulannya, mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain. Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi r.a.

Tidak rosak aqidah sebab mencium Quran tetapi rosak aqidah sebab sakit hati melihat Quran dicium.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

 

 

Related Post
Published by
Team Kashoorga