Pelbagai pihak dilihat saling bantu membantu dalam menangani penularan wabak COVID-19 ini.

Selain barisan pejuang hadapan atau frontliner, turut dilihat beberapa indivu atau syarikat korporat yang turut menghulurkan bantuan.

Salam seorang individu yang dilihat tidak putus-putus menghulurkan bantuan adalah Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew.

Biarpun ada sesetengah pihak mengecam tindakannya, namun beliau tidak putus asa untuk terus menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Tidak putus-putus hulur bantuan.

Malah beliau turut menjawab hal tersebut dan memohon maaf andainya ada pihak yang tidak menyenangi tindakannya selama ini.

Dia juga tidak sedikitpun berkecil hati kerana padanya setiap pendapat insan itu berbeza-beza.

Bagi Ebit Lew COVID-19 ini datang hanya kali ini dan tidak pernah dirasakannya sepanjang hidup. Jadi tidak tahu apa yang akan berlaku esok, beliau memohon kita semua untuk berdoa dan berharap hanya padaNya sentiasa.

Mensasarkan golongan asnaf untuk dineri bantuan.

Menurutnya ada rahmat pada setiap dugaan dari Allah SWT. Walau ada rasa takut kalau dijangkiti wabak ini, tetapi beliau terus bangun dan pergi membeli barang untuk diberikan kepada golongan asnaf.

Tanpa mengira bangsa dan agama, beliau berikan keperluan asas agar dapat meringankan beban yang ditanggung mereka sepanjang COVID-19 ini.

IKLAN

Covid 19 ini cuma datang kali ini. Tak pernah rasa begini sepanjang hidup. Selalu dengar khabar akan ada hari begini datang. Tak sangka kini kita berada diwaktu dan suasana begini. Entah apa akan jadi esok pun kita semua tak tahu.

“Kita berdoa dan berharap padaNya sentiasa. Pasti ada rahmat disebaliknya. Stay At Home. Jangan keluar tanpa keperluan. Hidup untuk Allah sayang. Sepanjang malam baca mesej orang susah takde makanan dah. Dah habis tak tahu nak makan apa. Sedih giler baca. Ya Allah maafkanlah diriku ini.

Pengagihan beras dan barangan keperluan lain.

Bangun pagi ini terus list barang nak beli untuk asnaf dan yang memerlukan. Tak kira bangsa dan agama. Keperluan asas. Dulu saya selalu tak makan. Doa nak makan. Ya Allah lapar tolonglah saya.

“Allah beri rezeki. Hari ini waktu covid 19 ramai orang susah dah habis keperluan harian pun. Ya Allah bahagia rasa selesai membeli keperluan asas untuk asnaf dan yang memerlukan. .

“Tadi saya membeli dekat Malakat Mall cyberjaya dan juga di St Rosyam Mart. Kagum pada mereka peniaga Islam yang hebat. Terima kaseh atas layanan baik Dato Rosyam Noor dan Dato Nazim dan Tuan Fadzil.

“Semoga menjadi peniaga paling berjaya kaya dunia akhirat. Paling penting ramai staf mereka tolong angkat. Saya datang bertiga je. Saya borong dengan lori 10 tan. Penuh lori. Doakan yer.

“InsyaAllah saya akan gunakan adik grab, runner anak muda untuk pusing sekitar kl. InsyaAllah habis jer terus topap lagi.

Ya Allah terimalah semua ini asbab hidayah seluruh alam-ebitlew

 

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Turut dibantu orang ramai.

Ternyata perkongsian ini mendapat maklum balas positif daripada warrante yang begitu terharu dengan tindakan dan amalan baik Ebit Lew.

Malah rata-rata mendoakan agar beliau terus dilindungi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang kerja murni yang dilakukannya.

Dhia Wawa Semoga Allah kurniakan ramai lagi dikalangan kita yg mcm ustaz… Kerja kebajikan yg dipertontonkan ini semoga menjadi asbab kita semua berlumba2 membuat bekal akhirat…

Noor Baini Alhamdulilah semoga Allah limpahkan rezeki buat ustaz kerana banyak sedekah serta meringankan beban orang yg serba kekurangan di saat ini…Ya Allah kau limpahkan rezeki buat ku juga supaya dapat juga ku bersedekah..Aminn ya Allah ya mujib.

Nila Zamal Alhamdulliah.syukur.moga usaha ustaz ebit lew dalam rahmat allah dan dipermudahkan perjalanaanmya..insyallah.aamiin

Nurshidah Shidah Subhanallah
Semoga Allah sentiasa merahmati ustaz sekeluarga dan team yg membantu ustaz.

Zyra Adura Allahurabbi…semoga Allah sentiasa melapangkan pintu rezeki yg luas buat ustaz.semoga ustaz sentiasa di payungi kesihatan yg baik dan berpanjangan.aaminn…sungguh mulia hatimu ustaz ebit lew

KREDIT: FACEBOOK Ebit Lew