Antara doa golongan yang mustajab doanya adalah daripada orang yang beramal soleh dan solehah. Kita disarankan untuk sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT. Tidak hairanlah apabila setiap apa yang kita hajatkan mempunyai permintaan tertentu.
Namun, waktu yang pasti kita akan panjatkan doa adalah selepas mendirikan solat fardhu. Selesai berwirid dan zikir selepas solat, maka kita panjatkan lah permintaan yang bersesuaian dengan hajat kita.
Ada solat yang dibaca secara umum dan sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.
Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)
Berikut dikongsikan bacaannya selepas solat fardu berserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Ia merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.
Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hampir 30 tahun wanita ini terpaksa ‘hidup’ dalam dunia rabun dan bergantung sepenuhnya dengan kanta mata atau kaca mata untuk melihat pemandangan di depan dengan lebih jelas.
Sepanjang tempoh itu jugalah, Nordiana Din berdepan dengan masalah ‘renyah’ kerana perlu buka tutup lens (kanta lekap) setiap masa dan penjagaannya juga cukup teliti kalau mahu mata selamat dan dipakai lama.
Bukan setahun dua menggunakan kanta lekap ini tetapi hampir 15 tahun kerana menurutnya sebagai perunding kewangan dia memerlukan penglihatan yang tajam terutama ketika memandu untuk bertemu pihak klien.
Jika tidak hanya selesa menggunakan kaca mata, itupun hanya di rumah kerana sudah biasa dengan masalah kerabunan yang dialami sejak kecil.
Akhirnya terdetik pintu hati untuk membuat pembedahan lasik mata dengan Datuk Prof Dr Muhaya dan niat terlaksana disebabkan mahu mengerjakan ibadah umrah dan keinginan utnuk mengambil lesen menyelam laut satu hari nanti.
Dan bermulah sesi temujanji dengan Dr Muhaya hinggalah akhirnya setelah melalui proses berkenaan yang tidak sakit berjaya dilakukan.
Ayuh, ikuti perkongsian wanita ini yang tidak habis-habis mengucapkan Istighfar sepanjang sampai ke pusat berkenaan hinggalah proses penyembuhan mata dilakukan.
Niatnya melakukan pembedahan lasik ini hanya satu, mahu melihat Kaabah yang terbentang di depan mata dengan penglihatan baru sepanjang proses melakukan ibadah umrah di rumah Allah nanti.
Alhamdulillah banyak yang nak dikongsikan dengan sahabat FB pengalaman mendapat rawatan Relex Smile 3 hari lalu.
Ramai sahabat yang pm bertanyakan pengalaman dan kosnya.
Akak nak kongsikan pengalaman dari awal sehinggalah hari ini. Mata dah mula boleh menulis jadi kita teruskan untuk kebaikan dan manfaat ilmu semua.
Datang kekuatan nak buat sebab masa tu terfikir akan datang nak mengerjakan umrah dan haji selain hajat hati tahun depan nak dapatkan lesen menyelam laut.
Setiap hari buka tutup lens di mata adalah satu pengalaman yang renyah sebenarnya. Terfikir banyak juga masa terbuang setiap kali bersiap mengenakan lens. Sebab penjagaan lens ini perlu teliti agar tiada mudarat pada mata.
Akak dah menggunakan lens lebih 15 tahun terutama sejak berkerjaya perunding kewangan ini. Mata yang cerah amat diperlukan ketika memandu. Jadi nak tak nak perlu sentiasa menggunakan spek mata atau lens.
Sebelum ini memang jenis pakai buka spek mata. Spek hanya guna bila perlu sahaja di rumah. Kalau tidak biarkan saja rabun. Dah selesa dengan kerabunan Ada juga kebaikan rabun ini antaranya tak nampak benda yang tak elok dengan cepat. Contoh kalau ada hantu depan mata orang lain dah lari kita masih rileks lagi.
Bila zaman remaja dulu ada orang nak usha ke kita rileks je takde perasaan. Orang tu boleh senyum lebar…kawan sebelah yang cakap eh orang tu pandang kau lah. Hahahaha sabar jelah ya dengar kisah orang rabun ni.
Bermula dengan impian tadi nak cerah biji mata akak terus call klinik Datuk Prof Dr Muhaya. Staf beliau sarankan tidak memakai lens selama 10 hari supaya proses rawatan dapat dilakukan dengan tepat. Mata dapat direhatkan jika memakai spek berbanding lens.
Bayangkan 15 tahun selalu bersama lens tiba2 kena pakai spek yang buat 5 tahun lalu. Dah lah dah lama pastunya power dah berubah. Woww satu cabaran sebenarnya terutama perlu memandu terpaksalah guna dua spek iaitu spek rabun dan spek mata hitam sekaligus.
Kepala sedikit pening setiap kali terpaksa guna spek. Lagi satu yang kurang gemar cabaran pakai spek kantanya selalu kabur bila kena alis mata. Ada rasa nak langgar pantang tapi fikirkan bertahan sekejap je kalau nak result yang terbaik.
Alhamdulillah cabaran pakai spek selama 10 hari dapat akak capai tanpa ngelat. Dan pagi rabu 27 November berangkat pagi-pagi ke Kajang ditemani suami.
Sampai sahaja di sana dapat nombor 1101. Urusan pendaftaran dan seterusnya sangat sistematik. Memang terbaik. Rujuk atur letak yang akak kongsikan. Bermula dengan membuat bayaran untuk pemeriksaan terperinci mata sebanyak RM660 akak terus masuk ke bilik Vision 1.
Di dalam itu ada banyak mesin untuk ujikaji mata. Mesin pertama akak lalui ialah mesin saraf mata nak tengok saraf mata kita sihat atau tidak. Alhamdulillah sihat. Mesin kedua sama seperti mesin di kedai spek iaitu mesin nak tengok power mata kita. Memang dah naik rabun power dua belah mata kanan 575 kiri 475. Lima tahun lalu 550 vs 450.
Seterusnya mesin ke tiga ialah mesin nak tengok saiz bola mata kita. Kemudian akak dibawa ke mesin ujian kekeringan mata. Berpinar juga biji mata yang jarang kena ujian. Alhamdulillah tak kering.
Seterusnya yang paling penting ujian dengan mesin nak tahu ketebalan kornea kita sama ada sesuai atau tidak buat rawatan seterusnya. Keperluan ketebalan kena lebih 470 micron ke atas. Alhamdulillah mata akak lebih daripada 500 micron ketebalan kornea.
Setelah 5 mesin dibuat. Akak dititikkan dengan ubat untuk mengembangkan biji mata. Dalam 10 minit disuruh masuk semula ke bilik vision 1 untuk periksa di mesin saraf mata sampai belakang mata. Alhamdulillah lulus juga.
Yang terakhir selepas itu mesin power mata sekali lagi nak dapatkan ketepatan kerabunan mata bila kornea sudah kembang. Masa ni memang tak selesa sikit rasa kabur sikit mata. Setelah report lengkap akak dipanggil berjumpa dengan Optimetrist di bilik yang sama vision 1. Di sini kita di uji sama seperti di kedai spek. Test dan error kanta yang sesuai. Masa ni baru tahu dah ada rabun dekat sikit dengan usia sekarang.
Optometrist memberi cadangan 2 rawatan sama ada nak buat lasik atau relex smile. Beza keduanya ialah proses pembedahan dan kos. Akak fokus pada relex smile iaitu sekali sahaja pembedahan kornea dan kosmya sebanyak RM11,988. Relex smile teknologi terkini.
Disebabkan akak dah buat analisis sebelum ini jadi terus fokus relex smile dan terus buat bayaran. Tak sampai 5 minit terus disuruh masuk berjumpa Datuk Prof Dr Muhaya. Ini paling best dapat terus bersemuka secara berdepan dengan beliau tokoh motivasi terkenal di Malaysia selain pakar mata.
Auranya memang menenangkan. Setiap butir kata semuanya berbentuk nasihat dan hikmah. Selain dapat betulkan mata dapat juga motivasi. Katanya akak bertuah sebab dapat personal ilmu dia nak kongsikan. Sebab bukan semua dapat macam ini. Siap dibenarkan ambil video untuk kenangan butiran hikmah motivasinya. Alhamdulillah. Akak ada kongsikan video tersebut.
Masa ini hati dah redha dan tawakal walaupun debar ada juga. Fikir dalam hati ala ni sekejap sahaja 28 saat je proses setiap satu mata. Yang penting dengar arahan Dr. Tengok cahaya hijau, jangan bergerak mata sampai proses selesai. Bernafas dengan tenang. Bayangkan sebelum ni belah perut 4 kali bersalin lagi besar. Yang ini sikit je jadi tenang2 jelah. Lagipun ada ubat titik macam bius yang kita tak rasa sakit langsung.
Pengalaman seterusnya dalam video yang akak kongsikan. Sepanjang rawatan Prof Dr sentiasa mengucapkan ayat positif. Katanya pembawakan akak aura lovely Tq Dr. Beliau banyak kali berpesan bagi tau sahabat lain yang ada kemampuan buatlah rawaran mata. Rugi tak gunakan peluang untuk melihat tanpa kanta mata atau kanta lekap. Benarlah apa yang dikata kalau tahu dari dulu buat. Benda mudah dan tak menyakitkan langsung bagi akak.
Setelah proses selesai dalam 12.45 tengahari terus tunggu sebentar di klinik Datuk Prof Dr. Kerusi di ruang menunggu disusun untuk ruang solat. Wowww memang terbaik. Lagi 30 minit nak solat zuhur, pelanggan lelaki disuruh ambil wuduk sebelum diikuti perempuan.
Selesai solat bersama Datuk Prof Dr sempat beliau bagi tau solat awal waktu. Banyak hikmah bila kita jaga solat awal waktu ini. Antaranya rezeki mudah datang dan melimpah ruah. Amalkan di ofis nanti ya. Alhamdulillah syukur atas keputusan ini. Rasa macam sentiasa pakai lens pula sekarang. Tahap penyembuhan yang cepat. Ubat ada 4 jenis perlu mengikut jadual. Ikut sahaja insya Allah dipermudahkan. Jumlah keseluruhan rawatan relex smile akak ialah RM12,963.
Baru nampak wajah sendiri dengan tepat. Satu pengalaman manis dan syukur diberikan peluang kali ke dua untuk melihat dengan bebas. Alhamdulillah. Bagi yang masih rasa ragu-ragu dapatkan dulu proses pemeriksaan mata secara menyeluruh. Bila dah ada keputusan nekad teruskan tanpa ragu dengan niat kerana Allah swt. Bukan semata tak nak pakai spek jadi itu sajalah yang kita akan dapat.
Semoga yang baik-baik sahaja dimanfaatkan mata baru ini. Doakan mata akak cepat sihat. Amin…
Terima kasih yang membaca pengalaman ini. Semoga sedikit sebanyak ada manfaat untuk yang rabun di luar sana tapi tiada info penuh tentang rawatan cerah biji mata ini. #relexsmile #profdrmuhaya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kadang-kadang hidup jadi tertekan kenangkan dosa silam, zikirlah supaya diampunkan dosa. Lumrah manusia, menyesali setiap perbuatan dosa-dosa lalu yang telah mereka lakukan.
Namun setiap penyesalan perlulah datang dengan usaha untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Paling penting bertaubat dan lakukan sesuatu agar Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Ikuti perkongsian Dai Hamidah tentang bagaimana caranya untuk memadam dosa-dosa silam.
Jadi setiap hari pasti kita akan fikirkan apakah cara untuk kita lakukan supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.
Ingin dikongsikan di sini, Nabi Muhammad telah pun hadiahkan kepada kita satu amalan supaya Allah ampunkan salah silap kita yang lalu.
“Wa in kanat misla zaba dil bahri.’
Maksudnya, sekalipun dosa-dosanya sebanyak buih di lautan.’
Subhanallah, ini merupakan satu berita gembira daripada nabi kita Muhammad s.a.w untuk menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan.
Dalam masa yang sama Nabi Muhammad jamin Allah akan ampunkan dosa kita dengan jika kita baca zikir ini sebanyak 100 kali pada setiap hari.
Oleh itu, jangan lupa untuk ulang zikir tersebut, apatah lagi hadis ini merupakan daripada kitab Riyadhus Solihin iaitu hadis yang sahih.
Marilah kita sama-sama amalkan dan mudah-mudahan berkat kita berterusan dengan amalan ini.
Ayuh amalkan setiap hari tanpa culas dan secara tak langsung menjadi tanda kita betul-betul minta pada Allah ampunkan dosa serta kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan selama ini.
Seterusnya menjadi asbab Allah kasihan pada kita ketika mana Allah ampunkan dosa silap kita dan akhirnya kita akan dijemput Allah SWT dalam keadaan yang baik.
Oleh itu, mudah-mudahan kita dihadiahkan oleh Allah husnul khotimah. Amin.