Cat kuku berwarna

Home Forums Syariah Solat Cat kuku berwarna

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by  Ustaz Kita 2 years, 1 month ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3804

    Nadia
    Keymaster

    Bolehkah kita memakai warna inai kuku seperti warna cat kuku yang biasa dipakai oleh orang kafir?

    #3807

    Ustaz Kita
    Moderator

    Tidak ada salahnya anda mengenakan inai pada kuku selagi bahan-bahan dalam pembuatan inai bertepatan dengan syarak halal. Biasanya, inai terdiri daripada daun inai dan beberapa campuran lain semulajadi. Kemunculan inai segera pelbagai warna yang kini mudah didapati di kebanyakan pasaraya menjadikan inai buatan sendiri semakin ketinggalan.

    Sebenarnya, hukum memakai inai bagi wanita adalah harus tetapi jika warna inai adalah selain dari warna oren kekuningan, kebanyakan ulama mengharamkannya. Seperti kata Ibn Umar ra: “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami).

    Ada juga ulama berpendapat wanita boleh mengenakan inai kuku warna apa sekali pun malah Nabi menyuruh memakai inai. Dari Aisyah ra, “Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda,” jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dgn inai).” (Abu Daud, 4166) dan anNasa’iy (5092).

    Namun, pemakaian inai biarlah bersebab seperti untuk menyembuhkan sakit kuku atau tujuan majlis perkahwinan. Akan tetapi, berdosa jika niat hanya mahu menayang dari segi kecantikan seperti mengukir mengikut dalam upacara keagamaan hindu.

    Mudah saja untuk memakai inai yang dibenarkan. Pastikan inai yang anda pakai atau beli boleh telap air. Jika inai yang dipakai terdiri daripada daun inai, za’faran, kunyit, daun teh, perahan limau dan sebagainya maka ia adalah sah. Jika kandungan inai mempunyai bahan seperti minyak maka ia adalah haram. Wallahualam!

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

Artikel Popular

“Kalau Dah Makan, Kenyang, Istighfar Saja…” Jawapan Ustaz Untuk Yang Dari Dulu Makan Gula-Gula...

Gempar apabila gula-gula kesukaan ramai White Rabbit yang banyak dijual di kedai murah seperti ...

Untungnya Isteri Bila Dapat Suami Yang Senang Bawa Bincang, Ibarat Seperti ‘Lompat Bintang’

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Maka sebab itulah suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima...

Menantu Bukan Pilihan VS Mentua Perosak Rumah Tangga, Perlu Hadam Untuk Elak Sakit Hati

Benar sekali kata pepatah yang hidup kita ini memang penuh cabaran dan tidak bermakna hidup, andai tidak disertakan dengan dugaan. Jika tidakpun dari orang luar,...

Mahu Jodoh Datang Mendekat? Amalkan Doa Ayat 4 Surah Yusuf & Ayat 39 Surah...

Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia, ...

Soal Jodoh Perlu Dipilih Bukan Sebab Terdesak Nak Kahwin, Ini 3 Kriteria Perlu Ambil...

Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh.
KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: