Solat bersama bulu kucing

Home Forums Umum Solat bersama bulu kucing

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by  Ustaz Kita 1 year, 8 months ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3803

    Nadia
    Keymaster

    Ada orang kata bulu kucing dari kucing hidup dan sudah mati itu najis. betul ke? Kadang-kadang saya ragu-ragu malah ada yang tak tau ada bulu kucing melekat ke ketika bersolat. Minta tolong ustaz bagi pencerahan ya.. tq..

    #3808

    Ustaz Kita
    Moderator

    Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu. Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)

    Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.

    Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

Artikel Popular

Fedtri Yahya Kongsi Hikmah Baca Surah At Taubah Ayat 128-129 Tujuh Kali Selepas Solat...

Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah.

Kenapa Allah Suruh Solat Subuh?- Lelaki Ini Kongsi Kenapa Kita Kena Bangun Awal Pagi

Pagi merupakan awal di mana bermulanya kehidupan baru.

Ramai Suka Main Mesin Permainan Claw Tanpa Ambil Tahu Hukumnya

Memang seronok main mesin permainan claw tapi kena tahu juga apa hukumnya.

Suami Jangan Mudah Lupa Diri, Masa Susah Sama-Sama, Bila Dah Senang Isteri Tolak Tepi

Rumah tangga yang dibina semestinya tidak dapat lari daripada ujian.

Semakin Kita Iri Hati Dan Dengki, Semakin Allah Tarik Rezeki Kita

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: