Tidak membaca doa qunut. Adakah sah solat?

Home Forums Umum Tidak membaca doa qunut. Adakah sah solat?

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by  Ustaz Kita 2 years, 3 months ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3802

    Nadia
    Keymaster

    Saya dan teman sebilik menunaikan solat subuh berjemaah tetapi saya dapati teman saya tidak membaca doa qunut semasa rakaat kedua dan tidak melakukan sujud sahwi diakhir solat. Apabila ditanyakan, temannya hanya tersenyum dan menyatakan bahawa solat tidak batal walaupun meninggalkan doa Qunut dengan sengaja dan tidak melakukan sujud sahwi. Adakah solat tersebut? Minta pencerahan dari ustaz… TQ

    #3809

    Ustaz Kita
    Moderator

    Perkara ini telah dibahaskan oleh para ulama sekian lamanya. Secara ringkas, saya ingin cuba menghuraikan padangan-pandangan ulama tentang perkara ini.

    Pertama : Ada diantara mereka yang mengatakan bahawa ia terus- menerus menjadi sunnah pada solat subuh pada waktu ketika bencana atau tiada berlaku apa-apa. Pendapat ini adalah daripada Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Solah, Abu Ishaq al-Ghazali dan al-Auza’ie serta ramai lagi. Termasuk juga daripada sahabat yang berpandangan sedemikian seperti Abu Bakar al-Siddiq,Umar al-Khatab, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib.

    Antara dalil yang paling kuat sebagai hujah bagi pandangan ini adalah “Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat subuh sehingga Baginda wafat.” (Abdul Razzaq dalam Musannaf 3:110 no 4964, Ahmad 3:162 dan banyak lagi).

    Namun terdapat beberapa kritikan pada perawinya sehingga dianggap bahawa hadith ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Ini kerana ada juga yang mengatakan qunut itu mempunyai lebih daripada 10 makna pengertian iaitu doa, khusyu’, ibadah, taat dan lain-lain sebagaiman yang diriwayatkan Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi.

    Manakala dalam hal waktu solat yang lain ada juga dinyatakan bahawa “tidak ada qunut dalam solat lima waktu kecuali solat subuh. Melainkan jika berlakunya bencana maka dibolehkan dalam semua solat sekiranya imam menyukai.” (al-Umm 1 : 205)

    Kedua : Ada di antara mereka seperti Abu Hanifah, Sufian al-Thauri dan lain-lain daripada ulama Kufah yang berpendapat qunut pada solat subuh tidak disyariatkan kerana sudah ter’mansukh’.

    Ketiga : Ulama yang berpendapat qunut hanya disyariatkan pada qunut nazilah dan boleh dilakukan pada solat subuh dan solat-solat lain. Ini merupakan pandangan daripada Imam Ahmad, Al-Laith bin Sa’ad, Yahya bin Yahya al-Laithi dan ahli-ahli fiqh daripada para ulama hadith. Ada juga daripada mereka yang mengatakan tidak ada dalil sahih yang mengkhususkan solat subuh secara terusmenerus dan ada riwayat yang menunjukkan qunut subuh disyariatkan daripada perlakuan sahabat yang sahih namun tidak boleh dijadikan pembuktian dalil daripada riwayat tersebut. Adapun jika ada perlakuan yang jelas daripada mereka ianya pula lemah dan tidak boleh digunakan untuk berhujjah.

    Selain itu, Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa di dalam Zaad al-Ma’ad qunut tidak disyariatkan terus-menerus. Ini kerana andai ia dilakukan pastinya akan diriwayatkan dengan begitu banyak daripada para sahabat namun ternyata ia hanya diriwayatkan dalam hadith yang lemah. Maka meninggalkannya adalah tidak menjadi kesalahan.

    Manakala jika kita mengikut pandangan Mazhab Syafie qunut subuh dikira sebagai sunat ab’adh kerana selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan apabila meninggalkannya atau terlupa, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi dan tidak mengapa jika tidak melakukannya. Ini adalah merujuk hadith yang menerangkan keadaan Nabi s.a.w yang melakukan sujud sahwi ketika meninggalkan tahiyat awal. Para ulama meng’qiyas’kan sujud sahwi yang disebabkan terlupa dan dengan meninggalkannya secara sengaja berdasarkan samanya illat (alasan) hukum iaitu terlupa atau lalai (khalal). Justeru itu, meninggalkan qunut dan tahiyat awal dianggap sama.

    Walaubagaimanapun, ada pendapat kecil yang mengatakan bahawa tidak sunat sujud sahwi jika meninggalkan dengan sengaja. Pendapat ini disanggah ulama kerana kelalaian dengan sengaja itu lebih utama untuk diganti dengan sujud sahwi dari sebab lalai atau terlupa.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

Artikel Popular

Sempat 3 Hari Bergelar Isteri & Inai Masih Merah Dijari, Pengantin Baru Ini Dijemput...

Urusan rezeki dan ajal maut itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. Jika hari ...

Urut Muka Sambil Selawat, Tip Awet Muda Cara Islam. Amalkannya, Insya-Allah Suami Sayang Till...

Dewasa ini ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kalau boleh mahu wajah kekal awet muda ...

Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Ayatnya Pendek Tapi POWER. Amalkan Untuk Elak Penyakit & Bala!

Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang...

“Bagusnya Solat Tak Tinggal, You Are An Ironman Bro” – Muat Naik Video Tunaikan...

Hujung bulan lalu menyaksikan pelakon dan pengacara popular Alif Satar berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019. Dia mengambil masa selama 15 jam  sebelum menghabiskan...

Masalah Batuk Boleh Ganggu Time Akad Nikah, Ini Petua Ajaib Boleh Redakannya Dalam Masa...

Hati pasti berbunga ceria menanti detik saat diijab kabulkan bersama yang tersayang. Kalau boleh seminggu ...
KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: