Apa hukum menggantung gambar keluarga/gambar kahwin/gambar konvokesyen/gambar anak anak dan cucu? di dinding rumah. Betulkah haram dan rumah tidak dimasukki malaikat rahmat
Jawapan
Hukum menggantung gambar keluarga adalah harus. Tetapi jika niatnya untuk pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut, hukumnya menjadi haram.
Ia bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam buku Seni Dalam Islam: “Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagi mana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq dan penyembah berhala”.
Nabi SAW melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk ke dalam rumah untuk memberikan rahmat.
Ads
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya; Maksudnya : “Dia membeli bantal-bantal kecil yang bergambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Berkata Aisyah ”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan RasulNya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: “Bantal-bantal apakah itu? : Jawab Aisyah, “Aku membelinya untuk kamu sebagai tempat duduk atau tempat bersandar.”
Ads
Sabda Rasulullah SAW : “Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka. Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”.
Ads
Kemudian baginda bersabda: “Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”
(Riwayat Muslim)
Haram bagi orang yang meletakkan gambar lukisan atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh atau sempurna fizikalnya. Hal ini berbeza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video.
‘KJ pilih nama Jibreil Ali, Timor, Raif Averroes sebab unik&bawa maksud baik.’ Begini caranya namakan anak ikut islam. Setiap daripada kita disarankan untuk menamakan anak yang baik-baik setelah dia dilahirkan.
Begitu juga kisahnya Khairy Jamaluddin atau KJ berkongsi inspirasi di sebalik setiap nama anak-anaknya.
Baru-baru ini Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi tumpuan warga Malaysia apabila menerima tawaran menjadi DJ di Hot FM minggu lalu.
Dalam masa yang sama, KJ sekali lagi viral di media sosial apabila menjadi tetamu dalam program Kerusi DJ Nazz, Molek FM.
Selain perihal politik, menerusi sesi temubual tersebut, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin. KJ mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.
“Jibreil Ali dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.
“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.
“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.
Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.
Melalui perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, maka hendaklah ibu bapa menamakan anaknya.
Dengan nama yang baik dan nama yang tidak dihambakan selain kepada Allah SWT. Begitu juga, nama yang tidak ada unsur takabbur, bongkak dan yang buruk.
Justeru menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ianya merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.
Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948) Berdasarkan persoalan di atas, selama mana nama tidak diertikan dengan sebarang bentuk syirik atau seperti yang dinyatakan di atas, maka hukumnya adalah dibolehkan. Inilah pendapat kebanyakan fuqaha’ sekalipun nama yang afdhal dengan dihambakan kepada Allah atau yang dipuji.
Daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
Maksudnya: Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abd al-Rahman.
Riwayat Muslim (6/169), Abu Daud (2/307), al-Tirmizi (4/29),
al-Nasa’ie (2/119), Ibn Majah (2/404), al-Darimi (2/294),
Ahmad (4774) dan al-Hakim (4/274)
Seorang Muslim dibenarkan menamakan anak lelaki ataupun anak perempuan, sama ada dengan nama Arab ataupun nama bukan Arab.
Walaupun begitu, kami cadangkan berilah nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik serta ada harapan dan doa untuk anak yang kita namakan itu.
Kami juga sarankan agar nama-nama yang diberikan perlu terbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.
Tujuannya supaya tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.
Yang pertama adalah air kencing. Air kencing ini adalah najis yang berhadas kecil. Jadi kalau terkena pada badan, pakaian ataupun tempat solat, solat itu tak sah. Kena cuci bersih-bersih dulu baru tunaikan ibadat.
Manakala kedua pula ialah air mazi, warnanya putih, halus dan melekit. Biasanya keluar ketika first-first wanita itu naik syahwat. Hukumnya macam mana?
Air mazi ini najis tapi bukan berhadas besar. Jadi bersihkan dulu kemaluan, kemudian baru berwuduk dan tunaikan ibadat. Tak perlu mandi wajib.
Seterusnya yang ketiga pula adalah air mani. Air mani ini dia keluar dengan cara memancut. Warna dia pula putih dan pekat. Cecair ini dia akan keluar bila wanita itu berada di tahap syahwat yang memuncak.
Air mani ini suci dan bukan najis. Tapi kita yang kena hadam betul-betul. Keluarnya air mani ini adalah hadas besar dan perlu kepada mandi wajib sebelum hendak beribadat.
Kemudian, yang keempat pula adalah air wadi. Ha apa tu? Air wadi ini adalah air yang keruh dan pekat. Pekat dia hampir sama dengan air mani tapi bezanya dari sudut kekeruhan warna air wadi ini, ia tak berwarna dan biasanya dia keluar selepas kencing ataupun apabila kita mengangkat benda berat.
Tak semua wanita alami air wadi ini. Hukum dia pula sama seperti air kencing.
Yang kelima, keputihan. Keputihan ini biasanya warna putih ataupun kadang-kadang warna kuning cair yang keluar daripada batin faraj. Kalau warna kuning cair itu dalam tempoh haid ia dihukumkan haid.
Tapi kalau keluar di luar waktu haid maka dikira suci. Keputihan ini adalah najis dan kita kena bersihkan dulu sebelum kita tunaikan ibadat.
Kemudian, yang keenam adalah darah haid. Darah haid adalah darah semula jadi yang keluar daripada rahim wanita dalam tempoh tertentu tanpa apa-apa sebab.
Hukum dia najis yang berhadas besar. Sebab itulah, wanita ini dia terhalang untuk buat certain ibadat ketika haid. Suci saja daripada haid, wanita kena mandi wajib. Kemudian barulah tunaikan ibadat.
Yang ketujuh, darah nifas. Nifas ini dia keluar setelah kosongnya rahim selepas kehamilan. Tak semestinya kena keluar bayi baru berlaku darah nifas.
Kalau segumpal darah ataupun seketul daging yang doktor sahkan itu adalah janin. Darah yang keluar lepas tu pun dihukumkan darah nifas juga. Hukumnya sama seperti haid tadi juga.
Yang kelapan, darah istihadah ataupun darah fasad. Mudah faham, dia darah yang keluar daripada bukan dalam tempoh haid ataupun nifas.
Hukum dia macam mana pula? Wanita yang istihadah ini dia boleh tunaikan ibadat macam biasa, sama macam ketika suci.
Yang kesembilan, darah At-Talaq. Darah yang keluar masa ketika wanita sakit hendak bersalin (contraction). Kalau darah ini keluar bersambung dengan haid maka hukumnya haid.
Tapi kalau darah ini keluar dan tidak bersambung dengan haid sebelum itu, maka darah ini dihukumkan istihadah dan wajib solat macam biasa.
Terakhir pula adalah darah wiladah. Darah itu keluar bersama lahirnya seorang bayi. Sama juga dengan situasi darah yang keluar bersama segumpal darah ataupun seketul daging bagi wanita yang keguguran.
Kalau wanita itu periksa dan tiada pun darah nifas yang keluar selepas dia bersalin. Maka dia kena mandi wajib sebab wiladah ini keadaan dia sama saja macam janabah.
Kashoorga: Semoga penjelasan ini dapat memberi manfaat buat kita semua.
Boleh jadi kerana kerinduan suasana di Tanah Suci membuatkan mereka ingin kembali lagi. Dalam hal ini apa hukum melaksanakan umrah kerap kali dalam satu tahun? Persoalan ini dijawab boleh mantan menteri agama Dato Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri dalam Maktabah Al Bakri.
Menjawab persoalan di atas, jumhur ulama’ berpendapat bahawa dianjurkan umrah berkali-kali dalam satu tahun. Sedangkan ulama’ Malikiyyah berpendapat sebaliknya, di mana melaksanakan umrah lebih daripada satu kali dalam satu tahun, hukumnya makruh. Dalam hal ini, ulama’ Malikiyyah berdalilkan bahawa Nabi SAW tidak melakukan umrah melainkan dari satu tahun ke tahun berikutnya.
Adapun jumhur ulama’ berdalilkan dengan hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Iringilah haji dengan umrah, kerana mengiringi haji dengan umrah dapat menghilangkan dosa dan kefakiran, sebagaimana alat peniup api dapat menghilangkan karat besi.”[1]
Riwayat al-Tirmizi (810), al-Nasa’i (2631), Ibn Majah (2887), Ahmad (167) dan Ibn Hibban (3693). Syeikh Ahmad Syakir menilai sanadnya sebagai sahih (Lihat Takhrij al-Musnad, 5/244).
Selain daripada dua hadith ini, masih ada hadith lain yang dijadikan sandaran oleh pendapat jumhur. Dan diriwayatkan juga bahawa Aisyah R.Anha melakukan umrah dalam satu bulan sebanyak dua kali, iaitu ketika dia melakukan haji wada’ bersama Nabi SAW. (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, 4/6)
Walaupun begitu, jika sekiranya keperluan umat Islam untuk diberi bantuan seperti apa yang berlaku di Gaza, Palestin yang sedang diperang dan dijarah oleh rejim zionis, maka kami berpendapat alangkah baiknya, duit tersebut untuk melaksanakan ibadat umrah sunat diberikan kepada saudara-saudara kita yang sedang terkepung dan terperangkap dengan serangan ganas lagi menggila tanpa perikemanusiaan dan serangan yang membabi buta termasuklah kepada hospital, tempat belajar, masjid dan lain-lain.
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah haji kami, haji yang mabrur, umrah kami, umrah yang mabrurah, sa’ie kami sa’ie yang diterima, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan kami amalan soleh yang dikabulkan dan perniagaan kami perniagaan yang tidak akan mengalami rugi selamanya.”
[1] Imam al-Tibi berkata: “Kemampuan keduanya (haji dan umrah) untuk menghilangkan kemiskinan adalah sepertimana kemampuan amalan bersedekah dalam menambah harta.” (Lihat Faidh al-Qadir, 3/225)
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...