Ajal dan maut semuanya ditangan Allah. Bila-bila masa sahaja tidak kira kita di mana dan apa yang sedang kita lakukan, maut pasti akan datang menjemput apabila sudah tiba masanya. Itulah kuasa Allah. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya patut sentiasa bersedia dengan kedatangan malaikat maut

Seperti yang berlaku pada seorang guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Klang. Arwah meninggal dunia selepas rebah ketika azan Zohor berkemundang. Muhammad Faisal Yaakub, awalnya memaklumkan tiba lambat ke mesyuarat namun ditakdirkan meninggal dunia sebaik sampai.

Pengetua MITS Abdul Halim Saljadi berkata, arwah sempat berbalas WhatsApp dengan rakan guru yang lain memaklumkan datang lambat ke mesyuarat.

“Tidak lama kemudian arwah datang dan tiba-tiba dia rebah di hadapan pintu bilik mesyuarat ketika azan Zuhur berkumandang. Staf yang berada di luar menjerit meminta pertolongan dan kami mendapati muka arwah kemerahan-merahan dan kejang kemungkinan sedang nazak,” katanya.

Guru Tahfiz Meninggal Dunia Ketika Azan Zohor, Tak Sempat Tatap Wajah Anak Sulung

ARWAH SELALU INGATKAN TENTANG AMAL KEBAIKAN

Isteri arwah, Nurul Izzati Nazirmuddin pula berkata suami sering mengingatkannya supaya selalu membuat amal kebaikan kerana tidak pasti bila akan dijemput ‘pergi’.

“Setiap hari arwah berpesan kepada saya supaya banyak melakukan amal ibadat dan kebaikan kerana kita tidak pasti bila akan dijemput Ilahi. Kita tidak tahu amalan mana yang Allah SWT terima di sana nanti,” kata Nurul Izzati Nazirmuddin, 32, isteri kepada Muhammad Faisal Yaakub

Menurutnya, dia sempat menghubungi arwah suaminya kira-kira jam 1 tengah hari dan arwah memberitahu dia menghadiri program dan mesyuarat di MITS.

“Sepanjang perkahwinan, arwah seorang yang ceria dan terlalu baik. Dia tidak pernah menolak kalau sesiapa yang meminta pertolongan malah dia akan melakukan dengan sebaik mungkin.

Guru Tahfiz Meninggal Dunia Ketika Azan Zohor, Tak Sempat Tatap Wajah Anak Sulung

“Allah SWT sudah tetapkan ajal arwah suami saya malah arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan ceria seperti biasa.

“Arwah tidak mengalami sebarang tanda penyakit termasuk serangan jantung atau tekanan darah.

“Kehilangannya dirasai semua kenalan kerana arwah sangat disenangi semua orang. Ramai kenalan yang datang ziarah arwah sama ada di hospital atau di rumah,” katanya ketika dihubungi di Kampung Ketoyong, Tanjung Malim, Perak, semalam.

Nurul Izzati yang bekerja di Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan rumah tangga dengan arwah pada 2012 dan mengandung tujuh bulan anak pertama mereka.

Menurutnya, dia sedih kerana bayi yang bakal dilahirkan tidak dapat bertemu bapanya.

SETIAP PERMULAAN PASTI ADA PENGAKHIRAN

“Setiap kali pulang ke kampungnya di Rantau Panjang, Kelantan, arwah akan menziarahi kubur bapanya. Pada 21 Disember lalu, arwah memuat naik gambar menziarahi kubur dalam Facebooknya yang menulis status ‘Setiap permulaan pasti ada pengakhiran… tiada penangguhan, hanyalah perlu persediaan’.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10215540335716145&set=a.2334335392463&type=3&theater

“Status ini menunjukkan arwah meminta kepada sesiapa membuat persiapan sebelum kematian datang menjemput,” katanya.

Disenangi semua orang, kehilangan arwah turut dirasai kenalan apabila ramai yang hadir menziarahi di hospital dan di rumah. Arwah yang berusia 32 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketoyong.

Sumber: Harian Metro dan Facebook Faisal Yaakub

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI