Haiwan Ternakan Rosakkan Harta Jiran, Pemilik Jangan Buat Tak Tahu. Ini Hukumnya

Share

Haiwan ternakan rosakkan harta jiran, apa hukumnya?

Islam mengajar kita agar hidup bermasyarakat dengan penuh tanggungjawab. Antara perkara yang ditekankan ialah hak jiran tetangga, termasuk menjaga haiwan ternakan supaya tidak menimbulkan mudarat.

Rasulullah SAW juga pernah berpesan bahawa seorang Muslim sejati adalah yang tidak menyakiti orang lain dengan tangan dan lidahnya. Ini bermakna, apa sahaja yang boleh merugikan jiran  sama ada perbuatan sendiri atau haiwan peliharaan  tetap dikira tanggungjawab pemiliknya.

Sering kali berlaku, haiwan seperti lembu, kambing atau kucing milik jiran merosakkan tanaman atau harta benda orang lain. Persoalannya, apa hukumnya dan apakah pula hak jiran dalam Islam berkaitan permasalahan ini.

Pemilik haiwan ternakan wajib bayar ganti rugi

Menurut Ustaz Azhar Idrus , Islam menitikberatkan hak jiran dan menjaga harta orang lain. Sekiranya berlaku kejadian haiwan ternakan merosakkan harta orang lain atau jiran maka emilik haiwan wajib mengganti kerugian yang berlaku akibat perbuatan haiwan tersebut.

Ini kerana pemilik bertanggungjawab menjaga dan mengawal ternakannya daripada menyusahkan orang lain.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya menjelaskan: “Pendapat yang paling sahih ialah wajib mengganti segala kerosakan yang dilakukan oleh haiwan, sama ada pemilik ada bersama haiwan itu atau tidak, dan sama ada ia berlaku pada siang atau malam. Kerana hakikatnya, tanggungjawab menjaga dan mengikat haiwan itu adalah milik tuannya.”

Berdasarkan pandangan ini, jelas bahawa seseorang tidak boleh lepas tangan dengan alasan haiwan itu “tak sengaja” atau “bukan salah tuannya”. Selagi haiwan itu miliknya, maka apa-apa kerosakan yang dilakukan tetap berada di bawah tanggungjawabnya.

Jika ketika itu tuan haiwan tidak berkemampuan untuk membayar, maka wajib dibayar apabila sudah berkemampuan pada kemudian hari.

Kesimpulannya, memelihara haiwan bukan sekadar memberi makan, tetapi juga mengawal daripada menyusahkan orang lain.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Related Post
Published by
Team Kashoorga