Hampir Putus Asa Dibebani Hutang, Lelaki Gembira Allah Hantar Bantuan

Share

Dalam Surah Asy Syuraa ayat 11;

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِير

“Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Dalam satu perkongsian oleh Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri itu berkongsi kisah seorang lelaki yang sudah hampir berputus asa dengan kehidupannya menceritakan bagaimana Allah tidak pernah tidur dan mendengar doa dari hamba-hambaNya.

Baca perkongsian dari Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

“Saya rasa sebak. Tuan-tuan tak kenal saya, tapi tuan-tuan bantu saya sampai macam ni. Betullah Tuhan tak tidur. Setiap masa saya berdoa agar diberi pertolongan…”
Beliau benar-benar menangis di hadapan saya.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim menerima permohonan beliau melalui Tele Bantuan YADIM. Beliau tertekan kerana dihalau kerana tidak mampu membayar sewa bilik yang berharga RM600.

Beliau sudah sampai ke peringkat ingin terjun bangunan untuk menamatkan riwayat hidupnya. Pilihan yang sudah pasti tiada peluang kali kedua untuk kembali bernyawa.

Kami datang ke Lorong Haji Taib, menyelesaikan hutangnya, menyediakan sedikit wang saku untuk belanja harian beliau sekeluarga dan menyampaikan barang-barang asar dapur. Nampak riak wajahnya amat gembira dan bersyukur.

Usai pulang, kami menerima mesej ini daripada beliau:

“Assalamualaikum Encik. Maaf ya tadi duit sumbangan yang encik beri tadi saya serahkan sebanyak RM100 pada seorang wanita dari Sabah yang saya tidak kenali. Telah beberapa kali beliau telah hubungi saya untuk meminta saya tolong beliau buat permohonan bantuan dari NGO atau dari Zakat kerana beliau tidak pandai membaca dan menulis.

Wanita ini tinggal bersama abgnya yang OKU serta wanita ini tidak bekerja. Tadi saya dengar suaranya seperti menangis minta tolong kerana lapar dan perlukan ubat untuk abangnya, saya masukkan duit RM100 ke akaunnya.

Duit RM100 ini dari sumbangan yang encik-encik semua berikan kepada saya tadi dan saya telah berikan pada wanita ini. Saya mohon maaf & mohon halalkan duit yang encik sumbangkan pada saya ,saya telah berikan pada wanita ini..”

Dunia ini masih ramai orang yang mulia. Moga Allah SWT beri rezeki yang seluasnya kepada beliau sekeluarga.

IKLAN