SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?
JAWAPAN: Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.
Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.
Ads
Antaranya:
1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.
Ads
Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar. Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”
Ads
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selalu sahaja kita lihat urusan akad nikah menjadi terlalu rumit. Adakalanya sampai berkali-kali barulah ‘lepas’ sedangkan sepatutnya lebih afdhal jika urusan akad nikah ini dipermudahkan.
Dalam keadaan pengantin yang mungkin berdebar-debar menghadapi saat-saat tangan digenggam erat oleh tok kadi adalah wajar jika perkara ini dipermudahkan.
Berikut ulasan dari Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
1. Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
2. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
3. Sarjana fiqah semasa Dr. Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut: “Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang Arab Badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi SAW (ingin berkahwin dengan Nabi SAW), Arab Badawi itu berkata:“Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi SAW: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
4. Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan [باب إذا قال الخاطب للولي زوجني فلانة فقال قد زوجتك بكذا وكذا جاز النكاح وإن لم يقل للزوج أرضيت أو قبلت ] maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan kabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
5. Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
6. Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab kabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “Aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
Sumber kredit: DrMaza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hari ini kita sudahpun memasuki 11 Syawal dan masih meraikannya secara sederhana.
Walaupun dalam mood PKPB, namun tidak menjadi halang berhubung secara online bertanya khabar atau memohon maaf dari sanak saudara serta sahabat handai.
Bagi yang sudah berkahwin, perjalanan cerita raya mereka tetap disambut meriah kerana meraikannya bersama insan tersayang.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang masih single. Dalam satu perkongsian di Facebook, lelaki ini Mohd Izahar Sabtu memberitahu raya PKPB 2020 persoalannya tetap sama iaitu bab jodoh.
Adakah si dia masih sesat ? mencari jalan pulang yang tidak ketemu lagi. Penat berusaha tetapi satu kenyakinan yang pasti jangan pernah menyerah walaupun sedetik. Teguhkan hati bahawa Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita.
Paling penting sabar.
Sabar dengan mulut orang sekeliling. Bila nak kawin ? bila nak kawin ?
Sabar dengan diri sendiri yang sering bertanya ” Ya Allah bilalah jodoh aku nak sampai”. Sabar dengan faktor kewangan.
Sekaligus berusahalah.
Berusahalah semampu kamu untuk berusaha jadi yang terbaik.
Wahai hati yang sedang menanti cinta sejati.
Teguhkan hatimu untuk berpaksi kepada ALLAH dan sentiasa memperbaiki dirimu. Boleh jadi usahamu untuk tahun ini berhasil dan ALLAH mengangkat doamu.
Jangan takut, mungkin jodoh belum lagi lahir. Masih dalam kandungan, mungkin lagi masih fokus pada belajar. Apabila sudah pada masa yang tepat, keadaan yang tepat terdetik hatinya untuk mencari pasangan. Pelbagai cara proses pertemuan akan berlaku. InshaALLAH.
Cuma sekarang ini..
Kita tahu diri bagaimana diri kita, ada panas barannya kita, ada malasnya solat kita, dengan diri sendiri pun kadang kita suka bohong apalagi sama orang lain. Mana rasa diri kurang perbaikilah, muhasabah diri. Kerana apa ?
Pernikahan itu bukan satu hal yang main-main dan boleh di cuba-cuba. Pernikahan adalah soal tanggungjawab dan kalau boleh kita nak nikah untuk jangka masa yang lama. Masa inilah juga kumpul duit dari sekarang.
Jangan berhenti berdoa, jangan malu untuk sering meminta dengan ALLAH. Kerana ALLAH MAHA MENDENGAR. Rajinkan diri untuk melakukan solat taubat, untuk dekatkan diri pada ALLAH. Mungkin ada kesilapan kita yang harus diperbaiki dan rajinkan solat hajat untuk memohon kepada ALLAH. Minta orang sekeliling doakan kita,moga jodoh kita bertemu.
Kadang kala ada sebab Allah lambatkan jodoh kita. Kadang kala untuk bantu Mak Ayah kita. Mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Untuk menjaga mereka yang sudah tua. Bahagiakan mereka, doa mereka itu sangat mahal. Moga ada kebaikan apa yang kita lakukan.
Ada lebih sedekahlah, minta mereka doakan kita.Namanya juga usahakan
Pada acik, sekarang ini fokus dulu kerjaya.
InshaAllah jodoh tak kemana.
Penulis :akupenghibur .com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa. Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.
Bersedialah untuk menerima dan reda bahawa tidak semestinya apa yang diinginkan akan diperolehi.
Bersedialah menerima perasaan kecewa dan sedih. Memang akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang.
Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Ini kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.
Sumber Kredit: Twitter @Bangyeem
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.