
Hukum Orang Islam Ambil Gambar Dengan Patung Agama lain? Pastinya ramai yang bercuti atau berkunjung ke tempat menarik sempena cuti sekolah ini.
Salah satu lokasi yang dikunjungi boleh jadi terkenal dengan ukiran patung-patung yang membabitkan agama lain.
Dalam hal ini sebagai seorang Islam apa pula hukumnya jika kita bergambar dengan patung tersebut walaupun sekadar untuk kenang-kenangan.
Bergantung kepada niat
Menjelaskan tentang perkara ini kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum seorang Muslim bergambar dengan patung agama lain sebenarnya bergantung kepada niat dan tujuan.
Memetik perkongsian beliau dalam satu ceramah yang dimuat naik di akaun YouTube, beliau memberi contoh berkaitan agama Buddha:
- Haram – jika tujuan bergambar adalah untuk mempromosikan atau menimbulkan rasa kagum terhadap agama tersebut.
- Makruh – jika sekadar bergambar sebagai tanda kenangan bahawa seseorang pernah mengunjungi lokasi tersebut.
Selain itu UAI turut menjelaskan konsep tasyabbuh, iaitu menyerupai perbuatan atau simbol agama lain. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk daripada kalangan mereka.”– (Hadis Riwayat Abu Daud & Ahmad)
Konsep tasyabbuh
Bagaimanapun jelas UAI, hadis ini tidak merujuk kepada sekadar bergambar. Tasyabbuh berlaku apabila seseorang Muslim meniru perbuatan atau lambang agama lain sehingga menimbulkan keraguan terhadap identitinya sebagai seorang Islam.
Contoh yang sangat jelas berkaitan sambutan Hari Natal di mana pokok krismas, misalnya, sudah sinonim dengan penganut agama Kristian. Jika seorang Muslim meletakkan pokok krismas lengkap dengan lampu dan hiasan di rumah, ia boleh menimbulkan sangkaan bahawa dia menganut agama tersebut.
Situasi sebegini dianggap haram kerana menyerupai amalan agama lain walaupun hakikatnya dia seorang Islam. Namun begitu, UAI menegaskan bergambar dengan pokok krismas di pusat membeli belah atau tempat awam tidaklah haram, kerana ia sekadar dekorasi di ruang umum.
Jadi haram adalah apabila seseorang Muslim meniru amalan agama lain dengan meletakkan pokok krismas di rumahnya sendiri sehingga menimbulkan salah sangka.
Kesimpulannya, seorang Muslim masih boleh bergambar di lokasi yang mempunyai patung atau simbol agama lain, asalkan niatnya bukan untuk memuliakan atau menyerupai amalan agama tersebut.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?





