Saya ada mendengar satu ceramah yang menyebut bahawa perempuan yang sembahyang memakai telekung yang dibuat dari sutera adalah tidak sah kerana ia adalah najis. Mohon keterangan dari ustaz adakah benar tidak sah solat pakai sutera.
JAWAPAN :
Hukum kaum perempuan memakai sutera adalah harus samada di luar sembahyang atau di dalam sembahyang.
Ini adalah kerana telah ijmak ulamak bahawa orang perempuan halal memakai sutera dan hadith-hadith yang menyebut tentang ini tidak mengaitkan halal memakai sutera bagi perempuan dengan mana-mana tempat atau masa maka di mana sahaja dan bila sahaja perempuan memakai sutera adalah halal.
Ads
Berkata Syeikh Al-Bajuri :
و يحل للنساء لبس الحرير و افتراشه
Ertinya : “Dan halal bagi perempuan memakai sutera dan menjadikan sebagai tempat duduk.” (Hasyiah Al-Bajuri)
Ads
Ada pun perkataan tidak sah dipakai sutera dalam sembahyang sebab ia adalah najis adalah lemah kerana Nabi saw telah menghalalkannya dalam sabdanya :
Ertinya : “Telah diharamkan memakai sutera dan emas atas lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi perempuan dari umatku.” (Hadith Imam Tirmizi)
Ads
Dalam hadith ini jelas Nabi saw telah menghalalkannya yakni jika sutera itu najis maka tidak akan dihalalkannya samada dalam sembahyang atau diluar sembahyang. Maka menghalalkannya itu menunjukkan atas sucinya.
KESIMPULAN
Harus orang perempuan memakai telekung untuk sembahyang yang diperbuat dari sutera dan sembahyangnya itu adalah sah.
‘Tengah tidur, solat sekalipun malaikat tetap catat dosa.’ Inilah dosa jariyah yang wanita tak sedar, dosanya tetap mengalir walaupun sedang berbuat kebaikan.
Bayangkan biarpun beribu amalan baik wanita lakukan, dosa jariyah yang dia lakukan suatu ketika dahulu tetap berjalan.
Allahuakbar, minta dijauhkan daripada kita semua. Kongsi pengguna Tiktok, Zarul Hafiz, apakah dosa wanita ketika tidur atau apa yang dimaksudkan dengan dosa jariyah?
Menerusi video ini, Zarul Hafiz jelaskan bahawa sama ada dia sedang tidur, bahkan ketika dia sedang solat sekalipun, malaikat tetap mencatat dosa untuk dirinya.
Malahan ketika dia sedang makan atau belajar, malaikat tetap mencatat dosa untuknya.
Walaupun dia mendiamkan diri, tetapi malaikat masih mencatat dosa untuk dirinya.
Apa sebenarnya salah wanita?
Ternyata banyak lelaki yang melihat gambar dirinya yang mendedahkan aurat atau berpakaian tetapi telanjang di media sosial.
Sesungguhnya setiap lelaki yang melihat gambar dirinya, malaikat pun mencatat dosa untuknya dan inilah yang dinamakan dosa jariyah.
Edayuothman
Terima kasih… memberi peringatan pada saya dan kaum hawa yang lain…
TheTeaCoffee
Allhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi hantar atau upload gambar muka dekat media social.
Kakyat@2728
Saya dah delete picture yang tak bertudung dulu. Semoga kita semua mencari keredhaan Allah SWT.
khuza19
Semoga terus istiqomah buat ku dan para wanita semua. Terima kasih ustaz.
Kashoorga : Dalam keseronokan kita upload gambar atau video di media sosial, jangan kita lupa tentang aurat kita dan juga orang lain. Renung-renungkan.
Ramadhan dan Al-Quran satu ikatan yang tersimpul mati. Apabila disebut Ramadhan, di samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran).
Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s.a.w dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabalkan menjadi Rasul sehingga baginda wafat iaitu selama 23 tahun.
Firman Allah S.W.T:
" Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar".
Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:
"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"
Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh Nabi SAW. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.
Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan oleh Nabi:
"Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf".
Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
" Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran di mana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil".
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :" Makan tiga kali sehari" tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-Quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi SAW:
" Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangkan Al-Quran itu melaknatnya".
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-Quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT:
"Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)"
Nabi berpesan:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya".
Sumber :-Jabatan Kehakiman Negeri Perak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebentar tadi kita telah mendengar perutusan khas yang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terbaru COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Dalam ucapannya, PM mengucapkan terima kasih semua pihak yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Begitu juga dengan semua petugas terutama barisan hadapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti.
Dan bagi memastikan rakyat semua selamat dari ancaman wabak penyakit yang masih sukar dicari penawarnya, PM menambah PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April 2020 ini.
Banyak pesanan yang disampaikan dan paling membuatkan rakyat Malaysia sebak apabila di akhir ucapan beliau menitipkan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Va. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud:
“Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.