--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Hutang Bukan Perkara Kecil, Jangan Sampai Dibawa Ke Akhirat

Kekangan hidup kadang-kadang membuatkan seseorang terpaksa berhutang. Ada yang meminjam kerana keperluan mendesak, ada juga yang dibantu oleh insan berhati mulia yang sanggup mendahulukan wang mereka bagi meringankan beban.

Walau apa pun keadaannya, hutang tetap hutang. Ia bukan perkara kecil yang boleh dilupakan begitu sahaja, apatah lagi jika melibatkan hak orang lain. 

Dalam Islam, hutang adalah tanggungjawab yang sangat besar dan wajib diselesaikan selagi mampu.

Situasi yang paling membimbangkan adalah apabila salah seorang, sama ada penghutang atau pemiutang, meninggal dunia sebelum hutang itu sempat dilangsaikan. 

BACA JUGA: Perkahwinan Dalam Islam Perlu Sederhana, Bukan Sampai Berhutang

Persoalannya, bagaimanakah hutang tersebut dapat diselesaikan?

Perkara penting yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam ialah hutang seseorang tidak akan gugur hanya kerana dia telah meninggal dunia. Hutang tetap menjadi tanggungan dan perlu diselesaikan mengikut kemampuan serta keadaan harta peninggalan si mati.

Ads

Jika Penghutang Meninggal Dunia

Apabila seseorang yang berhutang meninggal dunia, hutangnya perlu diselesaikan terlebih dahulu menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan. Waris, wasi atau pentadbir harta pusaka yang dilantik bertanggungjawab menguruskan perkara ini.

Waris juga perlu faham bahawa menyelesaikan hutang si mati lebih utama berbanding pembahagian harta pusaka atau pelaksanaan wasiat. Dalam urusan pusaka, hutang perlu dilangsaikan terlebih dahulu sebelum baki harta dibahagikan kepada waris yang berhak.

Namun begitu, jika si mati tidak meninggalkan harta yang mencukupi untuk membayar hutang-hutangnya, waris tidak diwajibkan menggunakan duit sendiri untuk membayar hutang tersebut. Sekiranya waris tetap mahu membantu melangsaikannya, ia dikira sebagai ihsan dan kebaikan daripada pihak waris.

Jika Pemiutang Meninggal Dunia

Bagaimana pula jika orang yang memberi hutang meninggal dunia, sedangkan penghutang masih hidup?

Ads

Dalam keadaan ini, penghutang tetap wajib membayar hutang tersebut. Hutang itu perlu diserahkan kepada waris pemiutang kerana ia menjadi sebahagian daripada harta peninggalan si mati.

Penghutang perlu berusaha mencari waris pemiutang walau di mana mereka berada. Jangan jadikan kematian pemiutang sebagai alasan untuk melupakan hutang yang pernah dipinjam. Selagi ada waris yang boleh ditemui, hutang tersebut perlu dibayar kepada mereka.

Namun, jika pemiutang tidak mempunyai waris atau warisnya tidak dapat ditemui setelah berusaha, hutang itu boleh disedekahkan dengan jumlah yang sama. Niatkan pahala sedekah tersebut kepada si mati. Jika tidak mampu membayar secara sekaligus, bayarlah secara ansuran mengikut kemampuan.

Ads

Apa yang penting, jangan sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang apabila kita sebenarnya mampu untuk melangsaikannya.

Menyelesaikan hutang bukan sekadar soal wang ringgit. Ia berkait rapat dengan amanah, keberkatan hidup dan tanggungjawab kita di hadapan Allah SWT.

Jangan sesekali memandang ringan hutang walaupun jumlahnya kecil. Jika mampu bayar, selesaikan segera sementara masih diberi peluang hidup. Jangan tunggu sehingga hubungan menjadi keruh atau sehingga salah seorang meninggal dunia barulah timbul rasa bersalah.

Sebaiknya, setiap hutang dicatat dengan jelas. Maklumkan juga kepada ahli keluarga atau orang yang dipercayai supaya jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, hutang tersebut boleh diuruskan dengan baik.

Semoga kita semua dijauhkan daripada sikap mengambil mudah soal hutang. Moga apabila tiba masanya kita meninggalkan dunia ini nanti, kita tidak membebankan ahli keluarga dengan hutang yang belum selesai dan dapat bertemu Allah SWT dalam keadaan lebih tenang.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat? Ada Yang Makruh Digunakan

Apakah hukum menamakan anak dengan nama malaikat dalam Islam seperti Jibril dan Mikail? Ketahui pandangan ulama serta nama yang makruh digunakan.