Cinta Antara Dua Benua, Lepas Ijab Seorang Di Jepun Dan Seorang Di Arab Saudi

Share

Jodoh pasti bertemu dengan cara Allah yang paling indah. Jodoh pasti bertemu meskipun terpisah antara ruang dan waktu. Pada saatnya nanti, kalau jodoh, di ruang dan waktu yag tepat akan bertemu. Inilah ‘ajaibnya’ jodoh. Tiada siapa yang tahu siapa jodoh mereka sehinggalah dipertemukan.

Seorang ‘follower’ Kashoorga telah sudi berkongsi kisah cinta selepas nikahnya bersama isteri. Tujuan utama bukan hendak menunjuk riak mahupun gah, hanya mahu berkongsi rasa bahagia dan ingin juga berkongsi kebahagiaan yang Allah SWT hadirkan dalam hati mereka.


Perkenalan kami 10 bulan yang lepas. Sewaktu itu aku masih berkeliaran di Thailand tanpa hala tuju. Sewaktu dalam perjalanan bus menuju ke Koh Samui dari Chiang Mai, isteri kepada rakanku memberitahu ada seorang rakan sekerjanya yang sukakan baca pengalaman dan tips yang aku tulis, dan selalu “follow” tentang kisah aku di FB.

“Aku rasa member aku tu minat kat mu. Dia pon misi gak macam aku. Kerja lain department di Hospital Kota Bharu.” Yeen Bong memberitahu aku tentang si gadis itu.

Tiba sahaja di rumah di Kelantan, aku terus membuka profile si gadis tersebut. “Gadis Traveller” nama nya di profile pada waktu itu. Ternyata gadis ini gemar mengembara jua.

Lalu segera aku menambah menjadi rakan dan mendapat message pertama dari dia mengucapkan terima kasih kerana sudi add. Dan dari situ lah perkenalan kami. Kami berbalas message sehari atau dua hari (aku jenis yang tak suka main text jadi reply sikit-sikit sahaja).

Selepas hari kedua atau ketiga berbalas text, aku terus minta nombor phone si gadis traveller itu. Sejurus dapat sahaja number si gadis itu, aku terus whatsapp menyatakan tujuan sebenar aku.

 

 

 

 

 

Aku serius ingin menjadikan si gadis ini sebagai zaujah hidup aku. Dan apa yang mengejutkan adalah balasan text itu “datang lah ke rumah jika benar ingin menghalalkan saya.”

Jatuh jantung. Gugup. Aku terus menyatakan hasrat ini kepada orang tua ku.

“Ma, abe nak kawin. Jom pegi rumah dia untuk mengenal.”

“Siapa?” Tanya mama ku kebingungan.

“Abe pon tak kenal. Jom lah esok. Nanti malam nie abe bagitau abah.”

Maka esok aku bertandang ke rumahnya yang terletak di Tumpat, Kelantan. Persetujuan dari dua pihak dan selepas dua hari kami terus bertunang. Keesokan harinya aku ke Sabah seketika dan terus ke New Zealand selama beberapa bulan.

Dan tunang aku pada ketika itu dalam persediaan ke Saudi. Seminggu selepas aku di New Zealand, tunang aku terbang ke saudi bagi memulakan tugasnya sebagai Ketua Jururawat di Hospital Saudi.

Maka PJJ kami berlangsung selama 10 bulan sehinggalah satu tarikh diputuskan untuk majlis pernikahan. Alhamdulillah, kami telah dihijabkabulkan dan sah sebagai suami isteri.

Seminggu selepas majlis kahwin, aku dan isteri terus terbang ke Turkey bagi kembara honeymoon. Segalanya aku buat seperti cara aku dahulu kecuali penginapan. Naik bus, turun bus, bagpack digalas 15 kg dibelakang. Berjalan ke sana sini.

Dan kembara honeymoon kami merentasi 6 negara di Balkan berjalan lancar walau agak penat. Sejurus pulang ke Malaysia, masa berbaki 3 hari lagi untuk isteriku terbang ke Saudi bagi menyambung tugasannya.

Hari ini, mata aku terkebil-kebil melihat susuk isteri mengalir air mata di airport meninggalkan suami. Semoga suatu hari nanti kita kan bersama di sana.

Aku berkerja di Jepun sekarang dalam bidang pelancongan dan isteri di Saudi sebagai jururawat. Ternyata inilah PJJ ANTARA BENUA yang terpaksa kami tempuhi.

Kembara honeymoon kami adalah proses bercinta dan mengenali diri antara satu sama lain. Adakah itu dinamakan bercinta selepas berkahwin? Semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah.

p/s: segala screenshot perbualan perkenalan pertama aku boleh dilihat di photo. Dan apa yang aku tulis ini adalah benar segalanya bagi tatapan anak cucu kelak bagaimana ayah dan ibunya bertemu. Segalanya adalah jodoh dan takdir.

Sumber: Facebook: Jeroong Wia

IKLAN