--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Ingat Allah Hanya Bila Susah? Jangan Tunggu Ujian Baru Nak Berubah

Sedang kita leka menikmati kebahagiaan hidup di dunia, ada masanya kita terlupa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kita mudah hanyut dengan urusan harian, mengejar apa yang diinginkan dan hanya kembali mencari-Nya apabila hidup mula dihimpit kesusahan.

Inilah hakikat yang sering berlaku dalam kehidupan manusia. Ketika hati tenang dan urusan dipermudahkan, ramai yang lalai dan jauh daripada Allah. Namun apabila ditimpa musibah, ketika itulah barulah air mata mudah menitis, doa dipanjatkan bersungguh-sungguh dan solat mula dijaga sepenuhnya.

Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat 12:

Maksudnya: “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami dalam segala keadaan, sama ada ketika berbaring, duduk ataupun berdiri. Kemudian apabila Kami hilangkan kesusahan itu daripadanya, dia kembali meneruskan jalannya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami untuk menghapuskan kesusahan yang menimpanya.”

Ayat ini sangat jelas menggambarkan sikap manusia yang hanya mengingati Allah ketika susah, tetapi kembali lalai apabila ujian diangkat. 

BACA JUGA: Bekerja Keras Tapi Gaji Masih Tak Cukup, Mungkin Ini Punca Rezeki Sempit

Sedangkan sebagai hamba, kita sepatutnya mendekatkan diri kepada Allah bukan hanya ketika berada dalam kesempitan tetapi juga ketika hidup sedang senang dan bahagia.

Ads

Ujian bukan satu-satunya sebab untuk kita berubah. Kita tidak seharusnya menunggu ditimpa musibah terlebih dahulu untuk menunaikan solat dengan khusyuk, membaca al-Quran atau bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah. 

Sebaliknya, perubahan itu perlu dimulakan sekarang, ketika masih ada masa dan kesempatan.

Ingat Allah Hanya Bila Susah? Jangan Tunggu Ujian Baru Nak Berubah

Dalam hal taubat pula, Islam mengajar kita supaya tidak menangguhkannya. Pintu taubat masih terbuka selagi nyawa belum sampai ke halkum, namun itu bukan alasan untuk kita terus berlengah. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 18:

Ads

Maksudnya: Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat ini menjadi peringatan bahawa taubat bukan sesuatu yang wajar ditangguhkan. Jangan tunggu sehingga usia semakin meningkat atau ujian datang menghimpit baru mahu kembali kepada Allah. 

Taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa, malah selepas menunaikan solat fardu pun kita boleh terus memohon keampunan-Nya, termasuk memperbanyakkan istighfar dan solat sunat taubat.

Ads

Apabila hidup semakin jauh daripada Allah, hati juga akan mudah terasa kosong. Jiwa menjadi tidak tenang walaupun dari luar segala-galanya kelihatan cukup. Itulah sebabnya hubungan dengan Allah perlu sentiasa dipelihara. Ibadah bukan hanya untuk waktu susah, tetapi menjadi penguat jiwa dalam setiap fasa kehidupan.

Jika ada waktu lapang walaupun hanya lima minit, gunakanlah masa itu untuk berzikir, berdoa, atau sekurang-kurangnya beristighfar.

Amalan yang kecil tetapi konsisten inilah yang mampu mendidik hati untuk sentiasa ingat kepada Allah. Sedikit demi sedikit, jiwa akan menjadi lebih lembut, tenang dan lebih dekat dengan-Nya.

Kesimpulannya, jangan tunggu diuji baru berubah. Jangan tunggu ditimpa musibah baru mahu sujud lama-lama dan menangis dalam doa. 

Dekatkan diri dengan Allah saat hidup masih tenang, kerana itulah tanda hamba yang benar-benar mengenal Tuhannya. Sesungguhnya Allah menyukai hamba yang sentiasa kembali kepada-Nya, bukan hanya ketika susah, tetapi juga ketika senang.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Sambutlah Syawal Dengan Sederhana, Elak Bersikap Boros

Syawal dengan sederhana membantu elak pembaziran dan memberi keberkatan Aidilfitri. Ketahui cara menyambut raya tanpa boros menurut Islam.