Isteri adalah anugerah dari Allah. ‘Terlalu banyak pengorbanan isteri untuk suami, hargailah sebelum terlambat.’ Jangan sampai isteri kecewa dan makan hati, akhirnya segalanya sudah terlambat.

Kadang-kadang bila setiap hari suami dilayan umpama raja, suami jadi hilang hormat pada isteri. Jadi lupa untuk hargai setiap satu pengorbanan yang isteri lakukan.

Selagi isteri mampu bersabar, dia akan cuba bertahan. Namun sampai bila isteri perlu memendam perasaan bila suami hanya tahu mengarah itu dan ini tanpa memahami apa yang dilalui isteri selama ini.

Artikel Berkaitan

Suami Tidak Kerja & Jadi Suri Rumah Kerana Gaji Isteri Besar, Datuk Dr Zulkifi Ulas Isu Ini

Isteri Adalah Anugerah

Sebaiknya dalam rumah tan g ga har gailah setiap perkara yan g isteri atau suami lakukan. Salin g menhargai antara satu sama lain, barulah bahagia rumah tangga yang dibina. Ikuti perkongsian Firdaus Syakirin ini dan fahami apa nasihat yang cuba disampaikan.

Sudah dua bulan tinggal berjauhan dari isteri…

Bila tak pernah berjauhan, dan kebiasaannya selalu berkepit sepanjang masa ke mana-mana sampai anak pun sudah tiga orang. Dari Allah

Tiba-tiba kena berjauhan, maka rasa tak reti (pandai) hendak hidup keseorangan…

IKLAN

Dari bangun tidur di awal pagi sampailah tidur pula di malam hari, semua isteri yang uruskan selama ini. Celik saja mata nampak dia, sebelum tutup mata pun tengok dia di depan mata.

Tak sempat hendak rasa lapar, dia sudah siapkan makanan. Belum sempat jamah, dia tanya pula apa hendak makan nanti…

Terlalu Banyak Pengorbanan

Bila berjauhan begini, bangun pagi, tengok kiri dan kemudian tengok kanan, hanya nampak dinding. Keluar bilik, tengok ruang tamu, tengok dapur, tidak ada apa-apa pun…

“Sunyi betul…”

Bila lapar, bawalah keluar ayam, daging, ikan dari freezer. Potonglah sendiri, sianglah sendiri, basuhlah sendiri. Tumis pun hangit, masak pun masin, hambik ko…

Isteri Untuk Suami

“Engkau nak makan, engkau buatlah sendiri. Tak ada siapa nak melayan” bisik hati berkata pada diri sendiri…

IKLAN

Sudahlah selama ini tak pernah masuk dapur kan, tak pernah masak sendiri kan, semuanya harap isteri buatkan…

Malam-malam nak tidur pun susah. Kalih kiri, kalih kanan, tengok atas, nampak siling. Cicak tengok pun dia jelir lidah.

“Padan muka…”

Hargailah Sebelum Terlambat

Besar pengaruh isteri dalam kehidupan suami ni tuan-tuan. Besar impak dan kesan bila isteri tiada di sisi. Banyak yang isteri buat untuk suami, uruskan untuk suami, sudah korbankan untuk suami.

Kita hanya akan rasa bila tiba-tiba tiada siapa buat semua itu untuk kita…

Hidup seorang wanita yang bergelar isteri itu dihabiskan hanya untuk seorang lelaki yang bernama suami…

IKLAN

Hargailah isteri, sayangilah isteri, selagi masih beristeri…

Baca Di Sini

‘Kelahiran Si Kecil Adalah Hadiah Termahal Dari Allah.’ 11 Tahun Oktavia Manrose Menanti Anak Perempuan

Kashoorga : Semoga Allah kurniakan kita pasangan yang memahami dan menghargai. Insyallah.

Sumber : Firdaus Syakirin

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI