Jangan Biasakan Gurauan ‘Orang Kahwin’ Di Tempat Kerja, Bimbang Terjebak Bisikan Syaitan

Share

Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci, namun syariat tetap menuntut agar suami dan isteri menjaga batas pergaulan dengan bukan mahram.

Cinta yang halal sekalipun tidak boleh dijadikan alasan untuk kita leka daripada menjaga adab dan batas syarak.

Rasulullah saw sendiri sangat berhati-hati dalam mengatur interaksi lelaki dan wanita agar terhindar daripada fitnah dan bisikan syaitan termasuklah di masjid sendiri.

Dr Ahmad Sanusi Azmi dalam satu perkongsian mengenai batas pergaulan suami isteri menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Rasulullah dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat.

Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat.

Al-Bukhari merekodkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ وَمَكَثَ يَسِيرًا قَبْلَ أَنْ يَقُومَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنْ انْصَرَفَ مِنْ الْقَوْمِ

“Rasulullah ﷺ akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ﷺ memberi salam. Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah SAW ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat). (HR al-Bukhari)

Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda SAW juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita. Sabda Rasulullah ﷺ:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ

Rasulullah SAW bersabda: “Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata2 Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalh beliau meninggal.” (HR Abu Daud)

Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadis bahawa Rasulullah SAW menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

روى أَبو أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ خَارِجٌ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاخْتَلَطَ الرِّجَالُ مَعَ النِّسَاءِ فِي الطَّرِيقِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنِّسَاءِ اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ ( تَسِرْن وسط الطريق )

“Abu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda ketika Baginda ﷺ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit laluan kamu, jangan lah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita). (HR Abu Daud)

Batasi pergaulan di tempat kerja

Jelas Dr Ahmad Sanusi lagi mereka yang berurusan dengan masjid ini pada andaian kitaadalah golongan yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

“Bayangkan, kalau di masjid dalam keadaan nak beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana di tempat kerja.

“Batasi pergaulan kita. Usah bergurau dengan gurauan “orang kahwin” yang melampau. Bermula dari cetusan yang sedikit, syaitan berupaya membisikkan godaan zina yang memusnahkan,” akhirinya.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Related Post
Published by
Team Kashoorga