Tidak dinafikan aura pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew memang cukup kuat. Siapa tidak mengenali beliau yang banyak memberi sedekah dan bantuan kepada golongan memerlukan.
Walaupun sibuk dengan urusan dakwah, beliau sesekali tidak melupakan tanggungjawab pada keluarganya.
Malah begitu mencintai isteri yang dipangil bidadarinya. Begitu juga dengan permata hati yang menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.
Dalam posting terbaru di laman sosial, Ustaz Ebit Lew memberitahu walaupun hanya duduk rumah tetapi dia tetap memegang tangan biadarinya untuk pusing satu rumah.
Bukan itu saja dia turut mengambil kesempatan berbual, bermanja dengan bidadarinya itu. Jika beliau dalam kesedihan bidadarinya inilah yang akan mendoakan dirinya.
Katanya lagi kalau dulu doa emak sentiasa bersamanya, tetapi kini doa isteri pula yang menjadi perisai dan kekuatan di luar.
Ads
Malah Ustaz Ebit Lew turut memberitahu kekuatan doa seorang isteri dan ibu inilah yang disifatkan boleh menggoncang dunia.
“Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah jer. Bidadariku kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah.
“Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. I love u bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya.
Ads
“Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa. bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini. Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib.
“Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku. Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar.
Ads
“Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak dan doa isteri.
“Ya Allah betapa diriku menyayangi bidadariku ini. Sayangilah dirinya. Jaga,sihat,beris sentiasa cantik menawan dihatiku.
“Senyuman dan wajah yang menguatkan perjuangan ini. Tangisan dalam doa menjadi asbab kaki ini terus berjuang. I love u bidadariku. I miss sayang bidadariku
Demi memastikan tahap keselamatan tidak berlaku penularan wabak COVID-19 ketika musim haji yang biasanya melibatkan jutaan umat Islam, Kerajaan Arab Saudi memutuskan tiada jemaah dari negara lain dibenarkan menunaikan haji tahun ini kecuali rakyat Arab Saudi sahaja iaitu seramai 60,000 yang bertuah tahun ini.
Selain menghadkan bilangan jemaah, masa yang sama mereka turut memperkenalkan teknologi canggih di Kaabah untuk menyambut ibadah haji iaitu memperkenalkan robot penghantar air zam-zam untuk para jemaah.
Menurut Presiden Jeneral Dua Masjid Suci, Abdulrahman Al Sudais, robot ini sudah mulai diuji di Masjidil Haram pada 13 Jun lalu dan mulai menampakkan keberkesanannya. Robot yang tampak seperti membawa dulang bertingkat ini akan mengelilingi kawasan masjid di mana orang ramai boleh mengambil air zam-zaman tanpa adanya sentuhan dengan jemaah lain.
Al-Sudais menyatakan, teknologi sangat penting untuk menjaga keselamatan jemaah haji, terutama di masa pandemik Covid-19. Namun sesuatu yang menarik, robot penghantar zam-zam ini telah ilhamkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Almaddah di mana beliau bertanggungjawab di atas teknologi yang ada di Masjidil Haram ini.
Moga dengan beberapa teknologi diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi, tahun hadapan peluang umat Islam menunaikan haji akan terbuka luas. Sama-sama kita berdoa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kehadiran anak dianggap sebagai penyeri dalam kehidupan berumahtangga. Lebih-lebih lagi jika baru berkahwin sudah disahkan hamil.
Pastinya berita itu akan menggembirakan pasangan dan juga seisi keluarga. Namun begitu, bagaimana pula perasaan bagi yang belum lagi dikurnia anak.
Pastinya pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan untu menimang cahaya mata.
Pelbagai cara dilakukan sama ada kaedah tradisional atau rawatan moden. Salah satu perkongsian di laman sosial tiga tahun dulu oleh seorang pengguna Facebook Nurul Balqis yang menggunakan petua tertentu sehingga disahkan hamil setelah dua tahun berkahwin.
Ayuh, ikuti perkongsian ini dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang masih belum mempunyai anak walaupun setelah lama berkahwin.
Selamat petang semua. Qis ada janji ngan korang untuk share petua dan cara yang Qis amalkan sehingga berjaya dapatkan zuriat setelah 2tahun mendirikan rumah tangga. Harini Qis akan kongsikan petua yang Qis amalkan.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.
-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye
Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.
Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini
Qis izinkan awak semua share post ni. Terima kasih
Beginila rupa buah zuriat sebelum dibuang kulitnya. Ya Allah kulitnya, tersangatlah keras dan memerlukan kesabaran untuk mengambil isinya kat dalam. Siapa yang kena buat semua ni? Mestila suami kita. Hehe *mesti guna 2biji ye.
Nampak macam senangkan? Suami qis siap guna tukul dan ulu lesung lagi. Habis berpeluh satu badan nak siapkan ni. Hehe.
Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar.
Sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
Tadaaaa ni la isi buah zuriat tu.
Kemudian belah dua macam ni.
Selepas tu, belah lagi kecil-kecil macam ni.
Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh seperti dalam gambar kat atas tu
Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.
Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau
Haaa dah siap, dah boleh minum. Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan.
Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye.
Alhamdulillah, hanya sebulan sahaja. Ada juga pasangan yang amalkan ni sampai 2bulan dan 3bulan. Atas rezeki masing-masing
Sumber gambar dari Encik google, Qis tak sempat nak snap pic sendiri. Hehe. Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Surah Al-Fatihah adalah surah yang wajib dibaca ketika solat dan diketahui memang mempunyai banyak kelebihan.
Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran.
Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.
Dikatakan juga jika mengamalkan bacaan Surah Al-Fatihah 41 kali, dan mohonlah hajat kepada Allah, InsyaAllah akan dikabulkan apa yang dihajati. Namun ada cara yang boleh dilakukan ketika membaca surah permulaan solat ini.
Baca Surah Al Fatihah 41 Kali Untuk Memohon Hajat
Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat. Sheikh Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;
Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas. Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.
Fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:
1. Siapa saja yang membaca surat Al Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci mensucikan lalu diminum. Ia akan memperoleh ilmu serta hatinya akan dibersihkan dari fikiran yang rosak.
2. Siapa saja yang mempunyai nazar (keinginan) dan memohon kepada Allah SWT, dan membaca surat Al Fatihah sebanyak 41 kali diantara shalat sunat Subuh dan Shalat fardhu Subuh sampai 40 hari lamanya, kemudian memohon kepada Allah. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT.
3. Siapa saja yang membaca surat Al-Fatihah, Al Ikhlas sebanyak 3 kali serta “Mu’awwidzatain” Insya Allah ia akan selamat dari segala hal selain sudah sampai diajalnya (meninggal dunia).
4. Siapa saja yang mengamalkan surat Al-Fatihah bersama Bismillah diantara Shalat sunnah subuh dan Shalat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah akan doanya akan dikabulkan, jika ia mempunyai hutang mampu membayarnya, jika ia sakit maka akan sembuh, jika ia punya anak maka jadi anak yang saleh dan salehah dengan izin Allah SWT.
5. Siapa saja yang mengamalkan Al-Fatihah sebanyak 20 kali seusai shalat Fardhu 5 waktu. Insya Allah akan diluaskan rezekinya, dimudahkan urusan dunianya, diberikan kebahagian untuk dirinya serta keluarganya, diberikan akhlak yang baik dan lain-lain oleh Allah SWT.
6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.
Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang kuhajati”
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...