Setiap rezeki, ajal, maut dan jodoh itu terletak di tangan Allah. Sangat beruntung jika satu hari nanti kita ditakdirkan oleh Allah bertemu jodoh yang sesuai dengan kita.
Namun jangan sesekali menyalahkan takdir jika yang datang itu bukan jodoh yang kita mahu sebaliknya berusaha dan terus berdoa agar satu hari nanti ditemukan dengan calon yang dapat membimbing kita hingga ke jannah.
Ingatlah jika berlaku apa-apa dalam rumahtangga, jangan sesekali menyalahkan pasangan kerana semua itu bukan kebetulan, sebaliknya apa yang telah ditakdirkan oleh Allah.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, ikuti perkongsian menarik untuk kita jadikan panduan dalam melayari perkahwinan.
Kalaulah…
“Kalaulah aku tak jumpa dia, mesti aku akan jumpa org lain yg lebih baik dr dia…”
Ads
“Kalaulah aku tak kahwin dgn dia, mesti sekrg aku dah bahagia dgn org lain…”
“Kalaulah aku tak pilih dia, mesti hidup aku tak jadi mcm ni…”
Kalaulah aku…
Ads
Sebenarnya, tiada satu apapun perkara yg berlaku dlm kehidupan kita ini satu kebetulan… Semuanya atas izin Allah s.w.t dan ianya telah pun ditakdirkan Allah…
Terjumpa atau tidak, pilih dia atau pilih org lain, semua itu terjadi dgn kehendak Allah s.w.t…Ada hikmah di sebalik setiap pilihan yg kita buat itu…
Ada makna yg Allah s.w.t nak kita belajar dan fahami…
Ads
Tak perlu menyesal, tak perlu kecewa dan tak perlu menyalahkan diri sendiri mahupun aturan-Nya…selagi masih dibangunkan Allah di setiap pagi, maka selagi itulah Allah s.w.t memberi kita kesempatan utk memperbaiki atau mengubah hidup kita ke arah yg kita rancang ataupun yg kita inginkan…
Jadi atau x jadi perancangan kita tu, terserahlah kpd Allah utk memakbulkannya…tapi, jgn pernah berhenti utk merancang sesuatu yg dpt menjadikan kehidupan anda lebih baik dr sebelumnya…
Allah lebih mengetahui apa yg baik utk kita berbanding diri kita sendiri…
Menjadi impian bakal ibu mahukan suami menemani tatkala berjuang untuk melahirkan cahaya mata, lebih-lebih lagi anak pertama.
Namun kita hanya merancang, hanya Tuhan jua yang menentukan. Dek kerana tuntutan tugas menyebabkan suami tersayang tidak berada di samping sepanjang proses melahirkan.
Begitu pengalaman yang dilalui pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar yang telah selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya pada jam 2.23 petang semalam.
Namun begitu, kelahiran anak pertama ini tidak disaksikan oleh suami tercinta Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke malaysia disebabkan penularan COVID-19.
Dayah hanya ditemani oleh ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara di sebuah pusat perubatan di Damansara.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya.
“Sokongan suami dari kejauhan luar biasa. Begitu juga keluarga saya dan sebelah mentua yang selalu ada di depan mata. Biarpun suami tidak dapat melihat dekat perkembangan anak, pasti besar ganjaran Allah berikan untuk setiap ujian dan kemanisan ini,” katanya.
Dalam pada itu sebelum bersalin, dalam posting terdahulu, Dayah ada berkongsi zikir yang diamalkan sebelum waktu untuk melahirkan.
Zikir ini adalah untuk permudahkan segala urusan (sepanjang proses melahirkan anak sulungnya) itu.
Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2:23pm tadi. Both mommy and baby doing fine alhamdulillah .
Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami . Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out . Macam mimpi . Indescribable feeling masha Allah
Syukur alhamdulillah
Pengacara Borak Kopitiam ini juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti atas kelahiran anak pertama pasangan ini. Dayah dan suami mendirikan rumah tangga pada Jun 2018 yang lalu.
Perkembangan teknologi digital hari ini membuka ruang lebih luas untuk kita menambah ilmu. Ini termasuklah belajar membaca al-Quran menerusi internet atau aplikasi khas yang dicipta.
Sejauh manakah dibolehkan kita belajar membacanya melalui internet? Apakah hukumnya? Kita dapatkan penjelasan ustaz Azhar Idrus dalam hal ini. Ramai juga yang belajar tanpa guru sebenar.
Adakah kalau kita hendak belajar baca al-Quran mesti talaqi dengan guru?
Adakah boleh kalau belajar baca quran melalui internet?
Belajar membaca al-Quran sangatlah dituntut oleh agama kerana orang yang belajar akan dapat membacanya dan mencapai ganjaran yang disediakan bagi orang-orang yang membacanya sebagaimana dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi ﷺ
Sekali pun di zaman sekarang ada kemudahan belajar daripada internet dan yang seumpamanya namun begitu pembelajaran yang terbaik ialah dengan bertalaqi dengan guru kerana murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan dan diperbetulkan mana yang kurang dan mana yang salah.
Guru yang mengajar pada zaman sekarang sangatlah ramai dan mudah didapati oleh kerana itu sebaiknya jangan hanya memadai belajar dari internet walau pun tidak diapat dinafikan melalui internet juga dapat diperolehi ilmu-ilmu tentang membaca Quran.
Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :
“Pusat belajar al-Quran sudah banyak di negeri kita sekarang Alhamdulillah dan seperti itu juga orang-orang yang mengajar akan al-Quran. Maka apabila pergi seseorang kepada salah seorang qari nescaya memungkinkan dia insyaAllah belajar akan al-Quran lalu dapatlah dia mengenal bagaimana membaca al-Quran dengan bacaan yang sahih dan dapat mengenali bagaimana cara menghafal al-Quran bagi yang mahu menghafalnya di dalam hati”
Dan perkara yang pentingnya ialah kitab Allah ini memerlukan belajar secara talaqi ertinya mendengar dari bacaan segala qari supaya mengenal ia akan lafaz yang sahih bagi setiap kalimah.
Dan barang siapa yang sukar baginya yang demikian itu bolehlah dia belajar dengan mushaf sambil mendengar kepada rakaman bacaan para qari membaca ayat al-Quran yang sempurna dengan suara mereka.
Dan sungguhnya Allah telah memudahkan bacaan dari dulu sampai sekarang sebagai menyempurnakan janji-Nya di dalam al-Quran sekira-kira berfirman Allah:
“Dan sungguhnya Kami telah mudahkan akan al-Quran itu bagi ingatan maka adakah yang mengambil iktibar?” Surah al-Qamar : Ayat 17
KESIMPULAN
Belajar membaca kitab Allah yang paling baik ialah dengan cara bertalaqi dengan guru kerana murid dapat mendengar bacaan guru dan murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan oleh guru adakah bacaan murid itu sahih atau sebaliknya.
Ada pun belajar dengan internet atau dari rakaman maka murid hanya boleh mendengar bacaan guru tetapi guru tidak boleh mengesahkan bacaan murid sama ada sahih atau sebaliknya.
Bagi mereka yang belum lagi ada kemudahan belajar dengan guru maka elok dia belajar dulu mendengar bacaan-bacaan yang sahih yang diperdengarkan di dalam internet atau yang seumpamanya dan apabila bertemu dengan guru hendaklah dia baca segala bacaan yang telah dia pelajari melalui internet atau rakamannya dahulu supaya diperbetulkan jika ada salah silapnya.
Masalah kewangan kerap kali menjadi konflik suami isteri, malah hingga membawa kepada perceraian juga.
Namun sedarlah kita bahawa ketika ujian ini melanda suami isteri Tuhan sedang menduga kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini pastinya akan memberi kita kesedaran betapa kita ini hanyalah hambaNya yang lemah.
Hanya dengan Taqwa mampu memberi ketenangan berpanjangan dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini.
Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati.
Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri.
Namun hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah.
Satu persatu dugaan datang melanda: – Duit tak berapa nak ada. – Emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja. – Pasangan mula buat perangai mengada-ngada. – Diganggu oleh orang ketiga. – Dipandang hina oleh ahli keluarga.
Dan macam-macam lagi mehnah menerpa.
Ada yang tak tahan, akhirnya kecundang dengan perceraian. Ada yang bertahan Alhamdulillah berkat keyakinan dengan Tuhan.
Saudara-saudari,
Bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA.
Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA!