
Mengidam ketika mengandung adalah perkara biasa bagi ibu hamil. Ramai mengaitkan dengan air liur anak akan meleleh kalau permintaan tak ditunaikan. Tidak tahu ianya mitos atau bukan, tapi ia dipercayai ramai ibu-ibu mengandung berdasarkan cerita kawan-kawan yang melalui pengalaman semasa mengandung. Biar adakalanya permintaan mengidam itu yang bukan-bukan, tapi hal ini yang akan kenangan bagi ibu ayah yang kali pertama dikurniakan zuriat.
Dan pastinya, jarang suami untuk menghampakan permintaan isteri walau perbuatan mengidam itu yang bukan-bukan. Ini kerana hati isteri amat sensitif jika permintaannya tidak ditunaikan.
Gelagat seorang suami yang merakam perbuatan isterinya girang mandi air hujan kerana “mengidam” mengundang lucu di hati netizen hingga ia mencapai jumlah tontonan sebanyak 3 juta selepas video ini dimuat naik di Tik Toknya @sepohon_kayu.
Jelas pemilik akaun, orang lain mengidam makan chicken chop, tapi isterinya mengidam mandi air hujan, seolah terkenang zaman kanak-kanaknya. Jelas kelihatan isterinya begitu gembira, berasa puas kerana permintaannya ditunaikan.
Tulisnya, “Al Kisah, seorang suami yang tabah melayan isterinya yang mengidam jenis aneh-aneh tak ada jual di Shopee.
“Ini kisah isteri aku, orang lain mengidam nak makan chicken chop, tomyam, tomyam putih ke. Tapi bini aku nie dia lain macam. Memula dia mengidam nak panjat pokok, kemudian dia mengidam nak mandi hujan, ko rasa..?
“Aku tak faham langsung, otak aku macam jatuh kemudian tergelincir tengah hujan,” katanya yang mengundang lucu.
Jelasnya lagi, dalam kehujanan itu isterinya siap membua permintaan untuk panjat pokok dan bila ditanya adakah sudah puas mandi hujan, jawapnya belum.
Apapun dirinya meminta doa dari orang ramai agar malaikat kecil dalam rahim isterinya selamat melihat dunia.
https://www.tiktok.com/@sepohon_kayuu/video/7110094168810196250?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Apa Suami Perlu Lakukan Saat Ibu Berkonflik Dengan Isteri?

Ada masa hubungan suami isteri tidak sehaluan. Masing-masing ada pendapat sendiri ditambah jika ia di bawah usia 5 tahun. Ini kerana titik persefahaman itu belum dapat dicapai.
Lebih memburukkan keadaan, hubungan itu dimomokkan dengan campur tangan dari keluarga. Baik dari sebelah isteri mahupun suami kerana masing-masing ingin membela anak mereka.
Tapi seandainya ibu mentua ada konflik dengan menantu khususnya isteri, apa perlu suami lakukan? Menangkan emaknya atau isterinya? Atau paling tidak diamkan diri dan biar hal itu berlalu begitu sahaja. Ini penyelesaiannya kalau mentua ada masalah dengan menantu.
Apa nak buat?
Seorang suami memiliki kewajiban untuk bersikap baik kepada isterinya. Namun di sisi lain, dia juga diharuskan patuh kepada ibu atau orang tuanya. Tapi bagaimana jika ibunya berkonflik dengan isterinya? Apa yang harus suami lakukan kalau ibu dan isterinya ada konflik?
Dipetik dari About Islam, kaunselor perkahwinan seorang suami haruslah berbicara lembut dengan ibunya bagaimana hati isterinya rasa terluka dengan kata-kata yang menghina. Masa yang sama, suami juga diharuskan untuk membuat isteri berasa istimewa sambil memberikan waktu bagi ibu dan isterinya untuk berjauhan.
Yang harus dilakukan oleh suami ialah :
- Berkomunikasi dengan ibunya :- Suami disarankan untuk berkomunikasi dengan ibunya dan maklumkan yang hati isteri terluka dengan kata-kata menghina ibunya. Hal ini perlu disampaikan dengan baik dan nada yang lembut dan tidak menunjukkan seperti menuduh.Bila disampaikan dengan baik, ia mampu merungkai masalah sulit antara kedua belah pihak.
- Menyedarkan ibu bahawa perbuatan menegurnya salah :- Kadangkala ada bahasa yang membuat banyak jiwa terluka. Walau ia tidak melukakan tangan tapi ia menyakitkan hati dan jika konflik ini berpunca dari mulut ibu, sedarkan dirinya tentang hal ini.
- Layanilah isteri dengan istimewa :-Jika benar hati isteri terluka dengan kata-kata ibu mentua, suami harus berperanan besar dalam membuatkan isteri begitu istimewa di hatinya. Melalui perbuatan yang baik dan kata-kata yang manis, isteri akan merasakan suami memang masih sayangkannya dan masalah dengan ibu mentua adalah asam ragam berumahtangga. Dan semua itu akan berlalu apabila masing-masing matang dalam berbicara.
- Atur majlis ketemukan keduanya :- Mengatur acara keluarga adalah sebahagian dari menyambung silaturahim untuk terus erat dan mesra. Jika ibu dan isteri ada konflik, jemputlah keduanya makan malam bersama atau pergi jalan sama-sama. Awalnya mungkin tegang tapi hati manusia sememangnya boleh berubah.
Tunjukkan yang anda hargai keduanya iaitu orang yang sangat penting dalam hidup anda dan mahu keduanya terus kekal selamanya di hati. Percayalah, kasih sayang mampu meleraikan ego seseorang. Sumber : About Islam
‘Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga.’ Ibu Ini Meninggal, Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Kelima

‘Bersalin di dunia, berpantang di syurga.’ Ibu ini meninggal selepas bertarung nyawa lahirkan anak kelima. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Memang tak mudah untuk menelan kenyataan ini. Bukan setakat suami dan anak-anaknya, ahli keluarganya juga pasti pilu menghadapi ujian ini.
@wehda82 Rindu itu terlalu sakit🥺 kdg terlupa hg dah xdak …nk mesej sembang … Aku dah xdak org yg kongsi cerita,kongsi menangis,smlm aku xtahan sebak tgok anak2 hg,napa cepat sgt hg p dik A..😭😭😭 ALLAHUAKHBAR , Ya Allah syg kmi kt hg ..syg lgi Allah kt hang 😥😭 Hang dah bahagia berpantang kt sana,Uwais dh makin stabil..Senyum ja bila tgok dia ,mesti hg dok main2 ngn uwais kan😭Allah mcm mana aku nk hadap anak kecil ni …Allah Kuatkan aku Ya Allah. Semoga arwah ditempatkan bersama2 para syuhada..Syurga tempatmu.. #rindutiadapenhujung #syahidbersalin ♬ Yasir Lana – Hidayat
Artikel Berkaitan: “Tak Sempat Konvo, Mati Syahid Ketika Bersalin.” Bayi 4 Bulan Naik Pentas, Terima Ijazah Arwah Ibu
Bersalin Di Dunia
Allahyarham yang dikenali dengan nama Nor Maizura Mahazer merupakan seorang isteri kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan merupakan ibu kepada empat cahaya mata meninggal dunia selepas bersaIin anak ke- 5 di Hospital Manjung, Perak.
Apa yang berlaku kepada Nor Maizura mengundang pilu kakaknya, iaitu Nor Wahida Mahazer dan juga seluruh keluarga terutama suaminya arwah Tuan Salehuddin Al Hafiz dan empat orang anak mereka.
Berat dugaan untuk suami yang kehiIangan isteri tersayang. Hilanglah tempat bergantung seorang suami dan hilang juga belaian kasih sayang seorang ibu pada anaknya.
Tidak dapat bagaimana si kecil ini berdepan kenyataan yang ibu mereka telah tiada di dunia fana ini.

Berpantang Di Syurga
Menurut perkongsian kakak arwah, “Masih menggigil hendak menulis masih tak percaya, tetapi aku redha dengan ketentuan Allah, hang (awak) insan terpilih oleh Allah.
Aku mengambil kesempatan untuk menulis dalam perjalanan bertemu dengan hang adik. Mimpi semalam petanda terakhir, wajah kau berseri-seri ,cantik macam anak dara.
Selamat jalan satu-satunya adik perempuan kesayanganku Nor Maizura Mahazer ke alam yang kekal abadi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman syurga tempat mu. Insyallah! Amin, dulu bertiga sekarang berdua.

Ibu Ini Meninggal
Manakala menerusi posting lain di akaun Facebooknya,
Salam Jumaat (16/9/22)
Rapuh hati ini hendak mengungkap kata-kata terakhir. Lemah untuk menulis. Tapi redha dengan ketentuan Illahi.
Allahuakhbar…
Syukur kali terakhir dapat aku mandikan hang adik. Cium hang adik, gengam tangan.
Allahuakhbar.
Kami redha dengan pemergian mu adik ,tapi rindu tiada penghujung…
Penghormatan terakhir dengan diiring ayah dan mak untuk hantar hang di tempat yang kekal abadi. Rehatlah di sana bidadari syurga.
Terlalu rindu tak dapat nak ku ungkap, terlalu pedih hendak ku tinggalkan hang adik. Akan aku jaga amanah Allah ini… Rehatlah adik.
Insyaallah syurga buatmu. Bersalin di dunia, berpantang di syurga.
Al fatihah (dibaca) Semoga ditempatkan bersama para shuhada..

Selepas Bertarung Nyawa
Di ruangan komen, rata-rata ahli keluarga terdekat turut tampil mendoakan yang terbaik buat arwah.
Turut meluahkan kesedihan adalah ibu saudara arwah.
“Innalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun, Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dia, Rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya Al-Fatihah (dibaca).
Telah kembalinya anak saudara saya, Nor Maizura Bt Mahazer ke pangkuan Pencipta lebih kurang jam 6 petang semalam ( Rabu : 14 Septembar 2022 ) di Hospital Pantai Manjung, Perak. Meninggal asbab bersaIin.
Lahirkan Anak Kelima
Jenazah disolatkan di Masjid Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanglang, Kedah, Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan perjalanan akhir arwah.
Takziah buat seluruh keluarga besar Hj Abdul atas pemergian saudara kami yang tercinta. Saling kita redha atas permergian arwah. Semoga Allah bagi kekuatan dan kesabaran buat suami dan anak-anaknya di atas perpisahan ini.
Zalina Muhammad
Itulah janji Allah apabila datangnya ajaI tidak lambat atau cepat walau sesaat. Insan terpilih, syahid setelah meIahirkan. Tenanglah Dik Aa di sana. Lepas ini kami semua juga akan menyusul. Baby Uwais Al Fateh baik-baik sahaja sentiasa dalam jagaannya
Kashoorga: Dia adalah insan terpilih, semoga suami dan anak-anak kuat menempuh hari mendatang.
Kredit: Nor Wahida Mahazer
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Walau Jauh Tetap Sweet, Cara Ustaz Ebit Lew Hargai Hari Lahir Isteri Buat Ramai Mendoakan Pasangan Ini

Jika sebelum ini ramai tertanya-tanya akan keberadaannya kerana lama menyepi di media sosial hingga pihak Wisma Putra berusaha menghubunginya di Mesir, Ustaz Ebit Lew kemudiannya muncul di fbnya dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraannya dan memaklumkan segalanya berjalan dengan baik.
Di sebalik berada jauh dari bumi Malaysia kerana memilih jihad di jalan Allah kerana memberi bantuan untuk warga Palestin tetapi bila tiba hari lahir teman sejiwanya iaitu bidadari kesayangannya, Ustaz Ebit Lew tidak lupa memberikan kejutan dengan menghantar sejambak bunga dan hadiah, tanda dirinya sangat menyayangi isteri serta ucapan-ucapan manis.
Dalam hantaran di fbnya, Ustaz Ebit Lew menulis:-
Selamat hari lahir bidadariku. Sorry sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buatnya. Terima kasih. I love you bidadariku sayang. Rindu teramat sangat. Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-Allah. Terima kasih Allah.
Masa yang sama, Ustaz sempat meminta maaf kerana tiada di sisi isterinya tapi jawaban isterinya, membuatkan ramai kagum.
Sorry ya sayang. Jawab bidadari saya, takpe abang. Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan.
Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Nanti ayah cerita semua ye.
Selamat hari lahir bidadariku. I love you.
Justeru itu, orang ramai turut mengucapkan selamat ulang tahun buat isteri selain mendoakan pasangan ini sentiasa berbahagia.
Bagi gadis yang mungkin masih tercari suami sweet seperti Ustaz Ebit Lew apa kata serta Webinar Jodoh ; Suami Kiriman Ilahi ini. Mana tahukan jodoh korang ada dalam webinar ni.
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku”
Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/