Jodoh antara rahsia Allah taala yang sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Selain jodoh, ajal maut juga menjadi rahsia Allah. Tidak dinafikan, dalam mencari pasangan, kita dinasihatkan melakukan solat istiqarah selain memohon diberikan jodoh yang baik.
Namun apa dilalui oleh pasangan ini yang berkongsi kisah unik pernikahan mereka kerana masing-masing baru kenal dua minggu kemudian terus diajak kahwin.
Menggunakan akaun Tik Tok Eydazuno, wanita anak satu yang berstatus ibu tunggal sebelum ini berkata, dia kenal pasangannya dua minggu sebelum diajak bernikah.
Mesti bestkan, tak perlu kenal atau bercinta lama-lama. Hanya bercinta selepas nikah.
Eydazuno dalam perkongsiannya turut memuat naik momen sehari sebelum bergelar isteri dengan menunjukkan hadiah hantaran dan baju pernikahannya pada majlis akad nikah.
Lebih menarik, selepas disatukan, keduanya nampak masih malu-malu dan masih berasa janggal apabila menaiki kereta bersama suaminya dan mengambil video itu bagi menghilangkan rasa segannya berduaan begini.
Ads
Inilah kata, orang,jodoh sudah tertulis di luh mahfuz dan pastinya lebih seronok bercinta selepas nikah. Semoga cintanya dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat selepas melalui detik perit bergelar ibu tunggal sebelum ini. Sumber : Tik Tok Eydazuno
Siapalah kita untuk menidakkan qadak dan qadar dari Allah SWT. Jika saat ajal sudah sampai, tiada kuasa untuk kita melawan takdirNya. Walaupun yang diambil olehNya, insan paling kita sayang di dunia ini.
Seperti secebis kisah duka yang dikongsi seorang pemilik akaun Facebook dengan nama akaun Mr Wan Cai Official yang menceritakan bagaimana seorang lelaki ini kehilangan anak dan isterinya sekaligus.
Menerusi status ditulis, isteri kepada lelaki yang dikenali dengan nama Izwanizam Hermawan, Norsyafiqah Syazwani Mohamed memang gemar sekali mengikuti kisah kemasyarakat yang dikongsinya.
Saya Terpanggil untuk menulis tentang kisah jenazah ke-116 arwah Norsyafiqah syazwani binti mohammad..
Arwah Berumur 23 tahun dan tinggal di sri jasmin mantin..
Rasanya anda perasan suami arwah ada mengatakan diperbualan whats app yang dihantar kepada saya subuh tadi..
Katanya arwah ini rajin mengikuti perkembangan dipage mr wan cai..
Rajin dibelek belek page itu setiap kali status dimuat naik oleh saya..
Saya boleh katakan arwah berminat dengan kisah kisah kematian dan pengalaman sepanjang saya dan rakan rakan ukvj menguruskan jenazah..
Cuma sewaktu saya sedang live dan meminta si suami memberi sepatah dua kata sebagai tanda terima kasih kepada penyumbang yang terlibat dengan kutipan kilat..
Saya terkaku bila si suami mengatakan arwah isterinya pernah berseloroh kepada nya..
Jika arwah pergi dulu minta ukvj yang uruskan jenazahnya..
Saat itu saya seperti tergamam..
Jadi dalam hati saya bertekad untuk mengambil seloroh si isteri sebagai satu wasiat yang perlu saya tunaikan..
Ketika itu juga..
Saya Tidak boleh lihat ke arah muka si suami yang bercakap dalam keadaan tidak dapat menahan sebak..
Sambil mengambil video sambil saya memandang ke arah lain untuk menggelak dari turut sama menangis
Berjujai jujai air mata si suami yang gugur..
Di lap air mata yang gugur itu dengan tangan berulang ulang kali..
Ceritanya..
29 sept 2019 si ibu melahirkan bayi pertama mereka yang kemudiannya meninggal dunia selepas 10 minit dapat melihat dunia..
Kematian si bayi berpunca dari si ibu yang tiba tiba sesak nafas ketika sudah bersedia untuk melahirkan anak..
Akibat dari sesak nafas itu si bayi turut sama kelemasan kerana tidak cukup bantuan oksigen didalam perut..
Si bapa redha dan pulang ke jengka untuk menguruskan jenazah bayi syurganya..
Ketika si bapa menguruskan jenazah anak di kampung..
Si isteri pula sedang bertarung nyawa dan koma hospital seremban..
Akhirnya si isteri juga pergi mengadap sang pencipta pada 1 okt 2019 sebelum subuh tadi..
Ketika saya terima panggilan dari si suami saya lihat jam hampir pukul 6 pagi..
Jadi perbualan antara saya dan si suami seperti yang sudah saya kongsikan pagi tadi..
Malam ini saya tergerak hati untuk melihat posting posting yang dikongsikan diruangan komen si suami dan si isteri..
Saya Terjumpa satu posting yang dishare oleh si ibu sendiri tentang risiko meninggal semasa bersalin..
Status itu bertarikh 28 julai bersamaan hampir 2 bulan sebelum arwah meninggal dunia pagi tadi..
29 sept si anak yang dilahir meninggal dunia..
Gambar bayi yang siap dikafan saya ambil dari akaun facebook milik si suami..
Memberitahu bayi pertamanya sudah tiada dan telah dikebumikan..
Manakala isterinya masih koma di wad hospital seremban..
Distatus bertarikh 29 sept itu si suami meminta agar rakan rakannya berdoa agar isterinya kembali sedar..
Pagi tadi si isteri pula sudah tidak bernyawa..
Luluhnya hati tidak boleh saya bayangkan..
Dalam masa 24 jam kehilangan dua insan yang disayangi..
Bagaimana agaknya jika kita yang berada ditempat si suami?
Ketika saya menulis tentang kisah sedih ini..
Jenazah si isteri baru sahaja dimasukkan ke dalam liang lahad..
Disemadikan ditanah perkuburan jengka 2 pahang..
Syahidnya seorang isteri dan ibu..
Pasangan yang baru di ijabkabul kan pada 2 nov 2018 akhirnya hari ini ditakdirkan berpisah jua..
Si isteri Berpisah menemui sang pencipta..
Tinggal lah si suami keseorangan berada di alam dunia..
Bayi pasangan ini pula setia menunggu dipintu syurga..
Saya anggap seloroh si isteri sebagai wasiat kepada saya dan rakan rakan..
Wasiat yang diamanah oleh si ibu telah saya atur sebaik mungkin bersama sukarelawan ukvj yang ada..
Dari urusan mengambil jenazah arwah,mandi dan kafan serta penghantaran ke tanah perkuburan dijengka..
telah saya tunaikan sebaik yang mungkin..
Untuk urusan mandi dan kafan telah disempurnakan oleh unit bilal jenazah ukvj seperti yang diwasiatkan oleh arwah kepada saya..
Peralatan dan pakaian terakhir untuk arwah digunakan dari infaq orang ramai sebelum ini..
Tiada kos untuk mandi dan kafan kerana niat kami kerana allah taala..
Walau ada waris yang memberi saya tolak berkali kali..
Kekal tetap dengan pendirian menguruskan jenazah arwah adalah satu wasiat kepada kami..
Untuk kos minyak dan tol dari seremban ke klang dari klang ke jengka pahang disumbangkan :-
RM300 DARI RAKAN UNIT TASKFORCE DAN ADIKNYA..
RM50 DARI SEORANG SUKARELAWAN UKVJ YANG JUGA BERASAL DARI PAHANG..
RM150 DARI SEORANG RAKAN BERASAL DARI SEREMBAN YANG JUGA PEMILIK AKAUN FACEBOOK ATAS NAMA TAPAK GAJAH..
JUMLAH YANG DITERIMA UNTUK KOS PENGHANTARAN JENAZAH KE JENGKA BERJUMLAH RM500..
lebih dari mencukupi..
Allah permudahkan segala urusan jenazah ke-116..
Allah permudahkan urusan saya dan semua sukarelawan yang bertungkus lumus bertugas hari ini dari pagi hingga ke malam!
Syukur alhamdulillah!!!!
Amanah yang diberi kepada saya sudah selesai..
Allah uji kerana Allah sayang, ujian untuk orang hebat
Buat si suami..
Saya katakan ujian hebat ini untuk orang yang juga hebat..
Allah uji kerana allah sayangkan si suami..
Nasihat saya..
Dekatkan diri dengan yang maha esa..
Hanya itu sahaja jalan keluar yang untuk mengubat duka yang ada!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan, sejak wabak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, semua rumah ibadah termasuk Masjid untuk umat Islam ditutup untuk melakukan sebarang majlis keagamaan.
Ini adalah bagi mengekang penularan rantaian jaringan koronavirus ini. Situasi ini berlangsung lebih dua bulan lalu hinggalah kehadiran Ramadan.
Ramai yang merindui untuk solat berjemaah di masjid lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramadan mubarak.
Tidak terkecuali juga buat bintang Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, yang telah hampir 10 tahun bergelar sebagai Muslim, meluahkan kerinduannya untuk melaksanakan solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan.
Walau bagaimanapun, momen untuk bersolat Tarawih secara jemaah tahun ini pastinya tidak akan dapat dilaksanakan.
Biarpun menyedari situasi itu, bagi Sonny ia bukanlah penghalang untuk umat Islam terus mendekatkan diri kepada Allah.
“Tidak dapat menunaikan solat di masjid pastinya sangat sukar kepada semua tetapi insya-Allah ia tidak akan menghentikan kami daripada ‘berhubung’ dengan pencipta…”
Malah sepanjang kuarantin ini, dia memanfaatkan masa yang ada untuk mendalami ilmu agama dan menbaca Mengenai Sirah Rasulullah bersama keluarga.
Terhyata Sonny adalah salah seorang ikon yang bukan sahaja dikenali ramai, tetapi juga sangat kisahnya sangat berinspirasi dalam mengamalkan ajaran Islam yang baik dan jadi teladan kepada masayarakat lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mendidik dan membesarkan anak-anak zaman ini sangat mencabar. Teknologi tanpa sempadan sering kali mendedahkan anak-anak kepada dunia luar dan ia boleh jadi buruk dan baik mengikut apa yang mereka sering lihat di internet.
Hari ini dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu menjadi lebih bijak dan 10 langkah ke hadapan dari mereka dan jika bapa ketinggalan, kehidupan anak-anak akan jadi lebih buruk di masa hadapan. Paling menakutkan jika anak-anak terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
Ramai tahu akibat buruk menghisap dadah. Malah pada tahun 2006, Majlis Muzakarah Kebangsaan telah memfatwakan dadah sebagai haram.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain.
Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.
Bahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 219 turut menyatakan adalah haram pengambilan sesuatu makanan atau benda jika ia memudaratkan kepada penggunanya.
Sebagai agama ad-din yang mengseimbangkan urusan duniawi dan ukhraw, Islam turut mengharamkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, dadah serta bangkai. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa makanan berkenaan membawa lebih banyak kemudaratan kepada manusia berbanding manfaat yang sedikit.
Oleh itu, Allah SWT mengharamkan makanan terbabit bagi kebaikan dan kesihatan manusia itu sendiri. Firman Allah SWT: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219).
Ini bukan projek sains anak tapi botol hisap dadah
Satu perkongsian dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor mengenai botol yang digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu, ice atau kaca boleh dijadikan satu ingatan untuk mak ayah agar lebih berwaspada dengan tindak tanduk anak-anak. Ini kerana jika terjumpa di rumah, mak ayah perlu bertindak pantas agar anak yang masih bersekolah boleh dikawal dan dididik agar tidak merosakkan masa depan sendiri.
Berikut adalah perkongsian dari AADK Selangor.
Ibu bapa sekalian, jika terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah ‘Batu’, ‘Syabu’, ‘Ice’, ‘Kaca’. Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan ‘garam’ ‘gula’ atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.
Jangan pulak percaya kalau anak beritahu ni adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol. Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan. Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Ok ni antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2-3 hari. Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau!
Disclaimer: Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?