“Kalau Dah Berjaya Tutup Aurat Sempurna, Jangan Hina Yang Pakai Tudung Maksiat. Tapi Doakan Mereka” – Finaz Yunus

Share

Tidak dinafikan, Personaliti TV Al-Hijrah Finaz Yunus dianggap sebagai seorang yang lantang bersuara.

Dia akan bersuara dalam membangkitkan sesuatu isu yang membawa kebaikan dan menghalang kemungkaran.

Niatnya dan caranya berdakwah di media sosial memang sangat baik dan ternyata Finaz berani menyuarakan sesuatu yang dirasakannya betul.

Baru-baru ini Finaz ada membuat posting mengenai teguran berkaitan tudung maksiat dengan muat naik sekeping gambar. Menurutnya muat naik ini adalah sekadar untuk peringatan dirinya sendiri.

Dan dalam posting lain Finaz menjelaskan berkenaan ‘tudung maksiat’ ini bukan untuk mempersendakan kaumnya sendiri. Ini kerana dia juga sendiri masih bergelut ke arah memperbaiki imej wanita dituntutIslam.

Tambahnya perjalanan dia memperbaiki gaya berpakaian sangat panjang. Menurutnya diawal kerjayanya, dia juga turut menggayakan tudung tercekik dengan menyarung baju pendek atau sekadar membalut aurat.

Bukan itu sahaja, Finaz juga turut mencukur kening dan mengenakan bulu mata palsu. Namun segalanya berubah apabila dia berhijrah kerjaya di TV Al-Hijrah.

Menurutnya bekas CEO di situ, Allahyarham Dt Bukhari dan isterinya sering menegur gayanya berpakaian.

Dan daripada situ dia perlahan-lahan mengubah gayanya bertudung. Biarpun tidak labuh tetapi tetap menutup aurat.

Finaz juga memberitahu dia juga turut tidak lagi mencukur kening, memakai bulu mata palsu dan juga memakai stoking. Hingga ke saat ini, Finaz berkata dia masih lagi struggling ke arah lebih baik dalam berpakaian.

Diakhir bicaranya Finaz mengingatkan bagi mereka yang sudah sempurna menutup aurat agar tidak menghina atau memandang rendah mereka yang masih menggayakan tudung tercekik, baju ketat, pendek ataupun seluar ketat.

Malah dia meminta mendoakan mereka kerana itu adalah yang lebih baik.

Sahabat,
Posting saya sebelum ini berkenaan ‘tudung maksiat’ bukan untuk mempersendakan kaum saya sendiri.

Ini kerana saya sendiri masih bergelut ke arah memperbaiki imej wanita yang dituntut Islam.

Sejujurnya, perjalanan saya memperbaiki gaya berpakaian sangat panjang.

Di awal kerjaya saya, saya turut menggayakan tudung ‘tercekik’. Baju pendek.

Senang cerita, hanya membalut aurat.

Belum lagi mencukur kening.

Mengenakan fake eyelash.
Namun, sebaik berhijrah ke TV AlHijrah, CEO ketika itu Allahyarham Dt Bukhari & isteri sering menegur gaya pakaian saya.

Maka dengan perlahan-lahan, saya mula memperbaiki gaya tudung saya.

Walaupun tidak labuh namun InshaAllah menutup dada.

Tidak lagi mencukur kening.
Tidak lagi mengenakan bulu mata palsu.
Dan secara perlahan-lahan mula memakai stokin.

Masih saya ingat di awal waktu saya memakai stokin, ada hamba Allah di pejabat bertanyakan kepada saya, ‘mengapa pakai stokin, sejuk ke?’ Saya jawab, Ya 

Dan hingga saat saya menulis caption ini, saya masih ‘struggling’ ke arah lebih baik dalam berpakaian.
Namun Sahabat,

Jika anda SUDAH BERJAYA MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA,

Jangan sesekali pandang rendah, menghina mereka yang masih menggayakan tudung tercekik, baju ketat, pendek, seluar ketat & sebagainya.

DOAKAN MEREKA, bukankah lebih baik.

Jika mahu menegur,
Jangan disindir.

Tidak semua KUAT IMAN macam kalian yang sudah sempurna menjaga aurat.

Dan buat sahabat yang mempunyai puluhan, ratus ribu malah jutaaan pengikut media sosial,

TANGGUNGJAWAB kalian lebih besar.

Anda dipuja.
Apa yang anda pakai,
akan menjadi inspirasi pengikut.

Jika baik, baiklah.
Jika tidak, semoga Allah ampunkan kita.

Artikel Berkaitan: Niat Peluk Islam Sejak 7 Tahun Lalu, Kini Sudah Mualaf

IKLAN