Berita

Kapsyen “Qanaah itu lebih baik, karena kita di dunia ini cuma sementara” Seolah Petanda Bani Seventeen Akan Pergi Selamanya

Share

Mungkin ini satu ujian besar buat vokalis kumpulan Seventeen, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah. Ifan telah kehilangan ‘orang kuatnya’ yang menjadi tulang belakang band mereka, Seventeen secara serentak iaitu Bani, Herman, Ujang dan pengurus mereka Oki Wijaya dalam tragedi ombak Tsunami yang telah melanda Pantai Barat Wilayah Banten Indonesia Sabtu lalu.

Video ketika ombak Tsunami ‘menyapu’ kumpulan itu ketika mengadakan persembahan dalam sebuah majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort, di Pandeglang, Banten telah tular di laman sosial.

Namun apa yang menarik perhatian ialah tentang kapsyen terakhir pemain bass kumpulan itu iaitu Bani atau nama sebenarnya Muhammad Awal Purbani. Kapsyen tersebut, “Qanaah (rasa cukup) itu lebih baik, karena kita di dunia ini cuma sementara” seolah menggambarkan yang dia akan pergi buat selama-lamanya.

Selain itu posting terakhir Bani menitipkan kata-kata, “Hore bapakku pulang’ bersama foto dia sedang menaiki motosikal bersama anak sulungnya Inara mengundang sedih di kalangan peminatnya. Isteri Bani juga dikhabarkan sedang hamil anak kedua.

Melalui posting Ifan di laman Instagramnya, Bani telah selamat disemadikan di Gamping, Herman di Tidore, Ujang di Ciledug dan pengurus mereka, Oki Wijaya di Krapyak.

Seventeen ditubuhkan pada 1999 dan dianggotai Bani, Ifan, Andi, Herman dan Uje. Mereka telah melahirkan empat buah album setakat ini. Di Malaysia, mereka pernah popular dengan lagu hit berjudul Selalu Mengalah. Setakat ini isteri kepada vokalis kumpulan ini iaitu Dylan Sahara dan juga seorang lagi ahli kumpulan itu Andi masih belum ditemui.

Angka korban dijangka terus meningkat.Jumlah korban nyawa sehingga kini meningkat 229 orang. selain mangsa korban, 408 orang yang lain dilaporkan masih hilang, 720 orang cedera dan lebih 4,000 mangsa dipindahkan.

Selain itu, jumlah kemusnahan sehingga malam tadi melibatkan 528 unit rumah rosak teruk, 1 unit rumah musnah dihanyut ombak, 82 unit rumah rosak dipetik dari Detik.com.

Sumber kredit: Astro Wani, Detik.com, Instagram Ifan Seventeen dan Bani Seventeen

IKLAN