Bermula hari ini hingga lusa nanti kita sangat digalakkan untuk melakukan korban.

Namun ibadah korban kali ini cukup berbeza kerana dilakukan penuh SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Memang seronok untuk kita sama-sama menyertai dan lihat cara melakukan ibadah korban ini, tetapi tahun ini amalan ini tidak dibenarkan disebabkan masalah COVID-19.

Artikel Berkaitan: Ibadah Korban Atau Aqiqah, Mana Patut Didahulukan? Ini Penjelasannya Elak Keliru!

Kredit Foto: Polkadot Empire

Sebelum ini ada yang berkata jika rasa kasihan melihat haiwan dikorbankan, maka kita tidak dibolehkan untuk memakan daging berkenaan.

Adakah benar kenyataan ini dan bagaimana hukum jika memakannya.

IKLAN

Semuanya dijelaskan oleh PU Azman dalam laman Instagramnya. Menurut Pu Azman, kenyataan ini adalah karut dan khurafat.

Kredit Foto: Polkadot Empire

Malah tiada dalil dalam al-Quran dan As Sunnah tidak bleh makan atau haram makan daging korban berkenaan.

Tambah PU Azman lagi jaka cukup syarat sembelihan pada orang dan hawan, maka halal untuk dimakan.

Cukup syarat sembelihan pada orang dan haiwan, maka halal makan.

Apa yang Allah dan halalkan dengan dalil yang sohih dan jelas, jangan haramkan dengan sentimen dan emosi buatan manusia.

Kecuali kalau yang kena sembelih tu Rimau.

Burung apa tu man?

Artikel Berkaitan: “Tak Salah Buat Korban Daging Lembu Wagyu, Tapi Lembu Biasa Lebih Diutamakan Kerana Manfaat Lebih Besar” – Menteri Agama

Kredit Foto: Instagram PU Azman