Selepas selesai majlis akad nikah dilakukan, pengantin lelaki selalunya akan meneruskan dengan solat sunat dua rakaat. Selepas itu ada sesi bergambar bagi acara membatalkan air sembahyang. Selalunya acara ini disertai dengan menyarung cincin, bersalaman dan pengantin lelaki mengucup dahi isterinya.
Acara membatalkan air sembahyang sebenarnya tidak termasuk dalam hukum agama Islam. Rasulullah tidak pernah mengamalkan acara ini pun kerana acara ini bukan syarat sah nikah.
Ianya hanyalah adat Melayu yang dilakukan secara meluas sehinggakan kalau tak dibuat akan mula terasa janggal.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Masyarakat Melayu mengadakan majlis membatalkan air sembahyang dengan alasan tersendiri.
Seperti kiasan bahawa suami isteri sudah boleh dan halal bersentuhan. Sentuhan itu dilambangkan dengan bersalaman.
Ads
Pun begitu, usahlah melampaui batas sehingga berkucupan di hadapan jurunikah, wali dan juga ahli keluarga kita.
Ads
Kredit Foto: Amir Naufal Photography
Apatah lagi di dalam masjid. Bersalaman dan isteri mencium tangan suami sudah memadai bagi memberi perlambangan sudah halal bersentuhan.
Adab Bernikah Di Dalam Masjid:
1) Pengantin memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.
2) Kurangkan bergelak ketawa sebagai menghormati rumah ALLAH.
3) Tidak melakukan tindakan melampaui batas misalnya berkucupan antara suami isteri dalam acara membatalkan air sembahyang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap hari buka laman sosial, ternampak gambar kawan yang kahwin cuma beberapa bulan sebelum kita, tapi dah menimang anak kedua. “Tak apalah, rezeki masing-masing, jangan fikir sangat,”pesan pada diri sendiri.
Anda pun memulakan hari seperti biasa. Solat, masak, mandi, siap ke pejabat, dan hari itu berlalu seperti biasa. Sampai waktu petang, mula berkemas nak pulang ke rumah. Penat, tak sabar rasanya nak rehatkan badan.
Selesai masak, mandi, dan makan sambil berborak dengan suami, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari kawan baik yang baru beberapa bulan melangsungkan majlis. Suaranya gembira. “I’m pregnant!” teriaknya. Ucapan tahniah disampaikan, kemudian bersoraklah anda dengan si rakan bagaikan kanak-kanak riang.
10 minit berborak di telefon. Di akhir perbualan, anda pastinya berjanji dengan dia untuk berjumpa dan meraikan berita gembira ini. Mestilah, kan best friend?
Tapi sejurus lepas tamat perbualan telefon, anda terus melulu mencari si suami. Bukan tak gembira untuk kawan baik tadi, tapi sedih terkenangkan diri yang dah berkahwin tiga tahun, tapi hajat untuk menimang cahaya mata belum tercapai lagi.
Pernah hadapi situasi ini?
Bukan Anda Seorang
Bila dah kahwin bertahun-tahun tapi belum ada anak, memang ramai orang sekeliling yang akan mengata. Tak cukup nak ubati sedih di hati sendiri, ditambah pula dengan tuduhan tak subur, mandul, atau nak jaga badan. Sedangkan hati sendiri pilu bila zuriat yang dinanti sekian lama masih tak nampak tandanya.
Walaupun situasinya sukar, tapi sebenarnya anda tak keseorangan. Ramai lagi pasangan yang senasib dengan anda malah ada yang lebih lama berkahwin, tapi masih belum dikurniakan zuriat. Untuk kurangkan gusar di hati, apa kata anda cuba jalinkan persahabatan dengan orang-orang yang senasib dengan anda. Sekurang-kurangnya ada orang yang memahami perasaan anda dan boleh saling menasihati bila perasaan sedih melanda.
Jangan Ambil Mudah
Paling penting, perlu saling mengokong antara suami isteri. Anda kan pasangan sehidup semati? Bak kata orang, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa. Tak ada siapa yang lebih memahami perasaan anda lebih dari pasangan anda jadi carilah dia di saat anda merasa emosi. Biar dia pun faham isi hati anda dan boleh menenangkan perasaan anda.
Apabila anda mula menyalahkan pasangan sendiri di situlah akan bermula episod malang dalam rumah tangga anda. Ada juga pasangan suami isteri yang sihat walafiat tetapi masih tidak mempunyai anak. Dalam keadaan ini adakah anda akan menyalahkan takdir Allah? Duduk bertafakur dan fikirlah perkara yang positif di atas musibah yang menimpa. Hidup anda masih belum berakhir jika tidak memiliki zuriat.
Usaha, doa dan tawakal adalah tunjang utama keimanan hamba Allah. Jadikan ujian ini sebagai muhasabah diri ke arah kebaikan bukannya menyalahkan takdir dan pasangan anda. Ada kes di mana seorang suami sanggup menceraikan isterinya kerana tidak mampu memberikannya zuriat sedangkan masalah utama bukannya berpunca daripada isterinya tetapi dirinya sendiri.
Ingatlah, segala ujian yang menimpa hanyalah untuk menguji tahap keimanan hamba-Nya.
Syukur dan Reda
Perkara paling rumit untuk dilakukan ialah menerima ujian Allah dengan hati yang reda. Adakalanya anda bersikap positif untuk seketika tetapi selang beberapa hari perasaan negatif mula menghantui kembali diri anda. Bukan mudah untuk menerima hakikat perkahwinan yang dibina bertahun-tahun tidak dikurniakan zuriat. Allah menurunkan ujian besar begini kepada anda kerana Dia tahu anda mampu menghadapinya.
Rezeki Allah itu luas bukan hanya pada kehadiran zuriat sahaja. Allah memberikan anda ujian ini bagi memberi peluang anda dan suami untuk lebih meluangkan masa bersama kerana suami sentiasa kerja jauh atau pun menguji sejauh mana keikhlasan suami terhadap anda. Suami yang jujur, ikhlas mencintai dan menerima anda seadanya akan menerima segala kekurangan dalam rumah tangga. Anda boleh lihat di luar sana ramai pasangan yang hidup bahagia tanpa anak walaupun sudah bertahun-tahun hidup berdua.
Jadikan segala ajaran Rasullullah SAW sebagai pegangan dan pengajaran kisah dari nabi-nabi terdahulu sebagai sumber terbaik kehidupan anda. Percaya pada qada’ dan qadar Allah Insyallah segala yang susah akan menjadi senang untuk diharungi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan Ramadan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
BAGI MASA PADA ISTERI DEKATKAN DIRI PADA ALLAH
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
JANGAN BIAR ISTERI TERTEKAN
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Jika sebelum ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pasangan pengantin yang mahu berkahwin dibenarkan untuk bernikah secara online di rumah masing-masing.
Dan semalam menjadi berita gembira buat bakal pengantin apabila mereka diberi kelonggaran untuk mengadakan majlis akad nikah di masjid.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media semalam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
Walau bagaimanapun, pihak JAWI akan mengeluarkan semula dengan mematuhi beberapa syarat yang bakal ditetapkan nanti.
Jadi kepada pasangan yang berhajat untuk berkahwin, bokeh teruskan niat denna mengambil keberkatan mengadakan akad nikah di masjid berhampiran.
Kashoorga: Kegembiraan jadi lebih berganda, apabila dapat menyediakan segala barangan perkahwinan di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?