Lepas Jual Kek, Mila Jirin Tak Duduk Diam. Cari Rezeki Halal Jual Durian Tampung Bisnes Syarikat!

Share

Jika dilihat orangnya hanya kecil molek tetapi semangatnya sangat tinggi. Sebelum ini dia yang juga seorang usahawan tidak duduk diam menjana pendapatan untuk syarikatnya.

Ini kerana perniagaan yang diusahakan iaitu penguruskan syarikat berasaskan perkahwinan milknya Bizmilla terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sebelum ini dia mengambil kesempatan menjual kek dan terbaru Mila dikatakan menjual durian pula.

Menurut bekas juara Akademi Fantasia musim 5 ini dia tidak malu dengan apa dilakukan kerana memang betul dirinya menjual durian.

Menurut Mila yang muat naik video memberitahu secara ringkas mengenai pernigaan baru syarikatnya itu demi kelangsungan syarikat.

Menjadikan lokasi sekitar Taman Putra Perdana, Puchong, Mila mengambil inisiatif bersama pasukannya untuk meneroka bisnes baru sebagai penjual durian.

Ternyata perkongsian Mila ini mendapat pujian warganet. Tidak malu bergelar peniaga walaupun dirinya adalah selebriti demi untuk mencari rezeki yang halal.

Masing-masing mendoakan dirinya akan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.

iammoklorenzo semoga dimurahkan rezeki
airaamira7semoga dpermudahkan sgla urusan n dmurahkan rezeki
didydoly94 Sronok nya klu dpt boss mcm ni.. alhamdulillah semoge dimurahkn rezeki Mila sekeluarga. mohamadnazriomar Alhamdulilah..
Tahniah kak @mila_jirin moga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Moga thun depan kta ke umrah berama2 dgn @bizmillatravel

Kredit Foto: Instagram Mila Jirin

Kashoorga: Tidak mudah mencari keperluan untuk membelah durian, boleh layari sini

untuk lebih info
IKLAN