Luangkan Masa 60 Minit Antara Maghrib & Isyak, Waktu Keemasan Lakukan Amal Soleh

Share

Luangkan masa 60 minit antara maghrib dan isyak, waktu keemasan lakukan amal soleh.

Tidak dinafikan, antara waktu Maghrib dan Isyak adalah waktu yang sangat suntuk, tetapi jika diisi dengan aktiviti mengejar pahala besar ganjarannya.

Ikuti perkongsian Ustaz Hanafi tentang kelebihan melakukan ibadah mudah pada waktu ini:

Luangkan Masa 60 Minit

Cuba imbas kembali, apa yang kita lakukan semalam antara waktu Maghrib dan Isyak.

60 minit lebih kurang masa yang sangat bermakna Allah kurniakan kepada kita untuk lakukan ibadah-ibadah mudah.

Ada kelebihan beramal antara waktu Maghrib & Isyak. Malah, telah banyak hadis dan ucapan sahabat tentang keutamaan menghidupkan waktu ini.

Antara Maghrib & Isyak

Dalam hal ini cukuplah cerita tentang Ahmad bin Abi Al-Hawariy yang bertanya pada gurunya, Syaikh Abu Sulaiman rahimahullah,

“Wahai guru, mana yang lebih utama, puasa di siang hari atau menghidupkan waktu antara Maghrib dan Isyak dengan amal soleh?”

“Kerjakan kedua-duanya,” jawab gurunya.

“Tetapi saya tidak mampu mengerjakan keduanya. Kerana, jika saya berpuasa, waktu antara Maghrib dan Isya’ adalah saat sibuk untuk berbuka.”

“Kalau demikian tinggalkan puasa dan isilah waktu antara Maghrib dan Isyak dengan amal soleh.”

Waktu Keemasan

Cerita antara guru dan murid di atas cukup memberikan gambaran tentang anjuran jangan sampai terlepas waktu keemasan ini dengan melakukan amal soleh.

1. Solat Sunat Awwabin
Tentang keutamaan solat ini, banyak hadis yang menjelaskannya.
Rasulullah s.a.w bersabda,

‘Barangsiapa solat (sunat) enam rakaat setelah solat Maghrib tanpa diselangi dengan perbicaraan kotor, maka solat tersebut mampu mengimbangi ibadah selama 12 belas tahun.’- Hadis Riwayat Tirmidzi.

Lakukan Amal Soleh

2. Berzikir.
3. Membaca Al Quran contohnya surah-surah amalan seperti Al Mulk, Al Waqiah, As-Sajadah dan lain-lain.
4. Iktikaf sebaiknya.

Jom pujuk hati isi masa ini dengan amalan terbaik sepanjang baki kehidupan kita.

Sumber: Ustaz Hanafi

Baca Lagi: Rasulullah Larang Perbuatan Lepak & Sembang Kosong Selepas Isyak

 

Related Post
Published by
Team Kashoorga