Mabuk cinta atau dalam bahasa Arabnya al ‘isyq digambarkan sebagai suatu jalan yang berbahaya, licin, tidak akan ada yang boleh menyelamatkan diri dari bahayanya kecuali Allah Ta’ala.

Sudah banyak kisah orang mabuk cinta ini terlibat dengan kesan negetif termasuk berzina, melahirkan anak luar nikah, dosa bertemu dan banyak lagi. Sampaikan mereka yang sedang mabuk cinta ini digambarkan sebagai orang yang paling celaka, paling hina, paling sibuk dan paling jauh dari Rabb mereka di antara seluruh manusia.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata,

“Orang-orang yang sedang mabuk cinta termasuk orang yang paling keras azabnya dan paling sedikit pahalanya. Apabila orang yang mabuk asmara itu masih tertambat hatinya pada orang yang dicintai, masih tunduk kepadanya, maka akan terkumpul pada dirinya berbagai kerosakan yang tidak boleh terhitung jumlahnya oleh siapapun kecuali oleh Allah Ta’ala, Walaupun ia selamat dari perangkap dosa besar. Jika terus menerus keadaan hatinya begini, perbuatan ini jauh lebih berbahaya daripada seseorang yang melakukan dosa kemudian bertaubat, maka dos aitu akan hilang dalam dirinya”.

Orang mabuk bercinta ini, diibaratkan sebagai orang yang hilang akalnya seperti ditulis oleh beberapa penyair.

Dalam sya’irnya, Abu Husnainah menjelaskan bahaya mabuk cinta dan berita gembira buat mereka yang tidak terperangkap dengannya.

Mabuk cinta dapat menyeret diri ke lembah kehinaan,
tentu aku iri dengan mereka yang tidak diuji mabuk cinta”.

Abdul Muhsin ash-Shuri berkata:

Cinta hanyalah jalan berbahaya
jauh dari keselamatan dan tempat yang licin

Mereka juga mengatakan, “Kerana perasaan cinta, seorang raja boleh menjadi menjadi hamba sahaya, seorang sultan boleh menjadi budak”,

Kemudian penyair, Al Kharaiti berkata, “Abu Ja’far Al Abdi pernah membacakan (beberapa bait syair) padaku:

Seandainya Allah menyelamatkanku dari rasa cinta,
Niscaya aku tidak akan kembali kepadanya,
Dan aku tidak akan abaikan kata-kata yang menguris hatiku,
Siapakah lagi yang akan menyelamatkanku dari rasa cinta setelah aku terkena jerat-jeratnya…”

Ketika menjelaskan bahaya akibat mabuk cinta, Ibnul Qayyim rahimahullah berkata ;” Mencintai idola-idola yang diharamkan dan merindukannya merupakan salah satu penyebab kesyirikan.

Ads

Setiap kali seorang hamba lebih dekat kepada kesyirikan dan jauh dari keikhlasan, maka setiap kali itu juga kegilaannya terhadap idola-idola itu bertambah. Demikian juga sebaliknya, setiap kali ia memperbanyak keikhlasan dan memperkuat ketauhidan, maka dia akan semakin jauh dengan kegilaan terhadap orang yang diidolakan.

Bahaya mabuk cinta begitu besar, begitu pula dengan dosa yang melakukannya. Mereka yang telah terjerumus ke dalam perangkap maksiat ini, baik pelakunya, orang yang dicintai, mahupun orang yang membantu, wajib hukumnya untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dinukil dari kitab “At-Taubah Wadziifatul ‘Umur” yang ditulis Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd menjelaskan,

“Apabila pelaku kemaksiatan ini ingin bertaubat, ia dapat melakukannya dengan cara meninggalkan perbuatan itu, berkeinginan kuat dan berusaha keras untuk menjalaninya, serta hendaklah ia tidak menceritakan masalahnya kepada orang yang dicintainya.

Janganlah ia masih mengingati, menyanjung, menemui, ataupun membantunya. Ia harus memutuskan setiap perkara yang dapat mengingatkan kepada kekasihnya. Hendaklah ia melakukan perkara-perkara yang sabar terhadap cubaan yang dialaminya, terutama pada awal-awal bertaubat.

Apabila orang yang dijadikan sebagai kekasihnya itu sama membantu atau menjadi penyebab terjadinya kemaksiatan tersebut, hendaklah ia bertaubat kepada Allah. Bila ia seorang wanita, harus bertaubat kepada Allah dari perbuatan merayu dan berhias untuk yang dicintainya, bertaubat dari bercinta dengannya, bertaubat untuk bertemu dengannya atau berbicara bersamanya serta bertaubat untuk tidak mengirim surat kepadanya.

Sedang bagi orang-orang yang membantu terjalinnya hubungan cinta itu, hendaklah mereka pun bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan meninggalkan apa yang pernah dilakukan. Hendaklah setiap diri menyedari bahawa apa yang dilakukannya itu termasuk dalam kategori tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan. Kerana dengan melakukan itu, bererti ia telah menyemarakkan api kerinduan dan menghidupkan baranya.

Dengan perbuatan tersebut, ia lebih banyak merosak daripada memperbaiki. Apa yang dilakukannya merupakan dosa dan perbuatan tidak terpuji, tidak termasuk perbuatan baik dan bukan pula perbuatan yang di dalamnya ada dua kemudharatan seperti kerosakan pada hati dan hancurnya agama.
Adakah kerosakan yang lebih besar daripadanya? Dijelaskan Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, kerosakan paling berbahaya akibat melakukan kemaksiatan itu adalah kesengsaraan jiwa atau kematian, kesan melakukan sesuatu yang haram. Kalau dapat menahan diri bermaksud ia sukses dan selamat di dunia dan akhirat.

Mabuk Cinta! Perbuatan Paling Pedih Azabnya & Paling Sikit Pahalanya. Ini Cara Ubati Mereka Dipanah Asmara
Solat antara “ubat” paling mujarab bagi perlakuan ini

Ubat Mabuk Cinta

Ads

Sekali pun masalah mabuk asmara ini merupakan masalah pelik dan sukar untuk lepaskan dirinya tapi tiada yang mustahil. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata : “Ubat hanya akan menyembuhkan bagi siapa yanh mahu menerimanya. Adapun orang yang menolaknya, maka ubat tersebut tidak akan bermanfaat baginya.”

Apa yang penting, kena kuatkan hati kerana kalau hati kuat perlakuan maksiat ini dapat dijauhi. Caranya ialah dengan :-

1. Berdoa

Berdoalah dalam keadaan merendahkan hati kita dan bersungguh-sungguh dengan perbuatan tersebut. Bahkan ia mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan memohon keampunan dariny. Orang yang ingin bertaubat adalah golongan yang sedang diuji dan Allah akan mengabulkan doa mereka.

2. Menundukkan pandangan

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata : “Orang yang secara tidak sengaja memandang sesuatu yang ia anggap baik, kemudian merasakan kenikmatan memandangnya, pada hal perbuatan itu haram, maka wajib baginya untuk memalingkan pandangan. Ketika ia mengulangi pandangannya atau terus memandangnya, maka ia telah terjatuh pada perbuatan tercela, baik menurut agama mhaupun akal.

Jika ditanyakan oleh seseorang : “Apabila perasaan cinta muncul pada pandangan pertama, lalu mengapa orang yang memandang harus dicela?”

Ads

Jawabannya adalah : ” Apabila tatapan itu hanya sekilas, nescaya tidak akan menumbuhkan rasa cinta. Pandangan yang dapat menumbuhkan perasaan cinta adalah pandangan yang terus-menerus terhadap objek yang dipandang, dengan ukuran yang sekiranya dapat menumbuhkan perasaan itu. Perbuatan ini dilarang. Seandainya perasaan cinta timbul kerana pandangan pertama yang hanya sekilas tersebut, maka tidak akan mudah untuk dapat mengatasinya.”

Orang tersebut bertanya lagi : “Apakah ubat mabuk asmara apabila perasaan muncul pada pandangan pertama?”

Jawabannya adalah : “Ubatnya adalah memalingkan pandangan mata dari objek yang dipandang. Satu pandangan mata sama seperti biji-bijian yang ditebarkan di atas tanah; apabila biji-bijian itu tidak disirami dan diperhatikan, maka ia tidak akan tumbuh. Namun, apabila disirami, niscaya ia akan tumbuh segar. Demikian juga dengan tatapan mata.”

Beliau juga berkata : “Apabila seseorang terbiasa mengulangi tatapan mata, maka tatapan kedualah yang harus dikhuatirkankan dan harus dijaga. Oleh kerana itu, janganlah meremehkannya kerana boleh jadi pandangan itu meninggalkan rasa cinta yang menyakitkan.”

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata : “Maka dari itu, hendaklah orang yang berakal tidak menceburkan diri ke dalam mabuk asmara supaya ia tidak terjerumus kepada semua kerosakan ini atau sebahagiannya.

Barang siapa melakukannya bererti ia sengaja menjerumuskan dirinya yang telah tertipu oleh jiwanya. Apabila jiwa hancur, maka dialah yang menghancurkannya. Seandainya kalau bukan kerana terlalu sering memandang wajah kekasihnya dan kerana keinginannya yang kuat untuk selalu dapat menghubunginya, nescaya perasaan cinta itu tidak akan pernah tumbuh dalam hatinya.”

3. Merenung diri dan selalu mengingati Allah
4. Menjauhkan dari orang yang dicintai
5. Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat
6. Menikah
7. Sering mengunjungi orang sakit
8. Mengikuti majlis zikir
9. Berusaha keras untuk melawan hawa nafsu
10. Jangan pernah meninggalkan solat

Hendaklah orang yang mabuk asmara sentiasa solat, kusyuk serta menyempurnakan rukun-rukunnya baik secara zahir mahu pun batin.

Allah Ta’ala berfirman :-

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Ankabut : 45)

Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “Sesungguhnya dalam solat itu terdapat mencegah perkara dibenci iaitu keburukan dan kemungkaran. Selain itu di dalamnya juga terdapat kenikmatan yang paling lazat iaitu berzikir kepada Allah Ta’ala”. Sumber : Kalam Sindownews

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI