Hutang tapi tak dibayar, perkara ini memang biasa didengar. Ada yang punya duit tapi sengaja tidak membayarnya walau rayu berkali-kali oleh yang memberi hutang.
Ada yang putus kawan dan mengelak dari berjumpa malah lari kerana perkara ini. Masalah hutang sangatlah dipandang berat dalam Islam hingga walaupun si penghutang sudah meninggal dunia, waris digesa menunaikan hutang si mati.
Ini kerana dibimbangi akan menyebabkan perhitungan amalan seseorang tidak akan selesai selagi hutangnya tidak diselesaikan hinggakan rohnya tergantung.
Apakah yang dimaksudkan dengan roh tergantung disebabkan hutang ini? Perkara ini dihuraikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut ditunaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)
Makna roh tergantung
Apakah yang dimaksudkan dengan roh tergantung? Menurut al-Imam al-Suyuti, ruh yang tergantung ini adalah roh yang terkurung sehingga urusan hutangnya diselesaikan.
Manakala al-Imam al-Iraqi pula berpandangan, ruh yang tergantung ini adalah:
أمرها موقوف، لا حكم لها بنجاة، ولا هلاك؛ حتى ينظر هل يقضى ما عليها من الدين
“Urusan (kehakiman terhadap) ruh tersebut ditangguhkan, tidak ditentukan samada berjaya melepasi seksaan atau binasa kehidupan sesudah matinya melainkan setelah diperhatikan urusan hutangnya.
Menurut al-Imam al-Syaukani pula, hadis ini adalah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kita dan para waris agar menyelesaikan segera urusan hutang si mati.
Dalam dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa sekalipun seseorang itu mendapat kedudukan syahid, semua dosanya boleh diampunkan melainkan bab hutang.
Sabda Rasulullah:
يغفر الله للشهيد كل ذنب إلا الدين
“Allah berupaya mengampunkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh seorang yang mendapat mati syahid melainkan hutang.” (Sahih Muslim)
Malah Rasulullah mengajar kita agar sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita dalam perkara hutang. Maka amalkanlah doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ini:
Seekor ular memasuki gudang tempat kerja seorang tukang kayu di malam hari. Kebiasaan si tukang kayu adalah membiarkan sebahagian peralatan kerjanya berselerakan dan tidak merapikannya.
Ketika seekor ular itu masuk ke gudang si tukang kayu, secara kebetulan ia merayap di atas gergaji. Tajamnya gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya, ular itu pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.
Serangan yang bertubi-tubi menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya, marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.
Ular pun lalu membelit kuat gergaji itu, belitan yang menyebabkan tubuhnya terluka parah akhirnya membuatkan si ular itu mati binasa. Di pagi hari si tukang kayu menemukan bangkai ular tersebut di sebelah gergaji kesayangannya.
Sahabat…
Kadangkala di saat marah, kita ingin melukai orang lain tetapi setelah semua berlalu, kita baru menyadari bahawa yang terluka sebenarnya adalah diri kita sendiri.
Banyak perkataan yang terucap dan tindakan yang dilakukan saat amarah menguasai, sebanyak itu pula kita melukai diri kita sendiri.
Ketahuilah dendam benci, curiga, fikiran negatif dan apapun itu sebenarnya bagaikan ular yang membelit gergaji. Telah ribuan kali muncul dalam fikiran kita yang menusuk dan membakar hati kita sendiri.
Latihlah setiap saat untuk mengampuni, memaafkan dengan tulus, mampu dengan cepat melepaskan dan membuang sampah pengotor hati dan fikiran kita sendiri.
Sumber: Ustaz Dato’Dr.Mohd Izhar Ariff
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Solat Tahajud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur. Solat ini lebih afdal dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Banyak kelebihan melakukakn solat tahajud. Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkongsi tentang keajaiban solat Tahajud yang mampu mendekatkan diri kita kepada pencipta.
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:03 ketika status ini ditulis – waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan Solat tahajud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur – tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat Tahajud bermula selepas Isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis:
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya: Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
AMBIL PELUANG
JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah SWT berbanding yang banyak tetapi terputus.
Solat Tahajud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
KASHOORGA:
Tip memudahkan bangun solat malam:
*Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajud. *Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. *Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. *Membaca ayat-ayat al-Quran.
Apabila kereta kita dihalang tentunya ia akan menaikkan kemarahan apatahlagi ada perkara penting yang perlu diuruskan. Sepatutnya sebelum ‘double park,’ tinggalkan nombor telefon untuk mudah dihubungi atau setidak-tidaknya turunkan brek tangan agar kereta mudah untuk ditolak jika kereta yang dihalang hendak keluar dari parkir.
Tindakan Doktor Aniah ini harus dipuji. Ini kerana walaupun keretanya dihalang keluar namun dia masih bersikap tenang dan rasional. Insiden berlaku di sebuah Hospital di Melaka.
When you double park, the normal routine is to leave your phone number or release the handbrake. Yesterday, when I reached my car, I was double-parked, with no telephone number left, handbrake not released and to make it more challenging, the person didn’t turn up to remove his car after 5 announcements in 30 minutes. I was rushing to fetch Lillie from school. While trying to stay patient and calm, I decided to take a Grab car and fetch Lillie first. Before I left, I thought I better let this person know the effect of his action on other people’s life.
Hence, I wrote the short note
(Sir/Madam, if you are blocking a car, please leave your phone number. I had to take a cab to fetch my daughter from school after waiting for 30 minutes. I hope you won’t repeat the same mistake again).
Then I left… and when I went back to the hospital (with Lillie… took another Grab car), my car still blocked! Then I decided to leave the car at the hospital and took a taxi from the hospital. He charged me RM20 for such a short distance. I told him my situation and he got angry, he suggested me to wait for the owner to come back, or take a picture of the car and make it viral or… break the windshield!!! ? I told him it’s okay, I just want to go home after such a long day and just accept that it’s fated. I also told him it must have been your prayers to get ‘rezeki’ and all this happened… for me, there must be a learning from this incident.
So this morning, my colleague (may Allah bless her for helping me) fetched me and we went to work together. I quickly went to my car, and I found the note (swipe left). The note said that he was deeply sorry, he was rushing to the labour room that he completely forgot about his car… and that he won’t repeat the same mistake again.
I won’t say this is right but I believe he didn’t mean to be so ignorant. When I read the note, I felt relieved that I didn’t follow my emotions and anger and did something I’ll regret later. I also cannot imagine if he had walked to his car being happy with the newborn only to find a broken windshield. I can’t control the situation but I can control my thoughts and actions!
Apabila kita double park kereta orang lain, sepatutnya kita harus meninggalkan nombor telefon. Namun ketika Doktor Aniah ingin mengambil anaknya di sekolah, keretanya telah dihalan oleh sebuah kereta. Tanpa sebarang nota, bagaimana beliau dapat menghubungi si pemilik kereta.
Paling mencabar ialah apabila selepas lima kali pengumuman selama 30 minit pun si pemilik kenderaan gagal muncul. Ini memaksa Doktor Aniah menggunakan khidmat Grab Car untuk menjemput anaknya Lillie di sekolah. Kesabaran yang ada dalam Doktor Aniah sangat dikagumi.
Sebelum meninggalkan kenderaannya, Doktor Aniah telah meninggalkan sekeping nota.
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon jika menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih. Dari Dr Aniah.
Malangnya selepas kembali semula ke keretanya selepas menjemput anak di sekolah, keretanya masih dihalang untuk keluar. Doktor Aniah mengambil keputusan untuk meninggalkan sahaja keretanya di hospital. Sekali lagi Doktor Aniah menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Doktor Aniah dikenakan tambang sebanyak RM20.00 walaupun dekat.
Pemandu Grab mencadangkan agar Doktor Aniah menunggu sehingga pemilik kereta itu muncul atau mengambil gambar kereta untuk diviralkan. Malah pemandu Grab juga ada menyuruh Doktor Aniah memecahkan sahaja cermin kereta tersebut.
Doktor Aniah hanya memberitahu bahawa dia ingin pulang ke rumah selepas satu hari keluar bekerja, Malah katanya lagi setiap yang berlaku adalah bersebab. Mungkin juga apa yang berlaku itu adalah rezeki untuk si pemandu Grab. Bagi beliau, semua yang berlaku ada hikmahnya.
Kereta ditinggalkan semalaman. Namun apa yang terjadi meninggalkan kesan besar dalam kepada dirinya.
Pagi esoknya, Doktor Aniah menumpang kereta rakan sekerjanya untuk ke hospital. Selepas Doktor Aniah menuju ke keretanya, dia menemui sekeping nota yang bertulis:
As’salam
Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa-gesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Sampai terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan kemaafan atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.
Selepas membaca nota tersebut, Doktor Aniah berasa lega kerana tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia menyesal dengan tindakannya itu. Doktor Aniah menambah lagi bahawa dia tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan jika dia sedang mengendong bayi yang baru dilahirkan menuju ke kereta dan melihat cermin kereta yang dipecahkan.
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan perlakuan saya.”
Kisah ini membuka mata masyarakat agar lebih bertindak rasional dalam menghadapi situasi seperti ini. Jangan terlalu mengikut kata hati. Lakukan sesuatu perkara dalam keadaan tenang.
Sumber kredit: FB: Aniah Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.