
Hukum asal bagi gurauan atau prank adalah dibolehkan selagi mana gurauan tersebut tidak melampau dan boleh diterima oleh orang yang diajak bergurau. Sekiranya gurauan tersebut melampau seperti menipu orang lain, menakut-nakutkan, membuka aib pada orang ramai, dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan maka ianya adalah suatu perbuatan yang haram dan dilarang untuk melakukannya. Tambahan lagi, video prank yang dirakam tersebut di muat naik dalam media sosial dan akan ditonton oleh pengguna-pengguna lain, sekaligus menyebarkan aib seseorang yang menjadi mangsa.
Istilah melampau dalam gurauan dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat ayat 11 yang mana Allah s.w.t melarang perbuatan merendah-rendahkan orang lain, menyebarkan aib orang lain, memanggil orang lain dengan panggilan buruk dan lain-lain. Firman Allah s.w.t:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءً مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرًا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Surah al-Hujurat (11). Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan.
Isu prank tarik tudung yang dimuat naik semalam menerima kecaman ramai apabila ramai menyifatkan perbuatan tersebut melampau. Walau YouTubernya mengakui penghasilan content itu hanya untuk menguji dan melihat reaksi orang ramai namun masih ramai tidak dapat menerima alasan diberikannya.
Ia berterusan menerima kritikan dan ramai menyelarkanya habis-habisan. Malah wanita yang ditarik tudung juga mengakui dirinya adalah individu free hair.
Ini antara kecaman dari orang ramai ditulis oleh Engku Nisa di fbnya.
Menggigil rasa nak marah…!!
Tahan jari, tulis padam, tulis padam.
Content creator, takde bab lain dah nak dijadikan konten?
Bab maruah wanita, syariat Allah juga yang kau buat main, kau nak cabar siapa? Allahurobbi, mendidih rasanya darah..
Sebahagian content creator sekarang ini semakin melampau dan mula membuat sesuatu yang tidak bertamadun, tidak berakhlak..
Tujuan?