Seringkali terjadi kemusykilan tentang waktu imsak sama ada boleh makan lagi atau tidak. Ini penjelasannya.
Soalan: Jika saya masih makan ketika waktu imsak telah tiba, adakah puasa saya batal?
Jawapan:
Ads
Waktu mula berpuasa ialah apabila terbitnya fajar sodiq (yakni masuknya waktu solat subuh). Di dalam al-Quran, Allah membenarkan kita untuk makan hinggalah terbitnya fajar (sodiq). Setelah itu barulah disuruh memulakan puasa.
Firman Allah (bermaksud); “dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (sodiq). Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (datang) malam (iaitu terbenam matahari)…” (surah al-Baqarah, ayat 187).
Ads
Adapun waktu imsak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (biasanya 10 minit sebelum masuk waktu subuh) hanyalah tanbih (peringatan) sahaja, iaitu untuk memperingatkan orang yang hendak berpuasa bahawa waktu untuk mula berpuasa sudah amat hampir. Maka orang yang masih menikmati makanan ketika waktu imsak itu tidaklah terbatal puasanya asalkan ia berhenti makan sebelum masuk waktu solat subuh.
Ads
Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ketika pulang dari kerja, Syafiqah segera masuk ke biliknya dan mengambil putik kapas kerana bahagian telinganya terlalu gatal. Sedang asyik mengorek telinga dengan putik kapas, suaminya menegur.
“Mana boleh korek telinga waktu puasa-puasa ni sayang…batal puasa.”
Terus Syafiqah menghentikan perbuatannya mengorek telinga dengan putik kapas.
Persoalannya, benarkah mengorek telinga boleh membatalkan puasa? ni penjelasannya.
Soalan: Antara perkara yang menyusahkan masa puasa ialah apa yang diberitahu bahawa korek telinga membatalkan puasa. Begitu juga titik ubat di mata. Kalau kita gatal telinga, ataupun pedih mata maka memang susah. Betulkah batal?
Jawapan:
1. Antara anggapan yang salah ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh ataupun membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah.
2. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
الْفِطْرُ مِمَّا دَخَلَ وَلَيْسَ مِمَّا يَخْرُجُ
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa.
‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tertentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal puasanya.
3. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabat akan bertanya mengenainya. Namun apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
4. Maka korek telinga ataupun hidung, menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.
Sumber: DrMaza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Saya berumur 32 tahun mempunyai masalah uban yang agak kritikal. Bolehkah saya mewarnakan rambut menggunakan inai/pewarna hitam. Ada sesetengah ustaz menasihati saya mewarna rambut saya warna merah (inai) tapi saya agak malu jika warna rambut saya berwarna merah.
JAWAPAN:
Perbuatan menghitamkan uban mengandungi unsur-unsur pemalsuan dan mengubah keadaan yang sebenar. Dengan celupan warna hitam, seseorang dewasa kelihatan seperti remaja, orang tua kelihatan muda kepada pandangan orang ramai.
Hal ini menyebabkan sangkaan mereka berlainan daripada keadaan yang sebenar. Adapun warna yang lain tidaklah sampai ke tahap pengubahan, penipuan dan pemalsuan.
Inilah pendapat mazhab al-Syafie. Adapun di sisi mazhab Maliki, Hanafi dan Hanabilah, hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah makruh dan diharuskan semasa perang.
Imam Abu Yusuf daripada Hanafiyyah mengharuskan secara mutlak. Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (2/281).
Berkata Imam al-Syaukani:
“Sebahagian Jemaah (ulama salaf) mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Diriwayatkan hal ini daripada (para sahabat seperti) Uthman (bin `Affan), al-Hasan dan al-Hussein anak-anak (Saidina) Ali, `Uqbah bin `Amir dan Ibn Sirin, Abi Burdah dan lain-lain.” Rujuk Nail al-Autar (2/281)
Prof. Dr Yusuf al-Qadhawi dalam karyanya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (hal. 117) menyebut:
“Manakala orang yang tidak setua Abu Quhafah tidak mengapa jiialau dia mewarnakan rambutnya dengan warna hitam. Dalam hal ini al-Zuhri (seorang Tabien) mengatakan: “Kami menginai rambut dengan warna hitam jikalau wajah masih kelihatan muda. Apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah bergoyang kami meninggalkannya.”
Sekiranya seseorang ingin mewarnakan rambut, hendaklah dia mewarnakan rambut atau uban dengan warna apa pun selain warna hitam, atau warna dan gaya yang menyerupai syiar agama lain.
Ini bagi meraikan mazhab al-Syafie yang merupakan mazhab yang diamalkan di Malaysia. Namun begitu, kami tidak mengingkari pendapat-pendapat lain yang memakruhkan bahkan mengharuskan pewarna hitam, khususnya jika tidak melibatkan penipuan.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Buat pasangan yang berkahwin, masing-masing akan memanggil pasangan dengan gelaran yang mereka sukai. Namun ada pasangan yang gemar memanggil pasangan masing-masing dengan panggilan mama, baba, abah dan ibu. Persoalannya bolehkah panggilan itu digunakan untuk pasangan masing-masing. Ini penjelasannya.
SOALAN:
Saya baru melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu, di sini saya ingin bertanya adakah benar haram hukumnya jika suami isteri memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba. Jika benar haram hukumnya, bagaimanakah caranya untuk bertaubat bagi membetulkan kembali kesalahan ini.
JAWAPAN:
Tidak berdosa memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba. Ini adalah kerana Islam tidak meletakkan satu panggilan khusus bagi pasangan suami dan isteri ketika berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun Islam menggalakkan suami isteri memanggil dengan panggilan yang paling disukai oleh pasangan masing-masing. Dengan cara yang demikian, hubungan antara suami isteri akan menjadi mesra dan kehidupan akan bertambah harmonis.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?