Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita. Padanya kebaikan bernilai lebih serta berlipat ganda, dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lain. Bulan Ramadan yang hanya menjengah setahun sekali. Ambillah peluang untuk bertaubat dan mengumpul pahala sebanyak mungkin.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yang keras… menangislah untuk hati yang masih belum bisa memaafkan… hati yang belum redho… hati yang belum bersyukur… hati yang masih lupa tujuan hidup…
Ads
Hati yang sibuk dgn dunia… menangislah juga untuk hati yang dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yang sempurna… menangislah untuk hati yang tidak pandai menyayangi dan menghargai …mudah2an dengan tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah untuk ramadhan yang telah disia-siakan… mana tangisanmu untuk kematian yang semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis…
Menangislah untuk setiap tangisan yang tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah untuk mata mu yang kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah… Ya Allah berapa banyak tangisan yang akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yang Engkau redhoi.
Ads
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan untuk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
Ada masanya kita perlu mengambil kira keadaan orang lain. Jangan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Hidup kita di dunia ini perlulah bersikap toleransi.
Ikuti perkongsian Hanis Hafizah tentang betapa pentingnya kita tidak hanya mementingkan diri sendiri.
Kalau kita lebih berusaha untuk memahami orang lain, maka dunia akan lebih aman.
Dalam penerbangan domestik dari Istanbul ke Isparta hari tu, aku duduk di kerusi hadapan seorang ibu muda Turki sambil meriba bayinya yang aku agak dalam baru 2 bulan atau kurang. Sebelahnya ada anak perempuannya berumur lebih kurang 4/5 tahun. Suaminya di seberang aisle tapi masih bersebelahan.
Sebelah kiri aku, kak Zila Ahmad.
Dari mula aku masuk dan duduk, bayi kat belakang aku ni dah menangis. Aku dan Kak Zila mulanya takdalah hairan sangat. Bila dah dekat 10 minit, dan kapal terbang belum take off lagi, bayi tu masih tak berhenti-henti menangis. Kau boleh bayang tak bayi yang tengah merah lagi menangis macam mana? Sampai kau boleh dengar suara dia dah menggigil.
Aku intai melalui celahan kerusi. Nampak dia cuba memberi susu. Senyap dalam beberapa saat. Tak jadi. Ibu muda ni cuba pass bayi ni kepada suami dia. Tetap tak jadi. Makin kuat budak ni melalak. Lalu si suami pass balik budak ni dekat isteri dia. Kesian. Dia pun blank tak tau nak buat apa agaknya.
KASIHANIBUDANBAYI
“Kesian budak tu kak. Kesian jugak dekat mak dia, mesti dah stress tak tahu dah macam mana nak buat,” aku sembang dengan Kak Zila.
Bayangkan anak menangis macam tu di tengah orang ramai, dalam kapal terbang pulak tu. Dan dia dah cuba untuk senyapkan, tapi tak berjaya. Tak percaya, kau tanya ja mana mak-mak, mesti iyakan.
“Ehhh, kesian. Rasa macam nak tolong mak dia. Dah menggigil-gigil haa budak tu nangis,”
“Cuba jaa kak. Sementara tak take off lagi ni,”
Kak Zila intai celahan kerusi.
“Do you want me to help you calm your baby?”
“Yes, please,” terus si perempuan ni sua bayi dia. Aku agak terkejut jugaklah, sebab dia bagi langsung tak teragak-agak. Mungkin dia dah stress sangat dah tu.
Kak Zila ambil budak ni dengan keadaan muka merah, berpeluh-peluh, dan panas sikit. Terus dibuka dna dihalanya air-cond ke bayi ni. Dalam seminit, suara dia menangis dah makin perlahan.
“Can you give this?” maknya pass botol susu kepada aku, dan aku beri kepada Kak Zila. Disebabkan perempuan ni duduk belakang Kak Zila, dan hanya boleh nampak aku yang duduk sebelahnya.
Bayi tadi mula minum, dan senyap. Muka pun dah tak merah-merah, akhirnya terlelap lena.
Kak Zila ni single. Aku taktau dia pakai magik apa tenangkan budak tu.
Lapar rupanya.
Bila dah lena suasana kembali tenang, bayi tadi diberikan kembali kepada ibunya.
“Thank you very much. You save my day,” mukanya kelihatan sangat lega.
Wowww, adalah sejenis kebahagiaan bila dengar ayat macam tu. Sungguh.
So, kat sini aku nak kata, kita kalau nak buat kebaikan, jangan teragak-agak terutama dekat orang yang kita tak kenal. Terus buat. Kita tak tahu, terkadang besarnya makna pertolongan itu bagi orang yang ditolong walaupun kita rasa, benda tu kecil ja.
JANGANSERKAPJARANG
Tambah zaman media sosial terutama facebook ni, bersepah sangat manusia-manusia yang kalau tak puas hati sikit dengan manusia lain, terus kau nak viral. Tak puas hati servis pelayan kafe tak layan kau tapi boleh pulak sedap main telefon, terus kau viral.
Padahal, benda macam ni boleh ja nak tegur elok-elok dan settle masalah. Ni contoh.
Bayangkan, kalau dalam situasi Kak Zila dan aku tadi, kami memilih untuk buat tak tahu dan ada persepsi buruk dekat ibu muda tadi, adakah keadaan akan menjadi lebih baik?
Bak kata Stephen Covey, dalam buku dia The 7 Habit of Highly Effective People; “Seek first to understand, then to be understood.”
Hidup ni tak boleh faham diri sendiri sahaja. Dengan faham orang lain makanya akan lebih sabar dan tenang dalam hidup. Gituuu.
Dahlah. Kau banyak sangat gaduh-gaduh dalam facebook ni dapat apa aar?
Sumber kredit: FB: Hanis Hafizah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita sering mendengar istilah “kamus berjalan”. Istilah ini biasanya ditujukan kepada orang yang daya hafalnya begitu kuat sehingga apa yang ditanya kepadanya mampu dijawab. Orang tersebut ibarat sebuah komputer yang mampu menyediakan data apa pun yang diminta.
The Walking Quran atau “Quran berjalan” mestilah lebih dari sekadar itu. Orang yang disebut sebagai “The walking Quran” boleh dijadikan tempat bertanya sekali gus sebagai tempat menimba ilmu. Mereka bukan sahaja menghafal al-Quran tapi mampu memahaminya dengan baik. Kehadirannya tidak hanya membantu tapi juga membawa manusia keluar dari jalan yang gelap menuju cahaya yang terang.
Firman Allah SWT;
“Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” (QS Taha 20:2)
Ayat ini menyatakan bahawa Al-Quran tak akan membuat manusia menjadi susah. Ini bermaksud semakin kita dekat dengan Al-Quran, semakin mudahlah hidup kita. Semoga kita mampu mengamalkannya.
Untuk menjadi individu yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, anda perlu tahu perkara-perkara yang berikut:
1.Tilawah Wa Tartil (Selalu membaca dengan betul)
Suka membaca Al-Quran akan menambah kebaikan, baik dalam keadaan miskin ataupun kaya serta menambah ilmu.
Membaca secara tartil akan melepaskan manusia dari belenggu kesesatan, menenangkan fikiran dan hati yang kalut serta merasakan kegembiraan dalam menghadapi situasi kehidupan.
Membaca secara berkelompok akan mendatangkan ketenangan dan rahmat serta syafaat di Hari Kiamat (HR Bukhari & Muslim)
2. Tadabur (Merenungkan kandungannya)
Bertadabur Al-Quran boleh membuka hati untuk menerima petunjuk Allah dan mendapat ilmu
3. Hifzh (Menghafal)
Dengan membaca Al-Quran, kita juga akan mengembangkan saraf otak.
Penghafaz Al-Quran tidak akan diseksa setelah meninggal, jasadnya diharamkan oleh Allah untuk dilukai bumi.
4. Ta’lim (Mengajarkan)
Manusia terbaik adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannnya (HR Bukhari)
Generasi yang dekat dengan Allah adalah yang tidak berhenti belajar dan mengajarkan Al-Quran.
5. Istimaa’ (Sentiasa mendengarkannya)
Mereka yang suka mendengar bacaan Al-Quran akan mendapat rahmat, kebaikan dan kemenangan serta diberi khabar berita.
Allah memberikan satu mulut dan dua telinga adalah untuk mendidik manusia supaya sedikit bercakap dan banyak mendengar.
Mendengarkan wahyu akan mendatangkan ketenteraman jiwa, kesucian hati, menghilangkan gangguan syaitan, menguatkan jiwa dan meneguhkan langkah kehidupan.
Sesungguhnya apabila hidup berpegang pada Al-Quran, ia akan menjadi pengubat hati, penawar rindu. Oleh itu langkah-langkah di atas tidak boleh dianggap remeh. Secara emosionalnya, Al-Quran memberikan belaian dan ubat hati yang menteteramkan.
Secara spiritualnya pula dengan membacanya, seolah-olah mendengar kembali Tuhan berfirman kepada dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Masih ragu memakai minyak wangi beralkohol ketika solat? Fahami perbezaan alkohol industri dan arak serta hukum sebenar menurut penjelasan Mufti dan fatwa semasa.